Tuesday, April 19, 2011

237. Japanese Food lah pulak

suasana kerja bersih
tu dia 'tukang buat' sushi

pandanglah sikit sini kata unclepali...tak sempat dia dah klik


set yg lengkap
tamaki
wasabi...rasanya pedas mengigit!


 Apalah korang dah mandrem Kjee. Tengah sibuk buat skrip, teringat pulak member2 yang bukak blog Kjee, tak der entry terbaru. Mesti korang frust...buang masa jer kan?

So Kjee bubuhlah entry ini.

Semalam sehari suntuk program kat luar rumah. Bekfas gi makan tosei kat Thurkah's Taman Melawati. Lepas tu gi Branang. Balik singgah Mesjid India nak tukar tudung. Nadia tak perasan tudung yang dia pilih untuk Kjee hari sebelumnya koyak sikit. Hmmm bengang gak Unclepali kena pergi lagi ke sana. Tapi dalam pada itu, sempat sambar dua lagi tudung lain. Hehehe.

green tea ice cream
Lepas Mesjid India, pergi ke JJ Eon kat Taman Keramat. Kononnya nak gunakan baucer RM20 yang kami dapat masa renew kad membership. Actually, kami dah tak minat lagi gi makan kat Sushi King selepas jumpa restoren Sushi lain yang lebih sodap.

Apapun, kalau tak jumpa restoren lain pun, rasa2nya tak nak jejaklah lagi Sushi King sebab pekerjanya tak profesyenal dan peka. Bayangkan, Kjee tengah makan, waitress dia datang nak letak bil dalam kotak kecik di meja Kjee, habis terbalik semua menu atas makanan Kjee. Brutal sangat dia buat kerja. Awak tu pompuan, sopanlah sikit.

Apapun, Kjee tak hangin. Biarlah...pekerja baru kot. Nampak pun muka macam baru je habis SPM dan tunggu nak kena paling masuk kolej kot.

Nasi yang dimasak untuk sushi semalam keras sikit. So Kjee ratah je lauk atas sushi tu. Unclepali pun complain chicken piri piri dia tak sedap macam dulu. Nadia senyap jer. Jamah pun sikit jer makanan dia.

Nadia maintain cool walaupun bengang
Masa nak bayar pun masalah jugak. Budak cashier tak reti bila Nadia bayar guna debit Card. Terkial2 sampai kena panggil manager dia.

Sabar jer lah. Move aside Sushi King...You've lost one customer!

8 comments:

  1. dah lama tak makan benda ni maklum le d kulim nak cari kat mane orang pulak tak minat....norasmah

    ReplyDelete
  2. Salam K.Jee, waaaaaaaaaaaa makan2 x ajak kita...hehehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah pun makan sushi .. ermmm .. sedap ke ? harganya berbaloi tak ?? kalau masuk restoran sushi kena bawa guide le atau orang biasa makan sebab nak ode pun tak reti ni ...

    ReplyDelete
  4. suka tengok ja sushi tapi tak makan ...

    ReplyDelete
  5. teringin nk mkn... sedap x k jee?

    ReplyDelete
  6. anak2 pernah ajar maklong makan sushi ni.. tapi maklong tak boleh pegilah.. nak2 masa tu orang jepun yang buat..
    kat sini maklong tak cuba lagi..

    ReplyDelete
  7. sy makan sushi yg beli kat jj jer, dulu mmg tak suka, tp sekarang dah ketagih pulak dgn sushi..klu gi jj mesti beli sushi dlm pek tu..

    ReplyDelete
  8. Di kulim ade Sushi King. Kat Giant Kulim. Tapi saya tak penah masuk pun. lepas ni mingkin boleh cuba. Tq Kjee.

    ReplyDelete