Wednesday, May 18, 2011

354. Kuih Genggang - First Try... Tak lawa



The last time Kjee buat kuih genggang ialah ketika Nadia berusia 10 hari! Masa tu, adik Kjee yang bongsu nak balik ke Australia setelah anaknya berusia 8 hari. Dia suruh Kjee buat kenduri doa selamat sebelum dia berlepas.

So, demi adik, Kjee yang masih dalam pantang, bangun dan buatlah kenduri untuk orang mesjid sekitar 15 orang kalau tak silap. Siap masak nasi dan buat kuih genggang dan karipap. Kenduri lepas Isyak!

Sekarang Nadia dan 23 tahun. Maknanya dah 23 tahun tak buat kuih ni. Kekok ya amat. Pada Kjee, kuih ni tak menjadi. Bukan salah pada resipinya tapi salah Kjee. Kuih tak jadi cantik. Tapi rasa memang  sedap.

Terima kasih Yan sini. Memang tak ada cacat celanya resipi Yan cuma Kjee kena buat dua tiga kali lagi baru dapat perfect macam awak punya. Izin Kjee copy paste resipi Kuih Lapis yang Kjee panggil Kuih Genggang.

KUIH LAPIS

BAHAN-BAHAN

1/2 Peket tepung beras

1 Sudu te tepung ubi

3-4 cawan santan

1 1/2 senduk gula

secubit garam

pewarna merah

CARA MEMBUAT:-

1. Panaskan kukusan masukkan 2-3 helai daun pandan. Alas loyang dengan palstik.

2. Satukan semua bahan kecuali pewarna . Pastikan setelah di campur semuanya dan bila di sukat ianya menghasilkan 4 1/2 cawan . Ini untuk memastikan kui tidak keras atau lembik.

3. Bahagi 2 batter  dan warnakan dengan warna merah satu drp nya.

4. Masukkan 3/4 cawan warna putih dan kukus. Saya ikatkan tudung kukusan dengan kain maslin supaya air tidak menitik.

5. Setelah dikukus lebih kurang 5 minit atau batter telah keras masukkan 1/2 cawan batter warna merah. 
Ulangi proses yang sama dengan sukatan 1/2 cawan hingga habis.



5 comments:

noorsafone said...

Kak jee...yup..org dulu2 panggil kueh genggang kan..Noor pun tak pernah buat lagi...tak cantik...takpe,janji sodap.

Naz said...

Kak Jee.. Nak kena panaskan enjin balik la tuuu... Terkezut kot sbb dah lama tak buat kuih genggang ni..heheheee... Naz masa duduk di Perth dulu selalu buat kuih ni tp bila dah duduk di Malaysia tak pernah lg buat..hehhe..sbb kalau nak makan just tunjuk2 jer kat gerai2 hhaahaahaaaa...

aima said...

kuah lapis nama samarannya kuih genggang ruponya...khee

mala said...

Oh! ada nama lain ye... baru tau

Anonymous said...

Kjee klau nk wangi bubuh sdikit air rose..sebelum taruh lapis kedua lapkan lapisan pertama dgn towel brsih (saputangan)supaya setiap lapisan lebih melekat ant. satu samalain..pastikan betul2 setiap lapisan masak sebelum masukkan lapisan seterusnye..saya biasa mmbuatnye..cuma saya tmbahkan sedikit tepung gandum...shida sidek...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...