Sunday, July 17, 2011

ADUHAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR!


Mungkinkah ini berlaku di KL? - gambar ehsan Google
Tadi dalam perjalanan balik selepas pergi brunch di PakLi Kopitiam, Unclepali ke kedai jual kanopi depan Tesco Ampang. Kanopi depan rumah Kjee dah koyak rabah dipukul angin. Kawasan Taman Melawati ni memang terkenal kawasan laluan angin puting beliung.

Dalam rumah Kjee pun selalu gak ada angin puting beliung. Kahkahkah. Tak percaya tanya Unclepali dan Nadia. Well kalau tak ada hal, takkan ada 'kepala angin kan?'. Whatever!

Anyway dalam perjalanan ke kedai kanopi tadi, Kjee tiba2 terkenang kes Aduan Rakyat di TV3 malam tadi. Sepasang suami isteri, suaminya mengidap penyakit schizophrenia (penyakit ada kaitan dengan sakit mental?), isterinya pesakit asthma dan dua anak mereka yang dalam lingkungan usia bawah 12 tahun.

Keluarga berbangsa India ini menjadikan dimana sahaja tempat untuk tidur dan berlindung apabila tirai malam berlabuh. Gamaknya kalau kat bus stop, situlah jadi tempat tinggal, kalau bawah jambatan, situlah mereka empat beranak tidur.

Kencang dengup jantung Kjee apabila bercerita kepada Unclepali dan Nadia apa yang Kjee tonton di Buletin Utama malam tadi. Bagaimana mereka kerap ulang alik ke pejabat DBKL untuk menagih simpati agar diberi flat kos rendah. Jawapannya sama setiap kali iaitu :"Lu pergi tingkat sekian2 jumpa pegawai..atau lu isi ini borang, esok datang lagi.." dan lagi dan lag dan lagi!!

Kjee harap petugas2 perempuan yang jaga kaunter pertanyaan ataupun reception di DBKL ada tonton malam tadi. Biar dia orang rasa malu dan bersalah apabila lelaki India tu kata setiap kali dia ke situ, petugas2 tersebut lebih asyik bermain handfon. Gamaknya main sms atau sedang layari FB. Wallahualam.

Yang geramnya ialah jawapan yang diberikan oleh pegawak DBKL apabila ditanya wartawan TV3. Jawapannya sungguh memualkan: "DBKL bagi keutamaan kepada ibu tunggal dan yang kurang upaya!!!" Kurang upaya? Habis tu, lelaki yang penyakit schizophrenia malam tadi tu, 'terlebih upaya ker?".

Kalau tak reti nak jawab, jangan jawab!! Ini 'satu Malaya' tonton awak tau malam tadi!!! Unclepali senyum apabila Kjee terlebih emo. "Hmmm begitulah kalau berurusan dengan agensi kerajaan!"

Ada yang tinggal begini. Jangan kata tak ada. - ehsan google
Kjee tak tahu apa kriteria yang diguna pakai oleh DBKL apabila memberi rumah kepada mereka yang dikelaskan sebagai 'kurang mampu' di Kuala Lumpur. Kjee pernah ke Kampung Kerinci ikut Unclepali jumpa kawan dia. Punyalah susah nak dapat parking sebab terlalu padat dengan kereta.

Kalau padat dengan kereta mestilah penghuni kawasan itu semua berkereta kan? Unclepali kata tak mustahil ada penghuni yang ada lebih dari satu kereta! Jadi, apakah mereka ini tergolong dalam kategori orang susah dan harus mendapat tempat di flat2 yang dikhaskan untuk mereka yang tidak berkemampuan??!

Beberapa bulan lalu Kjee terbaca dalam Harian Metro mengenai seorang penghuni di situ yang berhutang sewa belasa ribu ringgit dengan DBKL. Alasan tak mampu sebab miskin. Tetapi apabila orang DBKL ke flat itu, barangan dalam rumah tersangatlah mewah! Siap ada TV LCD 42 inci!

Seorang kawan Unclepali beritahu ada jugak yang duduk di situ mempunyai anak2 yang bergaji besar dan tinggal di rumah banglo. Ibu bapaknya disuruh duduk situ sebab sewanya murah sangat!!! Dan Kjee tak heran kalau peratusan besar penghuni flat2 PPRT ini kroni, kawan baik atau sedara mara orang DBKL!

DBKL harus buat pemantauan setiap tahun. Buat lawatan mengejut ke kediaman PPRT ini. Tengok latar belakang mereka. Apakah setelah sekian lama tinggal di situ, kehidupan ekonomi mereka sudah bertambah baik. Kalau sudah, sila pindah dan beri laluan kepada orang lain yang lebih memerlukan!

