Friday, June 3, 2011

Jozan Bakal Kecewakan Ramai Penyokongnya?

Kjee berasakan kenyataan Jozan bahawa keadaan mereka yang sibuk dengan tugas masing2 sebagai seorang individu menyebabkan kemungkinan besar peminat akan kecewa dengan persembahan mereka dalam rancangan Maharaja Lawak.

Ramai yang meletakkan harapan tinggi terhadap kumpulan ini. Tetapi sejak seminggu dua ini, prestasi mereka dikatakan agak merosot. Pada minggu pertama juga, mereka telah mempamerkan persembahan yang cukup mengecewakan. Kjee masih ingat lagi komen Mamat Khalid :"Ini jer yang korang mampu buat ker?" di minggu pertama. Biru muka Johan dan Zizan. Lantas, minggu depannya mereka tidak main2 lagi.

Bukan sahaja Jozan mengecewakan tetapi Kjee tengok Nabil pun sudah hilang bisanya.  Memang bukan senang sebenarnya untuk bertanding dalam Maharaja Lawak. Kehebatan Jozan dan Nabil sebelum ini bukanlah tiket mudah untuk menjadi Maharaja Lawak.

Kalau menang pun, ini adalah kerana mereka sudah ada pengikut yang setia sepanjang penglibatan mereka selama ini. Pengikut inilah yang menghabiskan duit mengundi.

Apapun, Kjee tetap kata Jambu tidak mustahil muncul juara sekiranya mereka dapat mengekalkan prestasi mereka hingga ke penghujung. Setakat ini, Kjee tengok hanya kumpulan Jambu sahaja yang konsisten dalam persembahan mereka dari minggu ke minggu.

Okaylah. Korang baca cerita yang Kjee copy paste dari mStar online.


'Maharaja Lawak': Zizan & Johan Tidak Bersedia

Johan dan Zizan
PETALING JAYA: Walaupun pertandingan Maharaja Lawak akan berlangsung malam Jumaat (malam ini), di Penang International Sports Arena, Pulau Pinang , kumpulan Jozan masih lagi belum membuat sebarang persiapan.
Menurut Zizan, ini kerana dia bersama rakannya, Johan tidak mempunyai masa terluang untuk berjumpa dan berbincang mengenai konsep persembahan yang perlu dilakukan.
"Kalau nak tahu, saya belum lagi berkesempatan untuk jumpa dengan Johan. Minggu ini kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing.
"Mungkin kami hanya ada masa beberapa jam sahaja untuk mendapatkan idea persembahan, doakan kami berjaya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Tambah Zizan, dia dan Johan sudah semakin kehabisan idea dan penyambungan episod Maharaja Lawak sebanyak tiga minggu membuatkan mereka sedikit tertekan.
Malah dia juga menerima kritikan daripada para peminat jika persembahan mereka tidak seperti yang diinginkan.
"Bukan mudah untuk mendapatkan idea persembahan lebih-lebih lagi apabila fikiran kita dah letih.
"Sebab itu kami tidak kisah jika dikritik peminat kerana kami tahu, persembahan kami tidak mempunyai latihan yang cukup," tuturnya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...