Saturday, April 23, 2011

252. Dua tahun dah tak masuk pasar sorang sorang!




 
 Hari ni lawak betul. Plan nak makan lain tapi bila masak, masak menu lain pulak. Sejak beberapa hari lepas, selepas Kjee intai blog sapa ntah, ternampak Daging Masak Negro. Teringat pulak makan ayam masak Negro stail nasi kandar kat Berahim Shah ataupun Kudu.

Oh namanya masak Negro. Kjee panggil Masak Hitam. Sedap gilerlah. Kalau makan nasi kandar, wajib Kjee dan Nadia ambil lauk itu. Tapi pagi tadi, dok cari blog mana yang ada resipi tu, langsung tak jumpa. Bahan2 dia senang sangat. Kalau tak silap Kjee, bawang goreng dan kicap jer.

Masa pun dh suntuk. Dah pukul 12 tengah hari. Unclepali (tengah teruk sakit gout) dah tolong keluarkan daging batang pinang dan rendam. Kjee ajak lah dia ke pasar keramat. Kelmarin dia kata kalau ada ulam jering sedap yer? Kan Kjee ni jenis patang dengar suami ke anak request nak makan. Selagi boleh jalan, Kjee akan buat atau cari.

Sejak dua tiga hari ni, kaki Kjee bengkak sebab terlalu lama duduk depan PC. Water retention. Tapi itu biasa jer. Tapi selalu tak sakit...kali ini sakit lak. Malam tadi Unclepali buat reflexology kaki, Kjee meraung giler!

Okay, nak cari ulam punya pasal, Kjee pun turunlah kereta sorang2. Parking lak tak der so Unclepali pergi cari. Dah lama tak masuk pasar. Maklumlah dah lama tak boleh jalan.

Gerai masih banyak yang bukak. Dan penjual semua senyum manis sambil bising panggil kita. Maklumlah dah tengah hari, masih banyak lagi jualan tak habis. Kalau tidak, kita tanya jawab garang jer. Padan muka!

Ohh kena pergi tengah hari sikit barulah dapat barang2 dengan harga yang lebih murah dari pagi. Lain kali nak buat macam itu. Tadi Kjee cekup jering muda, jering tua, ulam raja, daun kesom dan beli sekilo jer ikan pelaling. Nak round lagi takut tersungkur pulak. Lantai dalam pasar licin, sebab dia orang tengah basuh. Dalam hati Kjee, kalau aku jatuh ni, mau out terus.

So cepat2 Kjee keluar. Kalau nak diikutkan hati, banyak lagi yang mata Kjee nampak yang terus register dalam otak. Tak per next trip. Keluar je Unclepali dah sampai setelah buat sekali lagi round cos no parking. Kaki Kjee dah mula berdenyut. Tapi yezzzaaa Kjee berjaya masuk pasar seorang diri. Sesuatu yang Kjee last lakukan dua atau tiga tahun lalu.



Sampai rumah, denyut2 kaki pun, kali ni tak sempat nak tukar uniform dapur. Terus jer capai cili kering, direbus. Unclepali tolong siang ikan walaupun dari air mukanya Kjee tahu dia kesakitan. Sambil duduk, Kjee capailah apa yang patut dibuat. Potong daging, pastu siap2kan bahan2 asam pedas. Cili dah siap, Kjee blend. Pastu terus tumis.

Masa Kjee masak asam pedas, Unclepali tumbuk cili api nak kawankan dengan tempoyak. Pastu masak nasi. Habis goreng ikan, Kjee request lak gorengkan ikan pekasam seekor. Cian Unclepali, kena hidupkan api semula. Ala bukan api kayu kan. Hehehe.

Sejam kemudian, kami suami isteri duduklah jamu selera. Dengan kipas yang dipasang laju2, rasa macam makan kat tepi laut pulak. Best giler. Sambil makan sambil puji sedapnya tempoyak!!! Hehehe.

Korang mesti tanya eh Nadia mana? Hari Sabtu kan dia tak der kuliah? Hari ni Nadia ke library sambung ulangkaji. Kan hari Isnin ni final exam sem 3. Kjee memang tak ganggu dia kalau dia tengah belajar untuk exan. 

Apa daaa Kjee merepek ni. Tak kisahlah yer. Luahan hati Kjee jer. Kekadang merapu ni syok jugak. Lagipun, kalau Unclepali tengah sakit, dia tak kuasa nak layan Kjee berbual. So daripada cakap sorang2, baiklah Kjee cakap dengan korang kat sini. Layannnnn.

7 comments:

izahdaut said...

masyaAllahhhh.. jeringggg.. sedapnya... ni makan tengahari berpeluh ni.samabal nye lagi....
sedap nampak asam daging pekat gitu

Kjee said...

kalau masak asam pedas daging, kjee mesti buat banyak. pastu kjee simpan dalam bekas kecik2 dalam freezer. kalau hari lain teringin nak makan lempeng ker, roti jala, nasi impit ataupun roti canai, kjee panaskan dalam microwave. cara ini arwah abdullah chik yang ajar. lagi lama simpan, lagis edap tau!

Wattie said...

Salam KJee,
Bila boring2 macam ni, saya intai sini baca apa apa yang patut, hilang rasa boring....

Along Maklong said...

kak jee..
kalau maklong tak silap.. daging masak hitam yg kak jee cari tu kakida punya.. dari blog 1001 resepi

resepi kak jee hari ni pun tak kurang mengancamnya.. :D

nOra said...

Salam Kjee ;p

Citer fasal ghaut ni suami sy juga penghidap penyakit ni. Kalau kena time sakit macam singa lapar ah jawapnya...hehehe Apa yang sy lakukan kalau dia tgh sakit kaki ni sy perbanyakkan dia makan apple, buatkan jus celery, fresh orange dan lemon jus hangat. Insya allah sakit berkurangan

makanan seperti daging dikurangkan, yis hidup, ikan pari is a DEFINITE NO!! Selama sy pantangkan dia dalam sebulan ini nampak penyakit ghaut dia berkurangan Alhamdullilah

Kjee said...

untung kalau dapat suami yang dengar nasihat kalau tengah sakit. unclepali tak boleh di suruh berpantang. mengamuk dia nanti.

aeinio said...

wahh asam pedas daging yg pekat dan menawan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...