Thursday, March 10, 2011

ramai kata kalau buat nasi goreng elok guna nasi masak sehari sebelumnyer. ntahlah citara masing2. tapi pengalaman kjee, kalau nasi tu dimasak dan dibiarkan sejuk sejam dua pun boleh. lebih elok dan kenyal daripada disimpan dari hari sebelumnya. ada kawan kjee dia turut meniaga nasi ayam. bila nasi putih habis, dia guna nasi ayam untuk buat nasi goreng. sedap gak tau. bahan2 (utk sepinggan): sepinggan nasi putih isi ayam udang 1 biji telor ayam 1 ulas bawang putih (diketuk) sayur campur (ikut suka...boleh ditiadakan) serbuk ayam (maggie chicken granules) 2 atau 3 titis minyak bijan minyak masak bawang goreng cara membuatnya: pastikan nasi cukup sejuk dan jangan berketul2. biasanya untuk nasi goreng, elok tidak dimasak terlalu lembik supaya bila sudah siap nampak cantik dan berderai2. bubuh satu sudu minyak masak ke dalam kuali. bila sudah panas, masukkan bawang putih dan digoreng pantas. jangan bagi hangus. masukkan ayam. goreng sampai masak, pastu masukkan telor dan biarkan seketika sebelum dikacau2. pastu masukkan udang. bila udang sudah nampak merah isinya, masukkan nasi, sayur campur dan serbuk ayam. Hati2 guna serbuk ayam sbb ia masin. masukkan secukup rasa. goreng pantas nasi dalam 7 minit. ada org celur dulu sayur campur tapi kjee tak pernah buat sbb kjee guna api besar masa goreng. bila semua sudah cukup sebati, titiskan mijam bijan, gaul cepat2 dan hidang. taburlah bawang goreng keatasnya. kalau suka makanlah dengan cili api/cili merah yang diracik halus dan dibubuh kicap cair ataupun sos nampla. selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...