Thursday, February 17, 2011

75. kjee pernah jadi pelakon bidan terjun!!!

Ramai tanya kjee samada kjee tak rindu nak berlakon lagi. Isyhh janganlah nak buat lawak. Tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pulak tempat kjee luahkan perasaan, isi hati dan segala bakat terpendam. Rindu kjee untuk berlakon semula hanya allah swt sahaja yang tahu.

Mulut kata tak nak tapi hati Tuhan jer yang tahu. Ada jugak offer yang kjee terima tapi terpaksa tolak dengan baik. Sejak jatuh sakit kjee dah tak berlakon lagi. Dah tak larat. Nak jalan pun tak berdaya. Kalau ada watak untuk orang cacat yang baring sepanjang masa atau naik kerusi roda, rasanya nak lah jugak. Hehehe

Dulu2 masa berlakon drama RTM, tiap kali habis berlakon rasa macam tak nak berlakon lagilah. Maklumlah masa tu, buat rakaman dalam studio. Latihan sampai empat lima hari. Penatnya tak berbaloi dengan bayarannya. Tapi setiap kali dapat telegram (dulu RTM hantar telegram kalau nak panggil berlakon), bukan main seronok lagi. Lupa sudah semua kepenatan yang lalu.

umie aida, pelakon yang kjee kagumi. ini adegan dalam drama airmata nur salina
Ahad ni jam 3 petang kat TV3, drama Aku Kaya akan di siarkan. Drama itu sebenarnya dibuat dalam bentuk VCD untuk dijual. Khabarnya laris macam goreng pisang panas. Wallahualam. Kjee jadi pengurus produksi masa itu. Tapi pengarahnya Murali Abdullah mintak kjee berlakon. Oklah tu. Kami tiga beranak turut berlakon. Cuba tengok betul2 nanti mana satu unclepali dan juga nadia. Hehehe.

Malam tadi, sewaktu dalam perjalanan balik lepas makan, nadia kata dia paling tak boleh lupa ikut kjee berlakon drama kjee Selamat hari Jadi Su 3. Masa tu umur nadia sekitar lima tahun kot. Kjee ketika itu kerja dengan akhbar mingguan utara.

Pagi itu, kjee baru sahaja sampai Kl selepas kembali dari tugasan di Ipoh. Satu office pergi Ipoh. Kjee tak ingat tugasan apa. Mungkin cover mesyuarat UMNO kot. Masuk ke pejabat, kjee dapat call dari Norliza Ismail. Ketika itu dia bertugas sebagai pengurus produksi drama itu. Dia kata produser offer kjee berlakon dalam drama Selamat hari Jadi Su part 3. Shooting kat Negeri Sembilan dan Pulau Langkawi. Bila shooting, kjee tanya ? Petang tu jugak kena pergi sebab yang lain semua sudah start shooting kat sana!

nasir bilal khan. foto sinemamalaysia.com
Kjee tanya kenapa last minute baru call. Liza kata, pelakon asal tarik diri saat akhir. Kalau tak silap kjee, watak itu telah diberikan kepada Nanu Baharuddin. Isyhh beza Nanu dengan Kjee macam langit dengan bumi!! Ah lantaklah…kalau produser dan pengarah dah pilih kjee maknanya watak tu kenalah dengan diri Kjee, kan. Nasiblah jadi pelakon bidan terjun..jangan terjun dalam lombong, sudahlah yer. hehehe

Nak tolak sayang sangat sebab offer begitu lumayan sekali. Kjee masuk bilik bos. Bos senyum jer. Maklumlah kjee ni pekerja yang rajin dan dedikasi. Eh betul ni, tak bohong. Mana ada wartawan yang sanggup tidor di office 5 hari seminggu demi menyiapkan tugasan. Staff  pulak boleh kira dengan jari! Dia pun bagilah kjee cuti.

 Dapat jer cuti, kjee tak buang masa. Terus balik rumah untuk pack kain baju. Kjee tak tahu berapa banyak pakaian kena bawak sebab tak tengok skrip lagi. Tapi masa telefon tadi, Liza adalah bagitau watak yang kjee nak bawak. Kjee mula risau. Macam mana kalau pakaian tak cukup? Kemudian teringat pakaian dalam beg yang bawak pergi Ipoh. Semuanya kena cuci dulu! Tinggal tiga jam sebelum nak pergi ke lokasi! Kjee buat keputusan hantar dobi. Paksa orang dobi tu siapkan dalam masa dua jam!

 Dipendekkan cerita, kjee pun drivelah bawak nadia pergi ke lokasi di N9. kalau tdak silap kjee di Kuala Pilah. Maklumlah dah banyak sangat tempat kjee berlakon di N9, mana nak ingat semua tempat.  Sampai dah malam. Liza suruh tidur dulu kerana malam itu shooting tak  membabitkan Kjee.  Campak jer beg kjee terus tidur.

Esoknya pagi2 call time. Kjee tengok pelakon2nya semua hebat2. Umie Aida, Nasir Bilal Khan, Jalaludin Hassan dan Darling Ngasri yang masa tu baru 12 tahun kot. Kjee tak pernah ada pengalaman berlakon bersama mereka.

