Monday, March 14, 2011

134. PERADUAN PETUA




Kjee nak bagi peluang korang pikir lagi petua2 yang menarik untuk menyertai peraduan ini. kalau bolehlah, elakkan ada petua yang sama. maknanya kena bacalah dulu setiap petua yang dipost oleh pembaca.

banyak petua2 yang menarik yang belum pernah kjee dengar selama ini. kjee akan bahagikan peraduan ini kepada tiga bahagian iaitu:

1. petua paling Original / lain daripada yang lain
2. petua paling menarik
3. petua paling kelakar

pemenang akan menerima salah satu set yang mengandungi tiga haruman berlainan Ultra Secrets Perfumes. Hadiah akan dipos sebaik sahaja pemenang diperolehi. setiap penyertaan harus meletakkan nama. jika memilih status anonymous, sila bubuh nama di hujung penyertaan. terima kasih.

peraduan ini akan ditutup pada jumaat, 18/03/2011 pada pukul 12 tengah hari. pemenang akan diumum pada Isnin 20/03/2011. seperti biasa, keputusan pengadil adalah muktamad. sebarang sms, email dan tunjuk perasaan di depan kedutaan amerika tidak akan dilayan. kahkahkah.

PEMILIK BLOG INI BERHAK MENGGUNAKAN PETUA2 YANG MEMASUKI PERADUAN INI UNTUK SEBARANG TUJUAN YANG DIFIKIRKAN SESUAI.

28 comments:

Anonymous said...

petua budak kencing malam: ambil labah2 yang mati meragan kat sarangnya dan masukkan ke dalam pusat anak yg selalu kencing malam.(Azlinda)

Anonymous said...

Petua nak kulit muka mulus-Sapu/lap dgn spender basah(sendiri punya)
Petua nak badan kurus-masukkan spender tadi dlm makanan yg anda masak...(sure x lalu makan)

(Mulan Jameela)

Anonymous said...

pesan orangtua juga ingatkan bila pakai kain sarung ikut kepala bila buang ikut kaki untuk elakkan d kianati orang yg dengki dan supaya penyakit angin tak tunggu dalam badan...
pesan orang tua dan pesan tok guru yg baca kitab lepas maghrib tu jangan tinggalkan singki penuh dengan pinggan tak bercuci sebelum tidur kerana jin akan makan sisa makanan kita yang tinggal umpama kita yang bela jin...norasmah

Anonymous said...

saya pun ada petua jga dah buat menjadi,petua org dulu2 mak yg buat utk cucunya..klau ada ank2 yg suka kencing mlm,ambk tilam yg ank tido tu srh dia junjung keliling kpg pd waktu tgh mlm...memandangkan dok rmh taman mak bawa cucu dia pusing blok ajela...alhamdulillah ank adk tu tk kencing mlm dah....fatimah hanim

ena said...

petua org tua2..
kalau nak anak tido nyenyak dalam buai...sebelum masuk buai wat kali pertama..masukkan dulu lesung batu atau batu berat....
jadi anak akan tetap tidur lena...cam batu tu...duk berenjut je kan..hehhee....
satu lagi...
kalau makan ulam petai atau sambal petai....pastikan ada terung skali..xkisahlah masak apa..bakar ke kari ke rebus ke...janji ada terung...makan la terung ngan ulam petai tu..jadi kencing xbau punye...xcaye leh cuba...

Rin said...

petua hilangkan pijar cili di tangan - lumurkan tapak tangan dengan garam dan gosok2 seperti mencuci tangan. kemudian di bilas dengan air paip.

eqinkhadijah said...

tak tau la ni dipanggil petua atau apa ntah. ada sorang hamba Allah botakkan kepala anaknya 44 kali. asal tumbuh je dicukur abis rambut anak perempuannya tu. katanya ini adalah petua orang dulu2 untuk jadikan anak itu seorang yg bijak pandai. ye ke? wallahualam..

