Tuesday, January 25, 2011

3. aku dan adik beradikku

abdul samad salleh iaitu arwah bapakku dan arwah ibuku bakyah @arbakyah majid telah menghidupkan empat insan di dunia ni yang dibinkan dia orang. yalah masa kami hidup dibinkan nama bapak tapi bila mati, dibinkan nama mak. betul tak. ah betul lah. kau tak percaya nak buat camner. kalau tak, korang pergilah cari mana2 jiran or kawan yang meninggal dunia, tunggu kat kubur dia orang masa nak dikebumikan. masa imam baca talqin, dia sebut nama sipolan binti nama emak dia bukan nama bapak. so korang yang tak respek mak korang, baik korang jaga2. kalau mak korang kata, mati nanti jangan nak suruh orang binti nama aku. hah sapa nak jawab!!

aku anak kedua ehhh silap ketiga. yang pertama ahmad fauzee, kedua ahmad feroz tapi abang aku yang nombor dua ni meninggal sebab kena gigit ampai2 masa umur dia tujuh tahun. masa tu, umah kami kat port dickson berhampiran pantai. rumah kerajaan kat atas bukit seberang jalan dari si rusa inn tu.

tiap hari celik mata nampak laut, tak ke gatal nak lari ke pantai. alkisahnya, abang aku tu tengah mandi mandi sama aku dan ahmad fauzee, di suatu petang yang hening, mata dia terkenalah gigitan. aku tak ingat kisah sepenuhnya sebab aku kecik lagi masa tu. ehh dah beraku aku...maafff. kjee masa tu kecik lagi. kalau dia 7 tahun, agaknya kjee 5 tahun. bawak ke spital. biji mata dia macam terkeluar. warna merah cam kuning telor yang dah rebus. esoknya mata sebelah lak jadi sama. badan dia panas sampai doktor mandikan dengan ais. pastu dia pun meninggallah.

lepas itu kami jadilah empat beradik. kjee ada dua lagi adik perempuan. satu nama faridah dan yang bongsu merdeka fazilah sebab dia lahir pada hari merdeka. merdeka fazilah ni..sekarang prof dr m fazilah (malu taruk merdeka. so short form M) dah jadi dekan fakulti bisnes dan akaunting unimalaya. dr fazilah ni yang paling siumanlah antara kami berempat. dan paling pandailah diantara kami.

kami adik beradik sangatlah rapat masa kecik. si fauzee tu gemar sangat menyanyi. so tiap2 malam, kami empat beradik akan kunci pintu bilik dan mulalah buat hal. fauzee akan jadi p ramlee, kjee jadi saloma. dan dua adik perempuan kena duduk diam2 tonton aksi abang dan kakak dia orang. katil jadi pentas kami. si fauzee ni kejap jadi p ramlee kejap jadi elvis. kekadang arwah mak pun ikut tonton.

kjee ni bolehlah dikata ikut sebijik perangai arwah mak yang kelakar giler. dia sangat sporting. kami main teng teng, dia main sama. kami main baling getah, dia pun esoknya masa gi pasar beli getah dan main sama. tapi masa main congkak mak selalu tipu. dia nyorokan guli kat celah2 jari dia yang besar. kami mana nampak so dia selalu menang. kjee rindu sangat arwah mak bila rewind kisah dia main rounders. dia punyalah laklok, sanggup masak cepat2, buat kuih cepat2 untuk minum petang semata2 nak main rounders dengan kami. kalau korang tak tahu rounders tu apa, tanyalah mak bapak korang. seronok betul pukul bola dan lari dari satu pos ke pos lain.

kjee selalu jadikan arwah mak contoh untuk besarkan nadia. arwah mak ni, walaupun sporting dan gila2 tapi garang dia yarabbi. periuk belanga boleh melayang kalau dia mengamuk. especially kalau dia suruh kami masak tapi tak sedap. dia kata mak dia pun buat kat dia cam tu. so kononnya nak balas dendamlah. tapi kjee jarang kene periuk belanga, tapi kene ketuk dengan sudip adalah. sebab? kjee selalu masak sedap2. kalau tak, tak ke naya. tapi kjee tak sampai hati nak buat nadia cam tu. cukuplah sekadar jerit sampai terketar2 budak tu. kahkahkah. hasilnya? nadia memang pandai masak. tak malulah kalau dia kawen nanti.

arwah bapak lain daripada arwah mak. dia garang kekadang tak bertempat. dan kjee lah 'punching bag' dia. dia tak berapa suka kalau kami adik beradik melawak sampai ke malam. amat seriuslah masa tu.

