Wednesday, July 27, 2011

APABILA ANAK2 FIRST TIME PUASA


Tadi ada seorang fren di fanpage Sembangreseipi, Sulaiha, tanya apa menu yang boleh disediakan untuk anak2 yang baru nak belajar puasa. Fikiran Kjee melayang seketika membaca tulisan Sulaiha minta bantuan kawan2 di page tu.

Dia begitu teruja anaknya hendak berpuasa buat pertama kali. Mana ibu yang tak excited apabila sudah tiba masa untuk anak2 mereka mula belajar puasa. Kjee ingat lagi Nadia mula berpuasa ketika usia dia 5 tahun. 

Tiap2 masa Kjee pergi kepadanya dan tanya; "Nadia okay ker? Kalau tak tahan, mama masakkan untuk Nadia ya. Makanlah. Tak per. Tuhan tak marah!" Dia merengus marah: "Eh Mama..Nadia puasa lah. Mana boleh makan...belum bunyi azan kat TV! Dosa tau tak pose!" 

Masa ni Nadia usia 3 tahun. belum start pose lagi
Bergenang airmata Kjee mendengar jawapan Nadia. Sejuk perut Kjee mengandungkan dia. Rasa macam nak rewind balik tape ke masa dan ketika itu dan peluk dan cium dia puas2! Hmmm sebaknya rasa!!

Dan masa Nadia mula puasa, Kjee seringkali tak sihat. Keluar masuk hospital kerana gastrik yang amat2 dan pernah sekali kena operate. So Kjee hanya puasa kalau terdaya. Nadia pulak setiap kali kata :"Mama jangan susah hati. Nadia puasakan untuk Mama ya sebab Mama sakit." Hmmm dia ingat puasa ni macam boleh ditumpang-tumpang keatas orang yang sihat.

Anyway, tiap kali Nadia puasa, Kjee sediakan dia makanan yang dia suka. Malah, Kjee bagi dia kertas dan pen. Tulis je nak makan apa hari ni, esok dan lusa. Mama akan masakkan untuk Nadia sebab Nadia puasa.

Maka berjela2lah dia tulis apa yang dia nak makan. Dan Kjee tak pernah tak tunaikan apa yang dia nak makan. Lagipun, apa yang dia suka makan, Kjee pun suka kan? Sebab Kjee dah ajar dia suka makan apa yang Kjee suka supaya senang.

Kjee tak pernah rasa terbeban hendak menyediakan makanan untuk Nadia samada untuk sahur ataupun berbuka. Malah,  kesudian dia untuk berpuasa, sudah membuatkan Kjee cukup bersyukur. 

Buatlah cara Kjee. Bermesyuarah dengan anak2 yang masih kecil tetapi boleh dilatih untuk berpuasa. Beritahu mereka pantang larang yang harus dipatuhi. Dan yang penting jangan bagi mereka merasakan yang puasa itu suatu beban!

Kjee seringkali ingatkan Nadia dulu, kita hanya berpuasa sebulan tetapi bayangkan anak2 kat Etophia yang kebuluran. Kekadang seminggu sekali baru jumpa nasi. Hari lain minum air hujan saja. Cerita2 seperti itu boleh membuatkan mereka insaf tentang kehidupan dan juga kemewahan di sekeliling mereka.

Tadi Sulaiha mahu tahu apa menu khusus untuk anak2 kalau mahu berpuasa. Pada Kjee, tiada menu yang khusus. Ikut sahaja kemahuan mereka seandainya kita mampu menyediakannya. Ajar mereka makan secara berhemah dan elakkan pembaziran. Itu adalah tuntutan kalau kita berpuasa.

Janganlah kita terlalu emosional kalau anak2 kecil baru belajar puasa. Jangan jadi macam Kjee yang asyik2 tanya, tahan ke tak tahan dan sebagainya. Cara itu akan buat mereka manja dan cari banyak alasan tak nak puasa.




5 comments:

  1. nak jugak ajar anak berpuasa. cemana ye nak ayat budak abg ni? dia br 5 tahun.

    kalo upah sehari seringgit mcm tuh jalan x?

    ReplyDelete
  2. seronokkkan..layanz bebudak pose nih..naz biasa cam gituh lah dgn anak sedara.Ader jugak yg naz berikan imbuhan kalau dapat puasa sehari contohnyer bawa pi bazar..bg RM5 sorang ..biar dia beli apa yg dia nak beli.Tapi biasa mcm tuh bila hujung minggu lah..hari biasa..masakkan ajer :)

    ReplyDelete
  3. waktu adi mula posa umur dia 5 tahun masa tu abah dia keje luar kami senang je setiap petang ke pasarramadan beli ape2 yang patut untuk buka dan sahur....budak ni cerewet makan dia pilih sendiri senang....sahur dia makan lauk goreng2 je ayam atau ikan janji nasi panas....nor

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kesemua anak-anak saya setakat ni sejak umur 5 tahun di ajar berpuasa semuanya boleh.Kalau tinggal pun mungkin boleh kira dengan jari..mungkin sehari dua je..betullah tu Kjee takde menu khas,cuma masak je apa yang diorang teringin nak makan...mujur mereka tak minta yang bukan-bukan...he he he

    ReplyDelete
  5. Betul Kjee...

    ingat dulu masa kecik, ari2 mak tanya esok nak sahur ape.. bila time buka pose lak mak tanya lagi nak buka apa..

    pastu bg duit pegi bazar ramadhan,..pilih jek nak makan apa..

    bila pose cukup sebulan abah bagi rm30 wet raya. kiranya sehari singgit...sape yg xcukup pose sebulan mintak maap xdpt wet raya...

    ReplyDelete