Anonymous said...

untuk orang mengandung...pesan orangtua jangan makan ulam pegaga takut lekat uri kerana akar pegaga mencengkam bumi...juga jangan duduk diatas tangga..jangan jahit tutup terus bantal bayi yang baru d isi kekabu takut nak beranak susah...pesan orangtua juga buat keje separuh jalan nanti nak beranak pun susah...pesan orangtua..norasmah

Anonymous said...

kata seorang ustaz celupkan/sentuhkan jari telunjuk kanan pada madu dan berselawat 3x. biarkan jari bermadu itu dihisap bayi. kelak bayi itu tidak degil, mendengar kata dan amat kasihkan kita. Insya-Allah

chikadakbiru said...

As salam...tak tau laa nak kate petua ni menarik ke kelakar ker....tp ini petua org dulu2..yang diceritakan arwah opah saya kepada mak saya..now mak saya plak cite kat saya...hihih

1. Untuk menghilangkan bau hangit ketiak...Duduk dalam keadaan mencangkung..gosok kepala lutut di ketiak yang berbau itu..sebelum mandi tiap2 hari. (Wallahualam..tp mak saya ckp dia dh biasa amalkan...memang mujarab)

2. Untuk menghilangkan rasa nak terberak...genggam tangan mcm penumbuk tuh....tumbuk perlahan-lahan di bahagian punggung sambil berkata "Kepala di atas, kaki di bawahh" berulang ulang kali..sampai hilang rasa nak terberak.

3. Utk orang tengah mengandung, jgn amalkan makan nasi sejuk..utk elak kepala baby besar dan jangan suka letak tuala di bahagian leher...org tua2 kata takut tali pusat anak nanti terbelit..wallahualam

Sekian terima kasih
Sekian terima kasih

nik said...

1. Petua tercekik tulang....
ambil minyak masak, baca selawat 3 kali kemudian sapu pada tulang sulbi (tulang tongkeng).
2. Petua kalau semut2/kebas kaki
garu telinga (kalu kebas kaki kanan garu telinga kiri) vice versa.. klu dua2 belah kaki garulah dua2 telinge..(jgn rabak plak telinga ngee)

Anonymous said...

petua tuk menhalau cicak....
amik unang yg cantik yg biasa kenduri kawen tue... masukkn cili kering kat dlm uncang tue, lpas tue ikat dan gantung kat setiap pnjuru dinding.... insyaAllah... fara rafi

suzi fauzi said...

petua kulit halus mulus n tuuut tak berbau...mandi sental dengan garam halus, buat cam lulur tu, lps mandi mmg rasa halus mulus seluruh badan, jimat duit x yah g lulur kat spa :-), tuuut tak bau..daun sirih campur garam, ramas dalam air suam, buat cebok everytime g toilet..x yah bis duit beli pencuci yang boleh keringkan tuut tu..tocei tocei..wassalam...suzi fauzi

mylittlecaliph said...

nak gaklah join the club petua :)

1. sakit gigi/gigi berlubang / gigi ngilu - ambil seulas bawang putih, letakkan di bahagian yang sakit.(gigi or ketap kat bahagian tersebut)
* 100% mujarab sebab dah buat...

2. Resdung - Tumbuk tiga sudu jintan. Kemudian bungkus dalam kain putih dan hidu setiap kali sebelum tidur. Insyallah..

3.Meredakan dengkur sewaktu tidur - Tumbuk lumat tujuh biji buah badam. Campurkan dengan air suam dan kacau hingga sebati. Minum setiap kali sebelum tidur.
*ini mak buat kat abah, mujarab....

Anonymous said...

1. Penjagaan payu dara
Sapukan beberapa helai daun sirih dengan minyak kelapa. Salai menggunakan api lilin dan tekapkan ke payudara. Biarkan sehingga kering. ATAU sapu dan ratakan putih telur di sekeliling buah dada. Biarkan kering dengan sendirinya. Buat pada waktu sebelah malam. Bersihkan seperti biasa dan lihat perubahannya.

2. Memiliki Payudara Cantik
Ramas beberapa helai daun turi dan ambil airnya. Sapu pada buah dada setiap kali mandi atau cara paling mudah dah berkesan ambil air yang baru keluar dari paip, kemudian usapkan ke payudara dari bawah ke atas disertai dengan bacaan selawat. Anda akan merasai perubahannya.

3. Menegangkan Payudara
Sapu minyak zaitun pada daun sirih dan layurkan pada api yang sederhana. Bila panas, tekapkan pada payudara selama beberapa minit. (macam kita tuam 'bird' bayi lelaki) Buat tiga kali seminggu.

