Friday, April 1, 2011

186. Panjatkan Doa Buat Malek Noor!

Datuk Malek di Masjidil Haram kira2 tiga minggu lalu. Foto dari FB beliau.
Pagi ini Kjee browse akhbar2 online dan terkejut apabila membaca berita jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor kini dimasukkan ke ICU di Hospital Pantai, Ipoh, Perak. Beliau mengadu tidak boleh bernafas ketika beraksi dalam perlawanan bolasepak yang baru bermula kira2 lima minit. Datuk Malek di posisi gol.

Semalam Kjee ada baca berita beliau dikejarkan ke hospital tetapi tidak samasekali menyangka keadaan begitu teruk sehingga dimasukkan ke yunit rawatan rapi, ICU. Mudah2an berita yang Kjee baca di akhbar online pagi ini belum lagi di update. Dan mudah2an Datuk Malek Noor, kini sudah pulih, Insya Allah.

Datuk Malek berusia 56 tahun. Di usia begini, beliau tidak sepatutnya dibenarkan bermain sukan2 yang ganas seperti bolasepak. Sebelum ini pun, dirasakan Datuk Malek jarang terbabit dalam sukan lasak sedemikian. Maklumlah sukan bina badan yang disertainya selama ini hanya 'menggerakkan otot2nya' sahaja.

Kita tidak mahu apa yang terjadi kepada arwah Shamrin Fotograf ataupun arwah Hani Mohsein berulang lagi. Kedua2nya meninggal dunia kerana sakit jantung. Arwah Shamrin ketika bermain bola dan arwah Hani Mohsin berlari sekuat hatinya untuk ke kaunter checkin di lapangan terbang kerana terlambat dan bimbang ketinggalan kapal terbang.

Datuk Malek Noor yang Kjee pernah kenal ketika Kjee menjadi wartawan dulu adalah seorang yang cukup periang. Sangat gemar bergurau dan cukup peramah. Kjee sudah lama terputus hubungan dengan beliau.

Kjee pernah sekali ke apartmen beliau ketika itu di Pandan Indah. Ketika itu, production kami sedang membuat penggambaran drama Anna Carolina lakonan Hani Mohsin dan Abdullah Chik di salah sebuah apartmen di tingkat atas.

Ketika Kjee turun hendak ke parking kereta, Kjee terserempak dengan Datuk Malek yang mengajak Kjee ke unit apartment beliau. Terkejut Kjee apabila melangkah ke dalam apartmen tersebut. Indahnya apartmen itu! Bukan sahaja ruang tamunya begitu rapi disusun tetapi dapur, bilik tidur dan bilik air bagaikan sebuah suite hotel mewah!

Selepas situ, Kjee tidak bertemu Datuk Malek lagi. Daripada apartmen itu, beliau kemudian membeli sebuah penthouse di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Banyak drama menggunakan lokasi penthouse beliau. Jika tidak silap Kjee, salah satu drama tersebut ialah untuk drama popular Dalam Hati Ada Cinta arahan Rashid Sibir. Penthouse Datuk Malek menjadi lokasi 'rumah' pelakon utama Ako Mustafa.

Bagaimanapun, bulan lepas Kjee terkejut apabila Datuk Malek 'request friendship' di facebook Kjee. Kjee terus approve dan ketika itu tidak menyedari beliau sudah bergelar Datuk. Kjee memanggilnya dengan nama Alek. Beliau berkata akan menjalani ibadah Umrah pada 7  Mac hingga 19 Mac.

Berikut Kjee copy paste dari wall facebook beliau sehari sebelum berlepas ke Tanah Suci..." SELAMAT PAGI SEMUA SAHABAT DI FB DENGAN IKHLAS HATI SYA HULUR KAN TANGAN MEMINTA MAAF JIKA ADA KESILAPAN DAN APA APA YANG TAK DISENANGI DARI SEGI CORETAN DALAM PERKENALAN KITA , DOAKAN SAYA SELAMAT PERGI KA UMRAH DAN SELAMAT KEMBALI DAN AKN SAYA NONACTIVE KAN FB ESOK SEHINGGA 19TH MARCH,ASALAMMUALIKOM DAN JUMPA LAGI.

Dan sekembalinya..."ALLAHMDULLILAH SEMUA NYA SELAMT KEMBALI SAYA DI -RUMAH, UMRAH BERJALAN LANCAR DAPAT SAYA MENGUCUP RUKUN YAMANI ,HAJAR ASWAD DAN BERSEMBAYANG DI ROWDAH MIMBAR NABI MOHAMAD SALWALLAHIWASALAM, SEMUA NYA LANCAR DENGAN TITISAN AYER MATA BERSUKUR ALLAH TELAH MEMILIH SAYA MENEMUI NYA, TERIMA KASEH ATAS DOA SEMUA SAHABAT DI FB, AMIN."

Sahabat Kjee Asraf Dahari, bekas photographer NST dan isterinya Liza telah berlepas ke Tanah Suci pada waktu yang sama tetapi Asraf tidak pula bercerita menemui Datuk Malek di sana.

Seronok Kjee baca perubahan pada Datuk Malek sebelum beliau pergi dan kembali dari tanah Suci. Perbualannya di FB begitu sopan dan berlapik. Beliau banyak bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana menerimanya sebagai 'tetamu'Nya. 

Jom semua doakan agar Datuk Malek pulih seperti sediakala dalam masa terdekat, Insya Allah. Datuk Malek berasal dari Batu Pahat. Johor dan rasa2nya masih bujang.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...