Friday, March 11, 2011

128. halal ke duit hasil berlakon?

pernah jumpa ular kapak masa shooting tengah sawah
Dolu2 pernah kecuh jugaklah isu duit berlakon itu haram. kesian anak2 seni semua. kalaulah yang tukang lemparkan kata2 itu tahu betapa peritnya kerja2 berlakon ini, pasti dia akan mintak ampun dan maaf atas keterlanjuran kata2nya.

walaupun ramai, ketika itu, memandang hina dan mencurigai hasil pendapatan seorang pelakon itu, tetapi anak2 seni sendiri jarang melatah. apa yang boleh kami lakukan. kalau cuba dipertahankan nanti ada pulak yang keluar dengan hadis yang berjela jela.

memang mudah untuk mengeluarkan tuduhan. apalagi pulak ada segelintir anak2 seni yang seakan sengaja 'menyokong kenyataan' yang dilemparkan. maklumlah, baru 'beberapa hari' dalam bidang ini sudah mampu pandu kereta mewah, tinggal dalam kondo ekslusif, barangan hiasan diri berjenama dan pelbagai lagi lah.

habis nak buat macam mana? orang tua2 kata jari pun ada yang panjang dan yang pendek. perangai manusia pun sama. rambut saja hitam. walaupun ada juga yang bukan anak seni hidup 'cara gelap' tapi yang nampak selalunya artis. kononnya mereka ini milik masyarakat.

aduh menyampah betul kjee kalau ada yang kata artis itu milik masyarakat. apakah kerana itu, mereka boleh lemparkan apa saja yang mereka suka terhadap golongan ini. macamlah mereka yang bagi makan! maaf. tidak ada niat nak menyakitkan hati sesiapa.

manusia species suka kutuk ini mungkin tidak pernah ikut serta dalam pembikinan drama. mungkin tak pernah tahu keperitan yang dilalui oleh anak2 seni. ingat senang ker nak berlakon. cakap bab panas pun cukuplah. bukan panas cam kontroversi tapi kami sering didedahkan dengan kepanasan yang berribu2 watt tiap kali berlakon.

walaupun berlakon outdoor (di luar) di tengah terik mentari, tetapi bantuan 'lampu' akan turut dihalakan kepada kami. bantuan lampu macamana? isyhh susah sikit nak explain tapi dia orang guna peralatan yang dia orang modify. selalunya ditampalkan alluminium foil kepada kotak atau plywod. alat itu dipanggil reflector. kemudian dihalakan kearah matahari. mesti ada cahaya yang memancar kan? hah cahaya itu pulak diadjust supaya kena pada muka. punyalah silau. tapi kalau tak buat cam tu, muka tak nampak cantik. nanti penonton kutuk!

kalau adegan dalam rumah, digunakan pulak lampu2 besar macam spotlight yang entah berapa ribu watt. silap haribulan kulit boleh terbakar atau kena kanser kulit. berpeluh2lah luar dan dalam. macamlah korang perasan kadang2 pakaian pelakon tu sampai basah bermandikan peluh!

dua krew kat depan ni tengah pegang reflector
cahaya yang kuat itu pun boleh cairkan mekap. kesian mekap artis kena sentiasa perhatikan wajah artis yang kuat berpeluh macam kjee. ada kala kesian sangat kat mekap artis, kjee selalu bergurau :"alah guna mop jer. dari jauh jer boleh lapkan peluh!". ketawa terkekek2 mekap artis yang rata2 species adik adik. hah adik2? itu kena baca entry kjee yang lalu. hehehe

pasal itulah korang kekadang nampak muka artis itu kejap putih melepak cam kuih tepung gomak, sekejap tidak. itulah bahananya kalau terlalu banyak berpeluh dan mekap artis kena selalu touch up!

itu baru cerita pasal kepanasan kena pancaran lampu. ada lagi satu hal yang selalu buat ramai pelakon (termasuk kjee) mengamuk. namanya adegan tunggu menunggu atau waiting game. misalnya, call time pukul 8 pagi. kul 6 dah bangun beb. lepas mandi terus berlari ke lokasi. kalau lokasi dekat tak per. sampai sana kul 7.45 pagi. tunggu sampai kul 12, shooting tak mula lagi. sebab? pelakon diva belum sampai!!

kjee takkan lupa satu kes ini apabila shooting drama Haryati di Banting dulu. awal 90-an kot. kjee terpaksa bangun kul 5 pagi sebab bukannya senang nak drive ke Banting pagi2 hari. jalan sesak dengan orang nak pergi kerja.

kjee ni dulu wartawan jadi sudah dilatih time mesti tepat. tak boleh time omputih, bangla atau jepun! so sampai sana lebih kurang jam 7 lebih. sampai lokasi (kat rumah utama shooting), krew produksi yang tidur di rumah tu, dah siap kopi panas dan sarapan. selepas sarapan, kjee pun tunggulah. sebahagian besar pelakon, pengarah dan krew tinggal di rumah itu jadi tak der lah masalah.