(nrutlef)

Anonymous said...

1)Org mengandung jgn merasa mknan dlm senduk,takut nti bibir ank jadi cam bibir Negero ,2)lagi org yg mgandung jgn meyapu sampah sekerat2,kalau nak sapu kena teruskan,takut nanti nak bersalin susah,ank nak keluar tersekat2...3)org mgandung x leh dok atas akar pokok,takut bersalin lekat uri..(Khadijah Salim )

sharifah rosidah said...

aku ada petua yang aku rasa kelakar, tapi tak payah lah senarai kan akau untuk peraduan ni, saja suka2. Masa aku sekolah rendah dulu pergi sekolah jalan kaki dengan dua tiga orang kawan2, satu hari tu aku rasa nak terberak sesangat sedangkan sekolah masih jauh lagi jadi nseorang kawan dia dia bagi batu kecik kat aku, dia kata " cuba kau ambik batu ni gulungkan kat baju sekolah kau sambil cakap macam ni gulung2 batu tergulung taik aku" oleh sebab dah tak tahan sangat aku pun ikut petua bodoh dia dan tetiba aku dah tak terasa nak berak. sekarang aku kalau cerita kat anak2 aku diaorang tak percaya sekali ada satu hari tu anak aku rasa nak terberas sementara sb nak berhenti cari tandas anak aku pun cakaplah macam aku ajar terus hilang rasa tu. aku pun cakap lah kat anak aku tu lah ingat petua bodoh ke mama bagi.

Anonymous said...

petua ni dari arwah ayah saya,dulu masa saya budak2 kalau bagun tido je,terus tadah tangan serprti kita nak minta doa,angkat tangan tu terus sapu kemuka kita dgn cara dari dagu ke atas se bayak 3x seluruh muka kita sambil berselawat,utk awet muda hasil nya saya berumur 45 thn n still nampak muda lg,,,cubalah

norhaniza said...

petua dari mak kalau basuh kain lampin,baju baby atau keperluan baby yang lain jgn disidai diluar waktu malam dan hari berangin nanti baby tu kembong bawa jerlah kain baju tu sidai kat dalam rumah jer.

Anonymous said...

Salam, sy pon nk share petua jgk la~~

1. Petua cantikkan kulit muka.
Petua ni arwah nenek turunkan pd mak, dan mak turunkan pd sy.mase dok k kg kecik2 dulu, mak ade bela ayam dan mak ade sediakan tempat khas utk ayam bertelur jd x kotorlah telur2 tu, petua nyer, klu ayam tu dah bertelur, mak suruh ambil telur ayam yg baru tu dan masih terasa panas golek2 kan telur tu kt muka sambil selawat. Insyallah kulit akan cantik mak ckap.sy ngan kakak rajin buat sejak kecik lg. tp skrg mak da x bela ayam lg tp kulit muka sy ngan kakak sy mmg berbeza dgn adik2 lain bersih jer, lgpon mase adik2 membesar mak da xbela ayam lg.. hehe..

2. Petua ni agak unik sket, Petua ni dari arwah datuk, dia nelayan. Jd darah nelayan tu turun kpd ayah sy, cume ayah buat secare sambilan, slalunya ayah pergi menjaring ikan waktu malam atau hujung mggu, kadang2 sy pon dia bwk utk temankan dia, mase tu sy kecik lg. tp slalunya dia pg sorang. sy pernah tanye ayah, dia tak takut ke jumpe buaya? dan ayah pun bgtau petua yg bleh elakkan jumpa buaya. petuanye, letak kunyit dalam sampan,nnti buaya xnk dekat ngan sampan tu.nk tahu knape buaya xnk dekat? ayah kate buaya tu takut kena goreng ngan kunyit tu! mase sy dgr, sakit perut sy ketawa sy igt ayah bergurau jer, tp ayah ckp itulah petua yg arwah datuk turun kan pd ayah dan bile di igt2 blk, mmg sy perasan ade kunyit dalm sampan ayah..! hehe..

