Friday, May 27, 2011

390. Selamati Bercuti Cikgu dan Adik2

Cuti Sekolah bermula - gambar ehsan google


Malam ni Kjee yakin highway ke Utara, Selatan dan Timur sudah mula jam sebab Cuti Sekolah sudah bermula. Orang yang kerja Kerajaan sudah dapat gaji. Inilah masanya untuk poskan anak2 balik kampung!

Apapun, kalau tinggalkan anak2 di kampung, pastikan ada cukup pengawasan orang dewasa. Maklumlah budak2 kan? Kalau tinggal di bandar asyik memerap saja kat rumah. Jadi bila dapat peluang balik kampung, masa tulah nak tunjuk hero.

Anak Kjee pun tengah semester break selama 5 minggu. Masa belum start cuti hari tu, rancang macam2. Nak pergi cuti sanalah, sinilah. Tapi dua minggu lepas, Nadia terjatuh dan retak tulang pada tapak kakinya. So kena grounded sampai entah bila. Terbengkalailah semua rancangan nak bercuti.

SELAMAT BERCUTI SEMUA. Hati2 di jalan raya, di sungai, di bukit dan di hutan. Hehehe

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...