Tuesday, January 25, 2011

4. aku dan dunia kewartawanan

ramai nak tahu bagaimana kjee jadi wartawan. nak tahu rahsia tak? sebenarnya, kjee tak pernah simpan cita2 nak jadi wartawan. masa kecik dulu cita2 nak jadi jururawat atau nurse. pastu bila dah besar sikit masa tu sekolah menengah nak jadi penterjemah di mahkamah. ntah macam mana kjee boleh terfikir nak jadi penterjemah, Tuhan jer yang tahu. budak umur camtu pun boleh fikir ker pasal nak keje kat mahkamah?

Habis jer tingkatan lima dan dapat result MCE...korang jangan tanya kjee dapat gred berapa. grednya banyak sangat. yang pas hanya BM dan bahasa Inggeris..dua2 dapat A1. yang lain tak payah tanyalah. tapi masa tu nasib baik. senang dapat keje dengan kelulusan cam tu.

lepas habis MCE, sibuklah panjat pejabat buruh isi borang. keje pertama bapak yang carikan sebagai cikgu tadika dengan gaji rm80. apalah yang kjee tahu nak mengajar masa tu. tapi hentam sajalah. bulan pertama dapat gaji, terus habiskan semua beli buku hadiahkan kepada anak2 murid. balik umah bapak mengamuk. esoknya berhenti keje. pejabat buruh antar surat kata ada keje kosong kat RTM jadi script assistant. apa ke bende tu hah?

tapi pergi jugak interview. rupa2nya jadi pembantu script dalam bilik studio. bantu penerbit semak skrip berita yang hendak diterbitkan di tv.  kerja kul 2 hingga 12 malam. gilerlah. tapi enjoy. masa tu umur agaknya dalam lingkungan 18 tahun. kjee kira kjee pekerja paling muda lah di bilik berita TV. tiap2 malam menyibuk tolong buat kerja macam2..dari hantar nota ramalan cuaca ke bilik berita radio yang di bangunan sebelah hingga ke menolong penerbit buat terjemahan berita dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. rajin sangatlah masa tu. gaji rm10 sehari. ada keje ada gaji. tak boleh keje lebih dari 25 hari, konon undang2 buruh.

masa sibuk menghantar berita ke bilik berita radio dari bilik berita tv, ada lak wartawan bilik berita radio namanya Hardev Kaur (skrg Dato dan jadi Pembantu Khas PM skrg), ternampak budak kecik ni. Hardev ni wartawan senior. dia tanya minat tak jadi wartawan radio. kjee angguk jer. padahal tak tahu apa keja nak buat.
esoknya, kjee dipanggil jadi wartawan di bilik berita radio hasil recommendation Hardev.

wah kjee sudah bergelar wartawan radiolah. keluar masuk parlimen macam tak der hal lah. jumpa nama2 besar wartawan paper lain yang buat keje macam lipas kudung kat parlimen. tapi semua suka kjee sebab kjee ni live wire. nakal sangat...menyibuk sana menyibuk sini.kacau orang nombor satu. keje orang lain tolong buatkan. hehehe

selain parlimen, kjee cover assignment besar2 jugaklah. dapat jumpa Tengku Abdul rahman, tun razak, hussein onn dan ramai lagi menteri kabinet lain. sultan dan agung pun selalu kjee jumpa.
seronok sangat kerja kat radio. kekadang suara kita pun digunakan untuk berita radio masa wawancara menteri. gaji dah naik rm15 sehari sebab masih jawatan yang dipanggil part time full time. tapi keje tetap 25 hari jer tau.

nak pendekkan cerita, masa gi parlimen, wartawan senior NST bernama Lim Thow Boon tanya kjee samada minat nak keje NST. aduh. suratkhabar omputih? mestilah nak. giler kau tak nak?!! thow boon pun bagitau pak samad ismail yang suruh NST buat surat tawaran kat kjee.

mengeletar lutut dapat surat dari nst. ingatkan Lim Thow Boon main2 jer. terus bawak surat jumpa Hardev. hardev bawak surat jumpa salleh pateh akhir yang ketika itu editor di bilik berita radio. salleh susah nak lepaskan kjee. kebetulan RTM baru jer nak panggil kjee interview jadi wartawan tetap RTM. walaupun salleh susah nk lepaskan kjee, dia kata elok Kjee pergi ke NST. kat sana sure dapat. kalau kjee pergi NST, sekurang2nya ada budak lain yang dapat peluang kjee kat RTM.
betul kata salleh. skrg dah arwah.

