
Inilah Seri Muka Durian versi Kjee. Dapat jugak Kjee buat Seri Muka yang lembut dan menepati citarasa. Terima kasih kepada penyumbang asal resipi iaitu Yatie Memories.Kali pertama hari tu Kjee buat Seri Muka Asli. Bila dah pandai buat, lawan tokeh dengan tokok tambah. Hehehe
Idea untuk buat Seri Muka Durian datang dari Akmal Zin Ramly, anak muda yang pandai masak tu. Terliur Kjee bila dia kata dia buat Seri Muka Durian. So apa lagi, kita pun pergilah cari durian untuk buat Seri Muka ni.
Rasa2nya okay kot kalau kita improvise sana sini untuk mendapat texture yang mengikut citarasa. Ada orang suka bahagian atas Seri Mukanya keras. Tapi Kjee yang gigi dah goyang ni, lebih suka yang lembut. Kalau lembut memang susah nak potong. Kena tunggu betul2 sejuk. Dan Yatie kata guna pisau plastik. Tapi Kjee guna Spatula jer. Kena beli pisau plastik selepas ni.
Gambar tak cantik sangat sebab potong dalam keadaan dapur yang gelap. Kjee pulak mamai sangat sebab mengantuk. Tapi rasanya sedap sangat. Nadia kata pulutnya lembut. Mestilah. Masa tanak pulut tadi, Kjee extrakan air.
Oleh kerana nakkan 'kepala' Seri Muka ini lebih terasa macam kaya, Kjee bubuh 4 biji telor. Kjee tak bubuh tepung gandum. Kjee guna tepung jagung dan tepung kastad. Itupun dalam jumlah yang sedikt. Kjee guna sukatan cawan standard yang dijual di kedai2 bahan bakeri.
Okay jom kita tengok resipinya.
BAHAN2NYA:Bahagian Bawah:
3 cawan beras pulut (tak perlu rendam)
santan cair (1 inci menutupi beras pulut). Dulu Kjee bubuh ½ inci jer
secubit garam
Masukkan dalam periuk eletrik dan tunggu hingga masak. Bila sudah masak, lapik loyang 10x10 dengan plastik. Mampatkan pulut dalam loyang tetapi jangan terlalu padat nanti bahagian pulut keras. Sedang2 saja.. Tepikan seketika. Siapkan kukusan.
Bahagian Atas (Kepala)
2 kotak santan *1½ cawan isi durian *
½ cawan tepung jagung *
¼ cawan tepung kastard *
1 cawan gula pasir*
4 biji telor*
1 cawan air*
sedikit esen vanilla*
secubit garam*
dua titis pewarna kuning*
Kjee bubuh semua bahan dalam food processor dan kisar sampai halus. Boleh guna blender atau whisk saja pun boleh.Lepas itu, Kjee masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api hingga naik wap. Kemudian Kjee tuang keatas loyang yang telah diletak pulut. Pastu Kjee tutup dengan alluminium foil. Kalau tak der foil, bungkus penutup dengan kain.
Kukus selama 1 jam atau sampai permukaannya sudah keras. Pastu, buka foil dan tudung kukusan dan masak lagi sampai 10 minit tanpa tutup.
Itu jer. Potong setelah betul2 sejuk.


6 comments:
Assalamualaikum KJee,
Terliur je tngk serimuka durian tu..bau harum sampai sini tau...yatie pun suka kuih yg kepalanya lembik2 sikit..tapi susah sikitlah nak potong...tak kisahlah kita tokok tambah ikut selera masing2...yg penting menjadi dan laku....ada lagi tak tu..nak sepotong...hehehehe..
wkumsalam Yatie. Tak susah nak potong setelah betul2 sejuk. Kjee guna spatula untuk potong
sebab pisau plastic tak der.
saya selalu dtg blog ni awal pagi menunggu subuh, selalunya tengok gambar makanan kat sini perut akan rasa kosong sesangat...terasa lambatnya siang..nak makannnn
assalammualaiku...
berjaya juga kjee buat serimuka durian...nampak sedap..teringin nak makan kuih manis2 ni..tapi kena kawal gula dalam darah..ada kecing manis.Kuih seri muka memang kegemaran saya..tak kira la pandan ke gula merah atasnyer..kalau durian lagi sedap kut..
Sedapnya serimuka durian...!!!
dah lama sy cari resepi ni,dah ada boleh lah sy cuba membuatnya.
Post a Comment