Thursday, June 2, 2011

Murung Cabang Penyakit Jiwa

Kjee sedang buat skrip yang membabitkan wanita yang kena strok. Seperti biasa kalau Kjee buat skrip, Kjee surf dulu internet. Baca bahan2 berkaitan. Mana boleh tulis sesuka hati kan?

Kalau dah keluar drama tu nanti, Kjee tak naklah ada pakar perubatan yang complain. Malah, Kjee seringkali juga berhubung dengan kawan2 Kjee yang bertugas sebagai doktor untuk meminta bantuan.

Apapun, ketika surf tadi, Kjee menemui bahan yang Kjee rasa cukup menarik untuk kita kongsi bersama. Ditulis oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan.

Banyak bahan menarik dalam blog itu tetapi Kjee copy paste info mengenai KEMURUNGAN CABANG PENYAKIT JIWA. Kan sekarang ramai wanita yang sakit jiwa atau stress. So harap2 bahan dibawah ini berguna untuk kita renung2kan.

Kalau ada tanda2 awal, segeralah berjumpa doktor. mencegah lebih baik daripada merawat. Insya Allah.



SESIAPA saja boleh mengalami masalah kemurungan tidak mengira usia, jantina atau bangsa malah kanak-kanak seawal usia lima tahun juga boleh mengalami kemurungan cuma simptom mereka berbeza daripada orang dewasa.

Bagaimanapun, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki kerana mereka lebih bersikap tanggungjawab dan mengambil tahu setiap perkara secara mendalam.
Selain itu katanya, tekanan atau stres melampau juga boleh mendorong ke arah kelainan ini. Kadangkala kemurungan boleh berlaku walaupun kehidupan individu berkenaan sihat dan normal.

Antara penyebab tekanan termasuklah penat dalam usaha untuk mengimbangkan antara tugasan di rumah dan tempat kerja, mempunyai pekerjaan yang berat dan membebankan, status ibu atau bapa tunggal, masalah kewangan serta perceraian ataupun kematian pasangan hidup.

 "Oleh itu, keseimbangan dalam melakukan kerja harian amat perlu untuk mengelakkan tekanan dihadapi dan lakukan perkara itu setakat termampu. Jangan memaksa diri melakukan perkara di luar kemampuan diri," katanya.

Namun begitu katanya, penyakit kemurungan juga boleh diwarisi sekiranya ada sejarah kemurungan dalam keluarga.

"Bagaimanapun sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat serta tidak terlalu bercita-cita tinggi hingga sukar digapai dan menyebabkan kekecewaan, maka ia satu cara hidup yang ringkas tanpa sebarang bebanan," katanya.

Malah ramai beranggapan seseorang itu gila jika berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila dan tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa.

Menurutnya, faktor kemurungan boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti kematian anggota keluarga, putus kasih, perceraian, krisis ekonomi dan bebanan di tempat kerja serta akibat penyakit kronik.

Biasanya pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang minat terhadap perkara yang menggembirakannya. Mereka juga berasa tidak fokus, mengasingkan diri, hilang selera makan atau gangguan tidur dan kurang memberi tumpuan terhadap kerja.

Dianggarkan terdapat 300 jenis penyakit tergolong dalam penyakit psikologi dan kemurungan adalah satu cabang daripada penyakit jiwa.

Penyakit kemurungan boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan kehidupan sosial penghidapnya kerana ia satu penyakit yang menyebabkan seseorang individu berada dalam keresahan dan kegelisahan secara berterusan tanpa sebarang sebab munasabah. 

Malah jika tidak ditangani secara rasional, masalah kemurungan ini boleh melarat kepada perkara lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri individu itu sendiri. Ia sebenarnya penyakit keempat di dunia yang paling berpotensi menyebabkan ketidakupayaan individu dari segi sosial kerana kebanyakan daripada penghidap masalah ini lebih gemar menyendiri tanpa bergaul dengan sesiapa.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...