tapi kerana arwah bapaklah, maka kjee tererlah juga dalam bab bahasa inggeris. antara kami empat beradik, dia buat eksperimen. hanya kjee dibelikan buku atau novel2 kecik (novelet) Enid Blyton dan yang sewaktu dengannya. sebulan satu buku sebab itu jer yang dia mampu dengan gaji sebagai kerani. masa MCE kjee dapat A1 for english. kat rumah dia hanya guna bahasa inggeris untuk berinteraksi dengan kami. sebab itulah kjee jadi wartawan surat khabar orang putih.

sekarang ni bila tengok kemampuan nadia berkomunikasi dalam bahasa inggeris yang tidak sampai ke tahap kjee, kjee cukup sedih. salah kjee sebab tak gunakan eksperimen arwah bapak keatas nadia. mungkin sudah terlambat tapi kjee masih suruh dia berusaha. mudah2an satu hari nanti, dia dapat memenuhi piawaian kjee. aduh tinggi tu tau.

apapun, semua kenangan manis bersama adik beradik tingga kenangan. ntah mana silapnya, bila semua sudah berumahtangga, jurang perbezaan cukup ketara. kita hanya mampu merancang tapi allah swt yang menentukan segala-galanya.

apapun, kjee sangat2 bahagia dengan nadia dan unclepali. hidup pun dah hampir sampai ke penghujung. kjee nak kongsi banyak lagi pengalaman yang telah mendewasakan kjee. harap berkesempatan. insya allah.

27 comments:

  1. bestnye main rounders... mase saya umur 4-8 taun je ada org main ni... skng ni zaman ank2 sume dh maju... x kenal sume mainan tuu... tau main pc, ps1,ps2,ps3, WII... xde sepakat cam dulu...
    bagusnye cara ayah kje ajar english... mmg menjadi!!

    ReplyDelete
  2. so kene amik ikhtibar dari situ. start them young. belikan buku2 yang sesuai dengan taraf pemikiran mereka. jgn belikan buku pendidikan kerana terlalu banyak sudah didedahkan di sekolah. dr fazilah kamsah pernah memberitahu kjee, komik2 juga baik untuk anak2 kita.

    ReplyDelete
  3. kak jee...saya suka tulisan akak, tak formal sangat tapi masih sopan santun....:-)

    ReplyDelete
  4. thnx CMG. kene sopan. kalau nk buat yang tak sopan, kena bukak blog lain. banyak yg perlu kjee belajar dari awak. boleh bagi tips nanti yer.

    ReplyDelete
  5. winduu gak maser kicik2......

    ReplyDelete
  6. kak, mcm mane nk ajar anak fluent english? share kak :)

    ReplyDelete
  7. Macam2 perasaan bila baca blog k.jee.. sedih..enjoy, teruja dan mcam2 lagi. Tak sabar nak tunggu next entri..

    ReplyDelete
  8. As Salam Kak gee. Zam terkesima dengan ayat dan story kak gee. Kak gee pun suka baca novel Enid Blyton ek. Zam maser kecik pun kat sekolah cikgu pun suruh baca buku tu. It meant to sharpen our english language in the term of grammar and words. Zam teringat pulak zam persekolahan zam. Zam ada tersentuh dan sedih bila dengar one of your brother pass away. What to do kak gee, Allah lebih sayang kannyer. Lantas disebabkan kan kak gee cerita kan kisah adik beradik, zam sedih sebab zam teringat arwah abang zam jugak yang meningal sebab kemalangan jalan raya. I am so sorry that I am bit emotion, masa zam taip text ni, zam tgh menangis. but anyway, kita hanya mampu mengimbas memori kan. Biarlah ia berlalu dengan seribu kenangan. Zam really miss by beloved brother (Mohd Amir). I miss him so much. Anyway, you are a good writer. I love the way to tell the story eventhough it was so short but I enjoy it. Kak gee mampu buat zam teringat pada zaman persekolahan zam and remember my brother. Nice story kak gee. Keep it up.

    ReplyDelete
  9. menarik..ampai2 tu ape kkak jee? hehheehe...bhaya gak mandi kt laut ni

    ReplyDelete
  10. ampai2 tu macam sotong. kalau dia melekat kat sesuatu...kat tepi bot ker, susah nak tanggal. rancun dia cukup bisa. kat pulau pangkor banyak. kalau kita naik feri, nampak ampai2 tu terkapai2 berenang. warna dia macam jarang2...

    ReplyDelete
  11. eqin: susah kjee nak jawab soalan awak. kjee pun gagal dengan anak sendiri. yang payahnya, anak kita bila pergi sekolah, semua cakap melayu. bila kjee berbual dengannya dalam bahasa inggeris di rumah (ketika sekolah rendah), dia terpinga2 jer. oleh kerana lebih banyak masa dia dengan kawan2 dari dengan kjee, maka nadia jadi tak fluent. she's trying her best now...tapi sedihnyer masih kureng lagi. kjee cukup2 risau tau.

