![]() |
| cilok dari album cik google |
LIMA TAHUN YANG LALU.
Unclepali: (EXCITED)
Jee, saya nak buat website untuk awak
Dah register ...fauziahsamad.com
Kjee: (SELAMBA+ MENYAMPAH+BORING)
Hah? Website? Abang ni suka sangat buang duit tau.
Nak buat apa website tu?
Malas lah. Saya tak tahu nak tulis apa!
Unclepali: (BENGANG)
Tak tahu nak tulis apa?
Awak kan bekas wartawan...tulis jer lah apa2!
Kjee terus pergi tinggalkan dia berangan seorang diri. Dalam hati, bukan main menyampah lagi. Kalau dia suka sangat benda2 cam tu, buatlah website sendiri. Bukannya dia tak tahu menulis. Dia pun dulu wartawan!
Selepas setahun website yang sentiasa UNDER CONSTRUCTION, akhirnya tamatlah tempohnya dan kontrak itu pun expire lah. Unclepali kecewa sangat2. Kjee masih tak peduli pujuk rayu dia supaya mengisi bahan untuk website tu.
TIGA TAHUN KEMUDIAN.
Unclepali ni memang jenis manusia yang tidak kenal erti putus asa. Dia pujuk Kjee bukak akaun Facebook pulak. My blood pressure mula naik. Masa tu Kjee sibuk buat skrip. Tapi Nadia kesian tengok kesungguhan papa dia. Dia pujuk. Dia kata cubalah. "Mama asyik stress jer buat skrip. Cubalah alihkan sikit tumpuan tu. Layanlah Facebook kejap!"
Unclepali ni memang jenis manusia yang tidak kenal erti putus asa. Dia pujuk Kjee bukak akaun Facebook pulak. My blood pressure mula naik. Masa tu Kjee sibuk buat skrip. Tapi Nadia kesian tengok kesungguhan papa dia. Dia pujuk. Dia kata cubalah. "Mama asyik stress jer buat skrip. Cubalah alihkan sikit tumpuan tu. Layanlah Facebook kejap!"
Unclepali punyalah suka Nadia sokong dia agar Kjee bukak akaun FB. Dengan adanya akaun FB, bukannya Kjee hilang stress tetapi bertambah stress. Hari2 mengamuk sebab macam2 perangai orang yang Kjee temui di alam maya. Paling menyampah kalau ada tanya...eh akak ni pelakon ker?
Sorang demi sorang Kjee block. Tak sampai setahun agaknya dah dekat 2,000 orang! Kejam kan? Tapi Kjee memang sensitif kalau ada insan yang perangai tak sealiran.
And then apabila Kjee tak nampak cabaran lagi nak layan Facebook, Kjee pun mulalah intai2 blog orang lain. Unclepali suruh Kjee intai2 blog politik. Blog pertama Kjee intai ialah Ruang Bicara Faizal (RBF) atas saranan seorang teman. Kemudian ke blog Papagomo.
Selepas itu, Kjee tak tau macam mana Kjee sampai ke blog Dunia Tanpa Sempadan. Kjee dah semakin seronok. Kjee dah mula malas nak layan FB lagi. Hari2 dah intai pelbagai jenis blog.
Hah masa tulah Unclepali masuk jarum. Tanya Kjee tak minat ker nak bukak blog pulak? Hah kata Kjee? Nak tulis apa? Tak tahulah macam mana nak start.
Unclepali bukan main pandai pujuk. Dia suruh buat blog masakan macam Dapur Tanpa Sempadan yang Kjee minat sangat2. Dia kata, masa Kjee buat page resipi kat FB, sambutannya cukup hangat, so why not?
Maleh nak bertekak, Kjee pun setuju. Unclepali cepat2 register nama Dapur Kjee sebab nama itu cukup bermakna. Itulah nama gerai Kjee sewaktu meniaga di Anjung Melawati dulu. Kemudian Kjee rasakan nama tu tak sesuwai. Kjee baru sedar tidak mudah nak buat blog masakan sebab terlalu ramai dah buat dan banyak yang femes pulak tu.
Okay. Atas saranan Rose Baha, seorang teman bekas wartawan Berita Harian dulu, Kjee tambah perkataan Dunia Dari Dapur Kjee. Kononnya, Kjee lihat dunia dari dapur Kjee. Unclepali setuju dan kata Kjee boleh tulis apa sahaja yang Kjee suka nanti dalam blog tu.
Begitulah bermulanya Kjee dengan blog ini. Dari ayat "Tak tau nak tulis apa?" yang sering Kjee lemparkan setiap kali Unclepali suruh buat blog, Kjee dah tak boleh stop menulis.
Dan hari ini 26 Januari 2012, genap setahun usia Dunia Dari Dapur Kjee. Mana nak sangka boleh bertahan setahun! Kjee ni jenis manusia hangat2 tahi ayam. Cepat boring!
Tetapi apabila page views meningkat dengan cepatnya, Kjee mulalah excited. Mula lupa dunia luar. Dunia Kjee hanya tertumpu kepada Dunia Dari dapur Kjee.
Tak tahulah nak sedih ke nak happy apabila Dunia Dari dapur Kjee dah berusia setahun. Walaupun sekarang dah berjaya dapat lebih 2 juta page views dalam masa setahun, Kjee masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.
Kjee telah menulis sebanyak 1217 entries (termasuk entry ini) dalam masa setahun! Hebat ker? Unclepali kata, dasyat. Habis tu siapa nak puji kalau bukan suami sendiri kan?
Blog ini juga telah berjaya menjana income yang cukup bagus. Mula2 dulu Kjee ingat, kalau ada pun income biarlah cukup untuk bayar bil api dan streamyx. Tetapi setelah 6 bulan, dah boleh bayar ansuran kereta dan jugak sewa rumah. Unclepali yang tukang congak berapa yang masuk setiap hari. Kerja Kjee hanya siapkan content!
Terima kasih semua kerana menyokong, mengutuk, menghentam dan memuji. Kjee tak kisah semuanya. Korang puji aku senyum. Korang bantai aku menyumpah. Siapa suruh korang bantai kan?
Anyway, Kjee harap selepas melalui proses kematangan selama setahun ini, Kjee akan terus dapat memuaskan hati semua pembaca. Kjee hanya tulis apa yang terlintas di fikiran. Tulisan Kjee tidak akan terpengaruh atau dipengaruhi sesiapa. Insya Allah.
Terima kasih juga kepada semua yang klik iklan2 di blog Kjee tiap kali masuk. Melihat banyak duit yang masuk tiap bulan, Kjee lebih bersemangat untuk menulis. Harap2 korang semua terus sokong usaha Kjee ini.
Kjee ingin panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana memudahkan Kjee menulis. Di usia seperti ini masih boleh membuat orang ketawa dan menangis. Alhamdullilah.
Oppsss lupa lak. TERIMA KASIH ABANG (UNCLEPALI). TANPA AWAK, TAK WUJUDLAH BLOG INI. LOVE YOU SO MUCH!!
Oppsss lupa lak. TERIMA KASIH ABANG (UNCLEPALI). TANPA AWAK, TAK WUJUDLAH BLOG INI. LOVE YOU SO MUCH!!











