Monday, February 28, 2011

104. banyak dugaan kahwin sesama artis

siti sarah sah menjadi isteri shuib - foto mstar
selamat pengantin baru semoga kekal ke akhir hayat. kjee tujukan ini kepada siti sarah dan shuib yang baru sahaja melangsungkan pernikahan mereka. alhamdullilah, seorang lagi anak seni bertemu jodoh dengan teman yang sama bidang walaupun tak serupa jalan. seorang jalan kearah nyanyian dan seorang lagi ke arah dunia lakonan. eh silap...khabarnya siti sarah pun dah berjinak2 jadi pelakon.

kjee tak kenal langsung dengan siti sarah mahupun shuib. kjee hanya kenal baik dengan raisuddin hamzah, bapa kepada sarah dan bapa mertua shuib. apapun, tak semestinya tidak saling mengenal maka kita tidak boleh hulurkan ucapan tahniah dan doa agar hubungan mereka sebagai suami isteri kekal ke akhir hayat. betul tak?

industri seni ini amat sempit ruangnya. dan allah swt telah turunkan banyak dugaan dan cobaan kepada mereka yang berani melangkah ke dalam ruang yang sempit ini. percayalah. kjee dah lama hidup dan bergelumang dalam industri ini. cukup untuk menyedari betapa seseorang anak seni itu kena pandang kiri, pandang kanan, pandang atas dan juga pandang bawah apabila memasuki ruang ini.

dugaan dan cobaan begitu banyak. silap sahaja langkah, boleh kecundang. kjee pernah kenal seorang produser lelaki yang pump duit berjuta2 ringgit untuk buat filem. tetapi kerana silap nawaitu, dia kecundang. dia menggunakan tiket produser itu sebagai pasport untuk 'mendapat' seramai wanita artis mahupun bukan artis untuk mendampinginya.

oleh kerana itu, kjee harap anak seni yang memilih rakan seperjuangan sebagai teman hidup supaya ikhlas dan menyimpan nawaitu yang baik. memanglah orang lain pun kahwin dan bercerai. jodoh, pertemuan, ajal maut semua di tanganNya. tetapi janganlah kita mengundang musibah. ada musibah boleh diundang dan ada yang diturunkan allah swt. tapi kalau kita mengundangnya, maka akan cepatlah turun musibah daripadaNya.

kjee cukup rapat dengan Datin Umi Kalsom, ibu noorkumalasari. memang dari dulu lagi kjee menghormati primadona filem melayu ini yang pernah dipilih sebagai The Most Beautiful Malay Woman in Asia oleh majalah The Asiz magazine yang berpengkalan di Australia. beliau masih jelita dan menawan hingga ke hari ini.

Datin Umi Kalsom telah berkahwin dengan allahyarham Dato S Roomai Noor. jodoh mereka berakhir apabila allahyarham menghembus nafasnya yang akhir di mekah.
bersama arwah suami Dato S Roomai Noor, pengarah dan penyanyi zainal othman dan peminat dari spore, fendi aman

menurut datin umi, dugaan berkahwin sesama artis cukup besar. beliau pernah berkahwin sebelum menemui jodoh dengan suaminya yang juga seorang duda. apa yang diamalkan oleh datin umi sepanjang perkahwinannya dengan allahyarham ialah persefahaman dan sifat saling percaya mempercayai.

jangan sesekali ada sifat cemburu buta. harus berfikiran secara rasional kerana sebagai anak seni, hidup mereka selalu diuji dengan dugaan dan cobaan. kalau tidak tabah dan kuat iman, rumahtangga boleh hancur berderai. begitulah rapuhnya institusi rumah tangga anak2 seni.

bukan sahaja anak seni, rumahtangga insan biasa pun tidak kurang juga masalah. tetapi anak seni jadi pemerhatian semua. apa yang dilakukan semua orang nampak dan jadi bualan. dari satu inci, apabila sampai kembali ke telinga kita jadi berjela2 panjangnya.