kjee pergi ke nst dan ditemuduga oleh pak samad ismail. banyak kisah pahit dan manis kerja di nst. nak tulis panjang2 nanti orang penat lak nak baca kan? tapi pak samad (skrg dah arwah), adalah penyelamat kjee. dia bukan sahaja seorang boss, malah mentor dan juga ayahnda kjee. mujurlah nama sama dengan bapak kita kan. bab itupun ada cerita pasal nama sama dengan bapak kita. tapi kjee tak nak dedahkan cerita itu sebab terlalu memilukan.

hanya kjee teringat dailog pak sama sampai ke hari ini. bunyinya: "hey fauziah, kau jangan mengaku aku bapak kau tau sebab nama kau fauziah a samad," kemudian dia jalan sambil ketawa terbahak2. tapi langkah dia terhenti bila kjee jawab dengan nakal :"Pak samad pun jangan mengaku saya anak pak samad tau sebab bapak saya lagi handsome!". biru muka pak samad. sambil mencarut berjela2 dia berlalu dari situ.

kalau kena carut dengan pak samad, semua orang sekeliling akan pandang kita dengan penuh rasa jeles. memang semua tahu tabiat pak samad...kalau dia carutkan kita maknanyer dia sayang sangat kat kita. dan beri kita perhatian. kalau dia tak suka kita, pandang muka kita pun dia tak nak, apa lagi nak carutkan kita. wallahualam. I love you pak Samad...till this very day!!! moga allah swt mencucuri rahmat keatas roh A SAMAD ISMAIL. alfatihah. amin.

Ini baru sebahagian daripada coretan dunia kewartawananku. banyak lagi. tunggu jer lah. kjee keje kat nst, malay mail, berita harian, majalah jelita, bacaria, mingguan utara dan last sekali bersama unclepali di portal hiburan Octopus.com.

satu pesanku...jangan mintak jadi seperti saya.




13 comments:

mohd aizam said...

As Salam kak gee. Wow! I love your experience as a worker until you get the job at NST. Kak gee, Hardev Kaur (Datuk) tu, my MD nyer best friend tau. Mesti kak gee kenal my MD, Datuk Dr. Paddy Bowie. Dia banyak kasi article kat NST sampai sekarang. Kak gee, you are a pure story teller. I love the way you elaborate and define the situation you gone through. Love it. Memories is always the best and part of life to remember.

Kjee said...

zam, u kenal Dato hardev ker? she was my mentor in RTM. of course I know Datuk Dr Paddy Bowie. mana wartawan tak kenal dia. cuma dia tak kenal kita jer lah.
glad u liked my entries. thnx for the support.

mohd aizam said...

Kak gee : zam tak berapa rapat lah but pernah jumpa dia kat one PM's function..masa tu zam ikut my MD attending those events...kak gee, tu lah bos zam yang zam sayangi...dah berbaya orang nyer tapi minda tajam macam pisau belit..respect her so much ...hehehehe..anyway, like your writing lah kak gee...love it. Bukan nak bodek kak gee tau....zam puji ikhlas

Azlina amir said...

rezeki kjee mmg melimpahkan!! senangnye dpt keje... bt keje iklas...

Eiz Merican said...

dah tidur yer kak gee...

Asraf Dahari. said...

Thumbs up jee. Aku enjoy kerja dgn kau masa sama2 buat hiburan dulu.

Kjee said...

thnx asraf. kau salah sorang daripada frens aku masa jadi wartawan yang masih in touch with aku. aku akan simpan segala kenangan bersama masa kerja di Berita harian dulu dalam kotak ingatan aku sampai bila2.

Nazian Nasir said...

salam kak Gee....baru jengok blog kak Gee, mmg menceriakan pg sy....x sabar nk ikuti n3 kak Gee seterusnya....moga terus aktif ya...

zairah@78 said...

salam....nak jadi follower kjee....kak jee ni kan ke plakon erk???....suka nengok lakonan kjee....

Mat Gebu said...

Seronok baca tulisan kak jee...banyak pengalaman, lepas tu macam baca satu kesah drama masyarakat pun yeaa....ketagih kooo membacanyaa....hahaha..

cek chun said...

salam.
cek chun datang dari dapur mat gebu. dia buat promotion blog nih :)

cek chun pernah praktikal di nst, business times dan malay mail. all roll into 3 months.seronok betul rasa jadi reporter. tapi impian tak kesampaian. bertukar ke bidang perguruan.

ur first entry cek dah gelak-gelak. memang berbisa panahan bekas reporter ni :p

Kjee said...

thnx cek chun. well masih blum terlambat nak jadi journalist. kalau tidak pun jadilah freelancer.

JUMEE ZAILA AHMAD said...

walaupun agak terlewat join blog kakjee..tp ttp nk komen jugak...seronok dengan keletah kjee....nak jd mcm kjee lah...byk idea menulis...tulisan tu ikhlas dr hati...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...