Sunday, April 17, 2011

231. Tarikh mula muncul 25/01/2011 rupanya!

Tadi Kjee terkejut juga tengok dah dapat 150,000 views sejak 25 Januari 2011. Belum sampai 3 bulan rupanya! Memang tak sangka samasekali boleh tarik orang baca blog Kjee ni yang caca marba ni.

Kjee masih hairan kenapa ramai kengkawan Kjee ingat blog Kjee ni khusus masakan. Jenuh jugak Kjee nak explain. Tapi kebetulan pulak bila dia orang bukak, entry pertama yang dia orang tengok entry masakan. Browselah dulu kan. Ini tidak, terus tak tengok lagi selepas itu.

Apapun, sebenarnya Kjee dah tak larat nak layan kehendak semua. Setiap orang ada citarasa sendiri. Begitu jugak dengan Kjee.

Bila Kjee terlintas nak tulis apa2, terus Kjee buat tanpa memikir samada sesuai atau tidak untuk semua. Tapi adalah jugak sekali dua selepas entry dah keluar Kjee menyesal pulak tulis. Menyesal kerana ada yang mesej tak setuju dengan apa yang Kjee tulis.

Masa peringkat permulaan, Unclepali yang tapis sebelum Kjee tekan publish. Tapi lama kelamaan Kjee dah tahu tapis sendiri.

Blog Kjee ni rata2 dilawati oleh wanita berusia 25 tahun keatas. Yang dah kahwin, yang belum kahwin dan yang dah tak kahwin lagi. Kekadang Kjee teringin gak nak tulis cerita2 yang agak private. Tapi bila fikir ada jugak yang belum lagi melalui alam rumahtangga, terus Kjee kensel.

Kita mesti mempunyai rasa tanggungjawab keatas apa yang kita tulis. Kalau boleh mendatangkan faedah, teruskanlah. Kalau tidak, tak payahlah menyusahkan orang lain. Itulah pegangan Kjee.

Kjee mengaku masa Kjee layan FB, Kjee banyak jugak buat silap. Maklumlah masa mula bukak akaun dulu, Kjee tak sihat. Masa tu 24 jam asyik layan TV jer sampai dah naik biol. Unclepali kata cubalah alihkan perhatian ke bidang lain supaya otak tak berkarat. Masa sakit, langsung tak der stamina walaupun untuk menulis skrip.

Dan ketika itu, Kjee cukup sensitif. Semua serba tak kena. Teruk jugaklah Nadia dan Unclepali 'menahan telinga'.

Bukak akaun FB salah satu punca Kjee selalu naik angin. Silap jer orang komen Kjee block. Gurau terlebih sikit Kjee terus block. Block tau, bukan remove! Setakat ni Kjee dah block dekat 1,000 orang dan remove dekat 2,000 orang. Giler kan?

Selain orang yang buat Kjee angin, Kjee turut block mereka yang tetiba terlalu rapat dengan Kjee. Mereka buat Kjee lemas. Kjee online jer, mereka akan terus masuk dan komen. Tak cukup komen kat wall sampai mesej dan macam2 lagi. Hmmm kerana tak tahan dengan 'constant harassment' tu, Kjee block lah.

Ramai jugak yang heran kenapa kena block. Ada kawan di FB Kjee bagitau, mereka yang kena block siap merayu kepada kawan2 Kjee (yang mereka tahu rapat dengan Kjee), tanya kenapa Kjee dah tak boleh 'dilihat' lagi di FB. Kawan2 Kjee yang setia dah tahu perangai Kjee jawab kepada yang merayu ni, mereka tak tahu!


Banyak yang buat Kjee sensitif. Masa mula2 layan FB, soalan paling Kjee tak suka ialah ...Lama tak tengok Kjee berlakon. Kenapa Tak Berlakon? Isyhh terus Kjee block. Kalau angin baik, Kjee akan jawab...Kalau dah tak nampak kat tv,  maknanya dah pencenlah. Atau Kjee akan kata dah tak laku. Bila kata dah tak laku, dia orang boleh tanya lagi kenapa mesti tak laku sedangkan lakonan Kjee bagus. Adoiiiii.

