Saturday, July 2, 2011

BABY BESAR TAPI BUKAN OBESE

Ahmad Faleeq - ehsan Star Online

Adik Ahmad Faleeq Darwish Abdullah dari Kampung Gaung Jerteh, dekat Besut, Terengganu baru berusia 7 bulan tetapi dia memakai baju abangnya Fayyadh Darish yang berusia 4 tahun!
Anak bongsu dari empat adik beradik, Faleeq dilahirkan dengan berat 3.6kg tetapi kini selepas 7 bulan sudah meningkat ke 12 kilo. Faleeq adalah anak kepada pasangan Abdullah Moha­mad, 52 dan  Zulida Mat Isa, 38.
Ibunya mendakwa, Faleeq hanya diberi susu badan. Menurut Zulida, doktor memberitahu anaknya bukan obese atau mempunyai berat badan berlebihan dan kesihatannya adalah baik. Tidak diketahui samada, anak2 Zulida yang lain normal atau sama seperti Faleeq. - BERNAMA
Kalau sudah sihat dan bukan obese, tak perlulah nak risau kan? Lagipun, alangkah bertuah, selepas tujuh bulan, tubuhnya dah jadi seperti kanak2 berusia 4 tahun. Senang bela, betul tak? Hehehe.

5 comments:

  1. subhanallah...kuasa Allah cepat betul bayi ni membesar...:)

    ReplyDelete
  2. kalau sy jadi baby sitter laa.. mau kurus hasil dari aktiviti 'gym' bersama baby ni

    ReplyDelete
  3. kak jee - percaya tak anak sulong saya dilahirkan lebih besar dari budak ni 3.8kg! no, 2 3.3kg yang bongsu 3.7kg. kalau tengok saya mesti kak jee tak caya!

    ReplyDelete
  4. betul ke Mala. Isyhh mesti sakit masa nak beranak.

    ReplyDelete
  5. sapa2 nak kurus badan yang montel boleh lah baby sit baby ni, kesian mak dia jaga sorang2...nama je jaga baby tapi kejanya tak enteng beb.

    ReplyDelete