Kemudian kjee mintak skrip. Liza kata skrip kjee ada kat KL! Hah kenapa tak cakap. Kalau tidak, sebelum ke N9, kjee singgah dulu amik kat pejabat Kuasatek! Ala pinjamlah skrip sapa2 dulu, kata Liza. Tak kisahlah. Kjee ni memang jenis tak cerewet. Habis shooting selama 3 hari kat N9 tanpa skrip. Harapan kjee bila balik KL, sebelum bertolak ke Langkawi untuk sambung shooting, dapatlah skrip.

Balik Kl, rehat satu hari lepas tu terus drive pulak ke Langkawi. Masa singgah makan kat tepi highway, Kjee tanya Liza, mana skrip? Alamak sorry kjee. Lupa nak amik masa kat KL. Nantilah sampai Langkawi Liza fotostat. Janji lagi.

jalaludin hassan foto resam.blogspot.com
Hampeh. Sampai ke sudah kjee berlakon, tak pernah kjee dapat skrip sendiri. Bila nak shoot, mengendeng2lah kjee kat sapa2 yang ada skrip. Tapi alhamdullilah, shooting berjalan lancar. Itulah kali pertama sepanjang karier kjee sebagai pelakon, kjee tak der  skrip. Kalau watak pak pacak atau extra, taklah kisah sangat tapi watak itu watak pembantu. Kira penting jugaklah.

Kalau korang pernah tengok drama tu, korang mesti tak syak yang kjee berlakon tanpa skrip. Kahkahkah. Tapi berbaloilah jugak. Dapat kenal dengan Norliza Ismail yang kini sudah bergelar pengarah. Seorang wanita yang cukup cekal dan baik hati. Kjee dah anggap dia macam adik kjee sendiri.

Apapun, dengan Liza ni banyaklah kenangan manis dan pahit. Ada beberapa drama kjee berlakon bawah arahannya. Begitu juga liza banyak arah skrip tulisan kjee. Antara kenangan yang manis campur pahit bersama Liza ialah ketika berlakon drama bersiri Hayati. Dan ketika mengambilalih tugas Liza sebagai pengurus prodksi drama Sarah.

Bila nak kenangkan balik, senyum pun ada, sedih pun ada, marah pun ada. Nantilah satu hari kjee cerita lak pasal pengalaman berlakon drama Hayati dan juga Sarah. 

 Hayati pernah mendapat anugerah drama bersiri terbaik. Pasti ada yang ingat drama Hayati dulu kan?

Sementara untuk drama Sarah yang disiarkan di Astro menimbulkan banyak kontroversi apabila azean irdawati di saman oleh syarikat penerbitan drama tersebut. Kjee adalah pengurus produksi drama Sarah.





11 comments:

sharifah rosidah said...

kau memang sempoi lah jee kalau orang lain memang tak sukajadi penganti tapi sbb kau suka tolong orang kau ambik juga job tu. Bab tolong orang memang aku tabik kau, kau memang baik hati dari dulu sejak kita berkawan kau suka tolong kawan2 yang ada masalah orang je yang suka ambik kesempatan atas kebaikan kau. Aku percaya sbb kebaikan kau tu rezeki kau sentiasa ada.

Kjee said...

terima kasih shidah. kau dan SB apa kurangnya. kalau tak kerana kau berdua, aku dan pali tak ler jadi nikah kan? hehehehe syhhh biarlah rahsia.

aNIe said...

Kjee... ceritalah pengalaman berlakon Balik Kampung dengan Imuda... Halim Sabir & Ebby Saiful... kelakar filem tu...

Kjee said...

hmm nanti cuba ingat anie.

norhaniza said...

klu tak slh sayalahkan kak jee dulu terknl dgn nama Mona kan.btlkan klu saya slh kak jee

Kjee said...

ya masa itu kjee berlakon dalam drama bersiri santan berlada. tapi kjee tak suka orang panggil kjee nama tu. hehehe

resepi said...

kakjee..antaranye saye suke watak kakjee jdi kakak kepada pelakon syahnie dn watak bapa d pgg oleg allayarham Ahmad B...best cite tu 2 kali rtm tayang dulu2..tp dh tak ingat lg tajuknye apa.

Kjee said...

oooo drama Sayang Si Montel! itu skrip kjee dan itu first time syanie berlakon. dia jadi adik kjee. awak ingat lagi yer. tq.

atievan said...

k.jee...sya paling suka drama brsiri santan brlada...k.jee ngan os yg mnghidupkn drama tu sbb tu kelakar giler....k.jee kalu xsilap laa k.jee ada brlakon ngan izzaidah khairan kan....

Kjee said...

izaidah khairan? oh untuk panggung rtm tak ingat judulnya.

ashamami said...

jee. kak aishah dah cuba resepi sagu jee tu. kalau makan dn ais krim lagi sedap. tak payah boh susu cair dan air gula melaka. syabas jee. moga bejaya hingga ke hujung nyawa.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...