    ReplyDelete
  12. Best nyer bau roti...sampai kat sini bau nyer kak gee..heheeheh

    ReplyDelete
  13. sedih lak baca part yg bawah tu...

    ReplyDelete
  14. Kelakar pulak baca mak Kjee main rounders! Hihihi... Dia pakai kain ke seluar masa lari tu kak? Mak dan abah kita, rounders tak mainlah tapi kami selalu 'tournament' badminton dan pingpong. Siap ada penonton tau Kjee... tu yang naik semangat tuh.
    Enid Blyton? Ooooooohhhh I loveeeee Enid Blyton books... Amelia Jane, Golliwog, Noddy...huhu... those good ol' times!

    ReplyDelete
  15. mak pakai kain batiklah lah MamaFaMi. tapi dia ikat ngan tali kuat2 takut terlucut. kalau dia menang, kecuh sampai kami menangis sambil lari masuk umah. memang over giler...hm nadia kata sounds very familiar...yalah mama dia pun apa kureng hehehe

    ReplyDelete
  16. Para dah nak kat ujung tu cukup menyentuh perasaan. Nanti jumpa citer lanjut eh......Nak tahu jugak ler...

    ReplyDelete
  17. hehehe faham sangat2 along. ntah bila agaknya kita dapat jumpa. asyik tangguh jer kan. hehehe

    ReplyDelete
  18. dalam adik beradik kjee ngan ahmad fauzi je yang saya kenal, selalu ikuti perkembangan kjee n fauzi, masih menyanyi ke fauzi tu? masih duk kt sabah ke. lama tak tengok dia berlakon.

    ReplyDelete
  19. dia ada di kl sekarang endon. dah ada keluarga baru.

    ReplyDelete
  20. part yg ujung tu mmg menyentuh perasaan sehingga mengalirkan airmata. aduyaiii baru sikit jer tu.

    ReplyDelete
  21. Best..best..best cite kak jee.. rindu nak main guli masa kecik3.. hihi..

    ReplyDelete
  22. saya bru bca n3 kjee yg ni.xtau camner blh miss.kjee mengimbau kenangan dlu2.saya jg main rounders.smpy jth2.sakit tau tp kenangkn btp sronok main trs tlupa skt.tp bila blik rmh wt cam xde ape2.skt pn tahan jer.psl tkt kne bantai ng ayah.garang ayah xtau nk ckp.mmg dh lumrah kjee.walau lahir dr perut ibu yg sama namun bila dh branak pinak hubungan adik bradik x spt dlu lg.tmbh lg klu kita x berada spt yg lain.kita seakan tpinggir.masing2 bwa diri.sedih btl saya kjee.sambil mnulis,airmata deras m'galir...(elani)

    ReplyDelete
  23. elani: nasib kita serupa. takperlah orang buat kita. jangan kita buat orang yer. kjee dah tak kuasa nak memikirkan semua itu. asalkan kita bahagia dengan kehidupan sekarang, sudah cukuplah.

    ReplyDelete
  24. suka baca kisah hidup kak jee....kak jee, ahmad fauzee yang berlakon panggilan pulau tu ke abang Kak jee

    ReplyDelete
  25. Salam.saya peminat ahmad fauzee.kenapa lama sgt ia x keluar tv.saya minat ia semenjak sekolah rendah n sekrg umur dah 40tgn....rindu dgn suara ia.......pujuklah ia nyanyi semula.......aduhai, album yg lama saya simpan dgn tajuk oh zetty dah rosak.nak cari dikedai pun dah tak jual......kirim salam pada dia....

    ReplyDelete
  26. Salam Kak Jee, yuss baru baca artikel ni, mungkin Kak Jee pun tak akan ada masa untuk balas, sebab dah lama sangat artikel ni, tapi, tersentuh juga hati membacanya......Kak Jee memang periang orangnya....suka tengok drama drama kak jee dulu....Apa pun nasihat Kak Jee tentang Nadia, yuss sangat setuju, kenamulakan dari kecil. Tapi situasi yuss terbalik. Anak-anak tak boleh berbahasa Melayu, jadi yuss berusaha ajar dia orang sekurang2nya 2 perkataan bahasa melayu untuk dia orng belajar dalam sehari. Sebabnya, di sekolah, semua berbahasa Inggeris, jadi yuss faham bila Kak Jee kata, bila Nadia susah nak berkomunikasi sebab di sekolah mereka berbahasa melayu....Terima kasih untuk tips Kak Jee..love you.

    ReplyDelete
  27. ooo...adik admin Fonz Fauzee ye...br tau

    ReplyDelete