datin umi berkata rumahtangga beliau juga bukan tidak dilanda gelora. suaminya yang handsome sering diminati bukan sahaja anak2 seni yang baru muncul (ketika itu) tetapi juga peminat filem melayu. mereka bukannya peduli jejaka yang diminat itu suami orang. tapi datin umi kata dia tidak pernah melatah. dia berpegang kepada kepercayaan bahawa suaminya hanya miliknya setelah tiba di rumah. dan allahyarham suaminya juga seorang yang sangat berpegang kepada amanah dan janjinya ketika mengambilnya sebagai isteri.

sekarang ini, kjee lihat ramai sangat artis yang bercinta sesama teman seperjuangan. allah swt menguji setiap masa. tengok sajalah, senadainya nawaitu mereka tidak betul, buatlah perancangan sebesar manapun, rancangan itu tidak akan menuju ke gerbang perkahwinan.

sebab itulah kita tengok ada artis yang bercinta bagai nak rak. siap buat akuan di sana sini kononnya hanya maut boleh memisahkan mereka. nyata sekali hanya statement sahaja yang maut tapi kesudahannya, perpisahan terjadi sebelum sempat mengakhiri hubungan itu dengan ikatan yang suci.

masyarakat memang suka lihat dan baca kenyataan artis2 yang sedang bercinta. bergambar dan berkepit siang malam seakan esok sudah tidak wujud lagi. ingatlah...untuk hidup dalam dunia seni, memerlukan mental dan fizikal serta keimanan yang cukup kuat.

datin umi kalthom bersama arwah suaminya (tengah) dan p ramlee - foto e.forum1.cari.com.my
tidak cukuplah kalau nak jadi artis sebab hendak ubah hidup dan untuk beri masa depan yang lebih baik untuk keluarga. bekalan utama adalah keimanan. jangan ingat alim ulamak sahaja boleh masuk syurga. artis pun allah swt dah setkan quotanya. wallahualam.

tapi semuanya bersyarat. so kalau korang nak langkah kedua2 belah kaki ke dalam dunia ini, fikirlah 10 kali.

ada beran?

8 comments:

  1. Tq Kak Jee, kerana sudi share story pasal bintang legenda versatile Datin Hajah Umi Kalthum.... saya merupakan peminat setia Datin.... semoga Datin Umi sihat waalfiat sentiasa....

    ReplyDelete
  2. Hi Kak Jee.... Datin Umi telah dinobatkan sebagai The Most Beautiful Malay Woman in Asia oleh majalah LIFE di Amerika Syarikat dan majalah VOGUE di Australia.... wow, very Hebat & Kelazkan!... Nway tq Kak Jee, keep on writing... - (Fendi)

    ReplyDelete
  3. oh ya ker fendi. thnx. malulah silap. ada jugak anak muda macam fendi yang tahu semua ni. proud of you fenn!

    ReplyDelete
  4. datin umi masih sihat walafiat. setiap tahun berulang alik mengerjakan umrah. rumah beliau tida jauh dari rumah kjee. dah lama kjee tak jumpa beliau. nanti nak buat appointment jumpa dia.

    ReplyDelete
  5. teringat masa makan kat kedai kau dulu , sesekali aku terserempak dgn datin umi kat situ. macam2 benda dia ceritakan pengalaman dia.

    ReplyDelete
  6. hah shsidah aku pun ingat lagi. SB kenal anak dia kan. suka datin bercerita dengan SB.

    ReplyDelete
  7. Kak Jee kalau jumpa Datin Umi, jgn lupa ambik gambarnya & upload kat FB & blog... tak sabar nak tengok n baca berita terkini primadona Datin Umi Kalthum yg vogue tu.... Tq Kak Jee...

    ReplyDelete
  8. jap lagi nak tukar gamabr. ada fren FB, Fendi Aman dari spore tag gambar untuk kjee upload. tunguuu

    ReplyDelete