~Surieya sweet~

Anonymous said...

petua untuk hilangkan bau hangit ketiak
1.panaskan setengah cawan minyak masak 100`c matikan api
2.10 ketul kapur barus jangan takut tak de antu nya maskkan dalam minyak panas kacau sampai hancur sejukkan bagi betul2 sejuk kang lecur lak
3. masa mandi sapukan rata2 pada ketiak selama 5 minit ....bilas macam biasa kang tak hilang bau kapur tu amalkan insyaallah hilang bau dan bulu ketiak pun lambat tumbuh
daun sireh ambil beberapa helai masa mandi tu ramas2 sental kat ketiak pun untuk hilangkan bau ketiak tu
untuk kemaluan yang gatal2
daun sireh juga beberapa helai daun jambu batu satukan dalam periuk rebus....bila air tu suam2 kuku gunakan untuk cebuk selepas kencing
daun tutup bumi selain orang makan untuk kurangkan kadar gula dalam darah ade juga orang makan untuk cegah batu karang dan bolih juga di gunakan untuk bertangas caranya rebus daun tutup bumi dengan sireh sampei berbau wangi letak periuk tu dlm magkuk tandas dan duduk lah d atas sehingga air tu sejuk ini untuk perempuan saje....norasmah

Anonymous said...

petua yang mak sampaikan untuk orang lepas bersalin/dlm pantang.
1) masa nak minum jamu, ibu jari kaki kiri kepit ibu jari kaki kanan.. tangan kiri ampu breast, selawat 3 kali then baru minum.
2) masa berjalan, badan tegak, langkah mesti tersusun dengan teratur, duduk pun kena tertib.. (kalau tak nanti, jalan berterabur, bak kata mak, mcm singapore-penang ~ sebelah kaki ke singapore n sebelah lagi ke penang.. tak cantik) sayang.. muka lawa tapi jalan berterabur..

ni petua dari mak andam yg bisik masa kawen dulu..
~ jangan rendam/ada air dalam lesung batu.. kena biar kering.. nanti tut-tut berair..

~ nana ~

Anonymous said...

petua nk bersihkan kerang @ spesis same jenis...
rendam kerang dlm air bersama cili padi,nnti dia akan nangis & kuar la pasir kt dlm tu...
rini mamat

Farrah said...

petua dr atuk kita utk budak kencing malam.. yg nie utk budak 5 thn ke atas..

1. Baringkan anak dan angkatkan kaki anak ke atas sehingga punggung pun terangkat sekali..
2. Pastu sambil angkat tue kita kena cakap ' bah siang kemarau malam' ckp lah 3x..
3. insyaalah mujarab hehehe..

Kjee said...

HARAP MAKLUM. PERADUAN SUDAH DITUTUP PADA JAM 12 TENGAH HARI TADI. PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA HARI ISNIN. SESIAPA YANG DAPAT MENEKA DENGAN TEPAT TIGA PEMENANG BERTUA ITU AKAN TURUT MENERIMA HADIAH YANG SAMA.
1. PETUA PALING ORIGINAL
2. PETUA MENARIK
3. PETUA KELAKAR
TERIMA KASIH.

Anonymous said...

petua original-mylittlecaliph
petua menarik-cikadakbiru
petua kelakar-surieya sweet(buaya kunyit)
-miaayuni-

khadijah md daud said...

Petua nak lembutkan daging supaya cepat empuk,adik kak jah duduk kat pekan nak cari ape menda nak lembutkan daging?Klu kat kampong boleh lah kita amik betik muda,daun nangka la mcm2 lg petua nak lembutkan daging ,nak dijadikan cite ade petua yg mungkin ada owg setuju dan ade yg bangkang...klu kak jah tak cerewet sgt kira okeylah...Cara dok kat pekan dia amik pe tau 4,5 btg sudu & denga garpu masuk dlm daging rebus sekali...kak jah try petua tu dia menjadi you..Thanks utk adik ipaq tersayang...ada lg ni petua nak lembutkan kacang hijau supaya cepat kembang masukkan satu sudu minyak masak...berkai dgn SUDU gak.....

khadijah md daud said...

Utk owg darah Tinggi cuba pulak petua ni amik segengam taugeh,basuh sambil berselawat 3x pas tu masukkan dlm cawan tuang air panas,bila suam boleh minum dan makan dengan togeh sekali,insyAAlah pening hilang kepala jadi ringan.SELAMAT MENCUBA....InsyAallah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...