Kalau korang di tempat Kjee, mahunya korang histeria kalau dalam satu hari lebih 50 orang tanya soalan yang sama! Bila Nadia tengok Kjee dah semakin sensitif, dia suruh slow down. Unclepali pulak pujuk suruh blogwalking. Cara itu boleh alih perhatian Kjee kepada bidang lain.

Kemudian Kjee mulalah blogwalking. Tetiba Kjee rasa alam blog lebih mencabar dari alam FaceBook. FB sebenarnya hanya untuk orang muda. Tak sesuwai untuk Kjee yang dah setengah abad! Tahupun kan? Nasib baik sedar cepat!

Dan sejak blogging, fikiran Kjee lebih tenteram. Mungkin kerana frens yang jenguk blog Kjee lebih matang. Walaupun baru tiga bulan, Kjee rasa macam dah lama. Seronok sangat sampai Kjee mampu keluar dari kepompong lama Kjee dan yang paling penting, Kjee rasa lebih sihat!

Agaknya 'sakit' Kjee selama ini tidaklah fizikal sangat tetapi mungkin mental jugak. Bukan sakit mental a.k.a gila ye. Tetapi mungkin Kjee tak boleh lagi tahan dengan pressure di sekeliling menyebabkan Kjee sakit.  Percayalah, sejak tiga bulan yang lepas, Kjee perasan yang hidup Kjee sudah berubah.

Kalau dulu Kjee perlu bantuan tongkat atau dipapah walaupun dalam rumah sendiri, sekarang Kjee dah mampu bergerak sendirian dengan cukup selesa. Tapi taklah pulih sepenuh macam dulu. Mungkin 55%.  Hanya sesekali kalau Kjee perlu keluar masuk shopping complex atau supermarket, barulah guna kerusi roda.

So kesimpulannya, Kjee memang serasilah blogging. Kjee dah menjadi kurang sensitif dan lebih peka kepada sensitiviti orang lain. Tapi sesekali sekala tu, masih jugak block manusia2 yang 'terover' dengan Kjee kat FB. Tapi taklah ramai macam dulu. Hehehe.

Begitu juga apabila ada orang request friendship di FB. Dulu, kalau dia orang tak bubuh wajah sendiri, Kjee akan tolak. Tapi entah kenapa sekarang Kjee terima walaupun bubuh gambar beruk ataupun bunga. Yang Kjee tak terima ialah orang yang pamer gambar duit atau tayang kereta mewah dan ajak login dapat duit. Itu Kjee terus tolak.

Kjee suka tengok bloggers seperti CMG dari Dunia Tanpa Sempadan, MamaFaMi's Spice and Splendour serta Ummi dari Home Sweet Home (sekadar menyebut beberapa blog), yang mempunyai followers yang tegar. Kjee juga salah seorang daripada followers tegar mereka.

Bukan senang nak ada followers yang kalau tak singgah blog dia orang dalam sehari, tak senang duduk. Alangkah bahagianya Kjee kalau Kjee sudah berada dalam comfort zone seperti itu. Masa tu, bubuh jerlah entry apa, pasti berduyun2 akan baca atau tengok.

Bilakah Kjee akan kecapi itu semua? Ala baru nak masuk 3 bulan. Tunggulah tiga tahun lagi kan? Apakah Kjee boleh hidup hingga ke masa dan ketika itu? Wallahualam!

Terima kasih banyak2 kepada mereka yang sudi intai blog Kjee ini. Buatlah macam rumah sendiri. Bila lapar, singgahlah dan jamu mata dengan makanan yang ada. Kalau boring bacalah segala tulisan yang merapu. Jangan lupa tinggalkan komen. Dan kliklah juga kat mana yang patut. Hehehe.