Beberapa tahun lalu, ada sepasang suami isteri wartawan dari sebuah akhbar terkemuka. Tiada anak tapi tinggal di Kondo Rakyat ini. Gaji mereka berdua tidak kurang dari RM7-ribu sebulan!! Bagaimana mereka boleh dapat peluang duduk di flat itu? Korang sendiri mau fikirlah!!!

Berbalik kepada lelaki India schizophrenia tadi. Kalau tak kesiankan lelaki itu kesiankanlah isteri dan anak2 dia. Kjee tak fikir anak2 dia bersekolah, Bagaimana mungkin kalau setiap malam asyik tidur berbumbungkan awan gelap!!


Kalau skop tugasan DBKL terlalu terbatas, Kementerian Kebajikan Masyarakat harus step ini. Luaskanlah skop perkhidmatan anda. Mungkin boleh usahakan projek perumahan orang memerlukan dengan lebih aggresif! 

Jangan hanya Perdana Menteri dan barisan kabinetnya sahaja yang sibuk melaung2kan Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan tetapi pegawai2 di agensi2 berkaitan buat sambil lewa. Atau apakah ini sebahagian daripada SABOTAJ mereka!!!!!


Cuba buat survey berapa orang betul2 dhaif tinaggal di flat PPRT. - ehsan Google

8 comments:

atievan said...

k.jee...itu laa hakikatnyer k.jee...dulu keluarga angkat saya pun mcm tu gak k.jee sudah puas dia turun naik DBKL hanya semata2 utk dptkn umah PPRT....sedihnyer hati saya k.jee bila tgk tu...sbb mengingatkn zaman sya bdk2 dulu....sbb saya pernah alami sume tusss.....kami sekeluarga tinggal kat umah yg tiada elektrik atau saluran air...hanya brcahaya lampu minyak tanah....tapi skang alhamdulillah bila sya dh besar ni umur pun 35thn brsyukur dgn kesenangan yg dberi Allah atas usaha titik peluh sndiri....sya xjdkan kemiskinan itu satu bebanan tapi satu cabaran utk sya brjaya spt skang.....

Mas said...

kak jee...mas setuju dengan kak jee..
sebak rasanya masa tengok kat berita semalam...
harap nasib mereka terbela...

Anonymous said...

Sedihnya kak gee gambar dua budak tu. Harap pihak kerajaan boleh lakukan sesuatu.

Anonymous said...

sgt2 kasihan kan kak jee.... betul kata kak jee kena buat survey berapa orang betul2 dhaif tinggal di flat PPRT... sebab kawan kepada bekas housemate saya tinggal di flat PPRT.. yang saya pelik cam mana dia boleh dpt tinggal kat sana.. dah la laki engineer.. dia plak staff kerajaan yang compen2 bulanan dapat gaji tetap...

Anonymous said...

kak jee.. saya rasa.. mana2 pejabat kerajaan yg melibatkan rumah kos rendah.. pprt akan ada masalah yg sama..

saya pernah kena lempar surat rayuan kat muka masa jumpa seorang 'orang besar' di pej tersebut.. alasan, sbb dah ramai sangat org mohon.. tp bila sampai masa ambil kunci rumah.. ada yg dengan selamba tanya ada kosong lagi tak.. siap bgtau 2-3 unit tu dia punya cuma pakai nama anak2 sedara.. (saya tau sebab saya bekerja di syarikat pemaju tersebut)

n seorang kawan suami saya tinggal di kawasan perumahan flat PPRT.. sbab sewa murah.. TAPI.. dia renovate dapur dia 20K.. ada kedai andam.. kedai jual baju kat shopping mall.. ada keta mewah..

macamana tu..

~ nana ~

Anonymous said...

sedih , inilah hakikatnye, setujudgn kak jee

Anonymous said...

Dbkl mmg dajal klo korang nak tau...ha ha ha

Anonymous said...

Sy ada ank 2org dan skrg sdg mengandung ank ketiga smpai skrg mohon rumah dbkl asyik di tolak.6kali buat rayuan smpai skrg tiada jwpn.jd sy hrp pihak dbkl tolonglah luluskn rayuan sy ni.sy menumpang rumah mertua dn mertua pun nk pencen.dn ank ketiga bakal lahir hujung thn ni.jd tolonglh bg rumah dekat sy.ank2 pun kecil lg.pndapatn pun x sberapa.kerja sbg pengawal kselmtn sje.apa lg sy perlu buat.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...