malangnya, call time pukul 8 tapi sarapan sudah, makan tengah hari sudah tapi hero tak sampai2 lagi. penolong pangarah call dia kata on the way. 0n the way dari mana wallahualam. shootlah scene lain dulu, mesti korang kata kan? semua scene dah habis shoot. hari tu memang khusus untuk scene babitkan dia jer!

kjee mulalah nak hot tapi memandangkan masalah itu bukan masalah kjee sorang, terpaksalah tahan perasaan. kemudian kira2 kul 4 ya 4 petang, hero tu sampai sambil sengih2! sampai jer dia buat selamba dan terus kata lapar sebab tak sempat makan tengah hari. lepas dia makan, hujan turun dengan lebatnya. shooting ditangguhkan hingga esoknya!

nasib baik bayaran kami ikut pakej. kalau tidak, dapat setengah bayaran jer sebab shooting tak jadi!
kalau scene malam berlambak2, call time selalunya pukul 2 petang. kekadang tu shooting tak sedar dah dekat subuh. tapi dek kerana diletak kain hitam kat tingkap, shooting pun teruskan untuk adegan malam. kekadang lucu lak sebab bunyi ayam berkokok. cepat2 krew keluar halau ayam suruh main jauh2. yalah mana ada ayam berkokok waktu malam kan. kul 7 pagi kami pun balik. orang sibuk pergi kerja, kami baru balik kerja!

itu jer ker? ah tak lah teruk sangat kan? dapat ribu2. orang lain kerja sebulan awak kerja empat lima hari dapat gaji sebulan kami! yalah tapi awak ada pencen. ada kemudahan kesihatan. boleh dapat pinjaman bank beli kereta, beli rumah. kami ada? awak tak perlu ada banyak baju. takkan tiap2 drama nak pakai baju sama! accesssories jugak perlu kalau perempuan. (itu tak termasuk bulu mata pelsu).  pastu peralatan pencuci muka murah ker? kalau yang murah mana boleh buang mekap tebal yang kena tempek kat muka kami! krim dan lotion penjagaan kulit pun perlu nak jaga kulit dari sinaran lampu dan mekap! adoiii!

krew shooting. tidak termasuk yang kecik tu? kenal ke? yalah macam kenal kan? hehehe
itu tak termasuk kena 'kencing' dengan produser. masa sain kontrak dibayar 50%. bakinya habis penggambaran. ada juga artis tak dapat baki 50%. produser tak dapat dikesan atau 1001 masalah lain. kjee tak pernah kena. kalau lambat bayar tu adalah. kjee pernah dapat bayaran skrip selepas tiga tahun!!

so korang rasa halal ke tidak duit hasil berlakon? kjee kata HASIL BERLAKON bukan HASIL SUMBER LAIN!

buat apa nak tipu, tak baik tau. MEMANG ADA anak seni yang buat kerja macam tu. kjee tak nak tuduh tapi korang fikirlah sendiri. mula tulis tadi kjee dah sebut kan!

kata orang jadi penyanyi memang boleh kaya raya tapi jadi pelakon, agak susah sikit melainkan bawak watak utama untuk filem. semua orang dapatkah peluang itu?

setelah bertahun2 jadi pelakon dan apabila berkahwin dengan unclepali, dia bagai berat nak bagi kjee berlakon. unclepali kata dia tak sanggup tengok kjee berpanas dan menunggu dan terus menunggu giliran hendak berlakon. dah lama kjee tak berlakon. kekadang gian jugak tapi bila direwind semua keperitannya, tak payahlah. duk jer kat umah buat skrip lah. bagilah orang lain lalui tu semua!

jadi pada mereka yang nak kata duit hasil berlakon tu haram, fikirlah dua kali yer. terima kasih.

2 comments:

sharifah rosidah said...

biasa lah jee mulut manusia ni, pada orang pernah bercaampur dan tahu pasal orang seni memang faham sangat, tapi bagi orang yang tak pernah tu mereka tak tahu mereka hanya tengok dari segi gaya seseorang artis senang cerita artis yang jual diri yang pakai kereta besar2, makan angin overseas, shoping beg mahal2 padahal jadi heroin pun bukannya dibayar ratus ribu. artis macam ni lah daah sah2 duit yang dia dapat memang dari hasil yang haram. tapi biasa lah diorang pun pandai jawab juga tak kan dah berak kat tepi jalan dia nak mengaku kan?

Anonymous said...

halal haram semua org tahu ape dia takkan duduk kat kedai minum secawan kopi duit haram pikirlah berkat tak berkat keje tuhan bukan kita yg tentukan....apele singkat nau pemikiran ..norasmah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...