17 comments:

  1. Salam pagi kak jee. untuk pengetahuan kak jee, saya salah seorang pengikut tegar blog kak jee. Sehari buka tak tau berapa kali sebab nak tengok entri terbaru dan bila tak ada entri baru mesti saya rasa, ala, kenapa kak jee tak buat entri baru ni walhal blog saya berbulan tak update pun tak apa. Tak ada idea tapi kalau blogger yang saya suka tak update blog, rasa macam frust sangat. hehehe, adil tak kak jee? Adil kan sebab blog saya tak menarik, bahasa saya tak cantik, cerita saya tak tertarik.Tapi ketahuilah kak jee bahawa kak jee dah ada seorang pengikut yang sangat setia. Itu belum lagi ada orang lain yang mengaku tu.

    ReplyDelete
  2. salam rindu kakjee..kita pung wajib tgk blog kakjee..w/pn sibuk kekadang bape ari x sempat buka tenet tp kalu dpt online mesti wajib tgk post2 blog kakjee yg kita dh tertinggal..moga blog kakjee lg melotups serta will always pray 4 ur health & happiness..amin!

    ReplyDelete
  3. salam kjee....tiap2 ari pun intai blog kjee x kira la berapa kali sehari...

    ReplyDelete
  4. salam hari ahad kak jee...alhamdulillah n tahniah ye k.jee..bukan senang nak jadi blogger popular kan..saya lak baru je blaja berblog nie..bukan senang nak cari follower..kene betul2 menarik baru le ada org nak follow...hehe..apa2 pun saya suke banget ngan blog k.jee..bersahaja je..ari2 saya mesti tgk..ada update dr k.jee ke x...huhu..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak jee,
    saya suka baca celoteh kak jee..kdg kala buat saya tersenyum sorang2..btul tu kak jee..berblogging ni bagi saya macma terapi jugak...seronok dapat kawan2 baru,seronok berkongsi cerita dan dapat release sedikit stress juga kdg2.. =) Moga Kak jee akan terus berblogging,ramai yang nak baca ni... termasuk saya =)

    ReplyDelete
  6. Salam ptg minggu kak jee...
    Blog kak jee...memang menarik utk dibaca...leka...bila kak jee sekali singgah n komen kat blog cek...Wah! hati berbunga...he he....dan cek akan dtg ziarah lagi...:-)

    ReplyDelete
  7. kjee, to be frank b4 jumpa kjee di langkawi dulu, deena slalu perati wall kjee dan penah tgk kjee marah2 bila orang tanya kjee sakit ape ? masa tu deena kecut perut dlm hati berkata kjee ni garang tuuu.. !! Qrg kata tak kenal maka tak cinta kan.. kjee sebenar nya klakar, selamba, peramah, openminded.. tapiiii garang haa !

    btul deena sokong sangat2 sbnr nya dgn dunia blogging la boleh buat jiwa kita tenang coz disitu kita meluahkan isi hati atau aktiviti bersama famili.. dan juga ada teman-teman yg sentiasa ada dibelakang kita bila kita dalam kesedihan... kdg2 deena terpikir lebih selesa berkawan di alam maya ni dr alam nyata.. coz di luar sana penuh dgn hipokrik.. maaf tak semua yg deena maksudkan.. dan deena takkan berhenti singgah umah kjee yg penuh warna warni ni...

    lebiuuu kjee... :)

    ReplyDelete
  8. hahh ... saya pun yang lain-lain .. rasa tak lengkap hidup kalau tak jengah blog KJ ni. Sejak masuk ke sini dari blog CMG saya terus jadi ketagih. Kekadang amat mengharapkan KJ selalu masuk entry baru .. ermm bunyi mcm KEJAM kann .. he he ! Rasanya blog KJ menarik disebabkan gaya penulisan, kepelbagaian entry ( bukan masak je ) inti pati entry .. ' authentic' dan based on true expereince kannn ... so keep it up. Sokong prinsip KJ .. kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis. zue

    ReplyDelete
  9. Mohamad Salleh OthmanApril 17, 2011 at 6:54 PM

    Erk.... X tau nk komen apa K Jee... Suma yg sy nk tulis, suma diorang2 kat atas ni dh tulis.... Walaupun sy ni silent reader, sy ttp intai2 blog K Jee 2 hr skali paling kurang tau... ;)

    ReplyDelete
  10. Assalammm...walaupun saya baru tapi saya minat blog k jee..sepesiali..masak2..heeheh...keep it up k jee...

    ReplyDelete
  11. yang penting blog kak jee sempoiiiii....saya sangat suke!

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Jee. Sy masuk melalui blog CMG. Now, selain CMG, saya rasa saya dh jadi peminat tegar blog K.Jee juga la. Ada variasi dalam blog K.Jee nie. Sy suka sbb ianya menyeluruh, menyentuh aspek kehidupan manusia yang sebenarnya. Sy dah 3 tahun berblog, tapi keadaan blog sy agak menyedihkan sbb sy tak kreatif dan mungkin juga tiada komitmen yg tinggi. Tapi tetap bersyukur sbb ada blog sebagai medium kita berbicara di alam maya, biarpun hanya kita seorang yang membacanya. Tahniah K.Jee kerana dah berupaya mengawal minda yang menguasai emosi dan fizikal kita. Kuasa minda yang tidak terbatas.

    ReplyDelete
  13. Salam Kjee,

    Congrats sbb dah ramai org kenal blog Kjee. I love reading your blog esp tips yg Kjee beri. I learned a lot also abt people from this blog. Actually, berblog ni rasa macam kenal dgn ramai org yg tak pernah bersua muka and rasa macam dah kenal lama. If blogging makes you feel happy and feeling happy makes you feel healthy, teruskan Kjee. I'll be waiting for your next entries..... and more.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    saya kenal kjee melaui KR di fesbuk.
    mula2 takut jugak nak add as a friend.
    tapi bila dah jadi kawan....seronok tak terhingga.
    now kak jee dah ada blog..terus saya follow.kdg2 siap simpan 2,3 hari sbb nk baca byk2 tp sebenornya tak sempat pun sehari dah gopoh nak baca entry terbaru...
    saya juga yang terawal mengikuti blog kjee...

    semoga kjee lebih ceria dgn kehidupan kjee.
    terus kan berblogging ya (syaomar)

    ReplyDelete
  15. ape yang nak d kata banyak tertulis d atas nor antara yang selalu intai kat celah2 dinding dapur kjee rasa cukup terhibur baca cerita kjee ...norasmah

    ReplyDelete
  16. salam k'jee..

    saya setuju sgt yg berblog ni buat kita lebih sihat..saya stat menulis bila rasa dipinggirkan kawan2..salah say juga kot..tapi biar la benda da lepas..=)

    yg bestnya blogwalking ni buat saya tk rasa sunyi..syok baca kesah2 idup org, yg serious ke, yg lawak ke seme ok..at least minda pun berkembang sama..Dan satu yg saya rasa perubahan, saya dah tk mengumpat2 org (ada la sikit2) tak macam dulu klu besembang je mesti duk ngumpat2..sebab skrg ni da kurang bersembang, time keje duk je kt tempat..sambil2 tu blogwalking..=)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum K Jee.. Saya setuju.. Fb ni ekkadang menaikkan blood pressure & membuatkan kita angin tak tentu pasal... Setahun saya jadi hantu FB & suami serta anak2 pun kata saya berubah jadi isteri ibu yg moody.. Kekadang hanppy bangat, kekadang tu bila dapat comment yg mengguris hati, moody la pulak... Tp lain bila blogwalking ni... lebih santai dan tenang.. KAlau ada entry yg cam kita terasa, buka la blog lain.. Tapi saya memilih jugak blog yg saya ikuti.. Tp Dapur K Jee ni dah gam saya untuk buka setiap hari.. Apa pun K Jee post, semua saya baca.. Singgahlah blog saya.. caca-marba, macam blog K Jee ni jugak.. ;)http://ladyrozmy.blogspot.com/

    ReplyDelete