Thursday, July 7, 2011

BAHASA2 BIASA ORANG FILEM

Kalau masa shooting ini yang dia orang suka...posing amik gambar hehehe
 Malam tadi Kjee duduk bersebelahan Unclepali kat opis kecik kami di rumah, sambil bersembang. Opis kami sebenarnya ruang makan yang 'kami curi sikit' untuk jadikan opis. Maklumlah rumah kenit sangat. Penghuni hanya tiga orang tapi sorang tu bodi dia macam tiga orang.

Kami berdua sanggup duduk sampai 12 jam kat opis kecik ni walaupun bahangnya kat ruang opis ni, mengalahkan duduk dalam oven. Tapi kami masing2 ada kipas angin sendiri. Kipas angin Kjee duduk sat inci je dari Kjee so taklah rasa panas sangat.

Sebab tu kalau ada yang post komen yang bukan2, Kjee cukup cepat naik hangin! Taklah selalu tapi kadang kadang, kata P Ramlee.

cepatlah...satu dunia tunggu kau touch up...hehehe
Okay berbalik kepada story malam tadi. Ntah apa Kjee sembang, tiba-tiba terkeluar perkataan 'dilacurkan'. Unclepali terkejut. Apa you kata? Dia tanya Kjee. Kjee rasa pelik. Eh apa pulak aku kata? "Tadi you kata lacurkan?" kata Unclepali.

Yalah Kjee kata lacurkan. Kenapa? Kemudian baru Kjee teringat. Unclepali bukan asal orang filem jadi perkataan itu agak asing kepadanya. Bagi Unclepali, lacur tu mesti babitkan pelacur.

En taklah. Kalau orang filem cakap 'dilacurkan', maknanya menjuruskan kepada tempat, bukan orang. Misalnya.."Eh aku malaslah nak gunakan rumah tu untuk shooting. Rumah tu dah dilacurkan..". Maknanya, rumah tu bukanlah rumah pelacur tapi dah banyak sekali orang production guna untuk drama.  Dah tak eksklusif lagi.

Korang pun kalau tengok drama, kalau dalam seminggu tu asyik rumah sama baik kat TV3, TV1, TV 2, Astro dan stesyen lain yang sewaktu dengannya, mesti korang komplen kan? Balik2 rumah sama, mesti korang kata kan? Hah macam tulah. Barulah Unclepali faham dan senyum.

Orang filem ada banyak bahasa. Antaranya ENTER FRAME bukan INTER FRAME. Kjee tengok ada jugak orang yang pandai2 guna perkataan INTER FRAME untuk ENTER FRAME. Asal bunyi sama je kot, dia orang balun jer.

Ala baru pukul 4 pagi...2 jam lagi baru wrap kata pengarah
Enter Frame maksudnya, seperti menyampuk. Kalau kita tengah sedap2 berbual ada je yang sibuk menyampuk. Itu namanya Enter Frame dalam bahasa orang filem. Enter Frame dalam bahasa sebenarnya maksud, lalu depan camera. Camera tu macam frame...so kekadang director kata...'Awak enter frame masa dia tengah cakap kat telefon..' misalnya. So lain kali jangan sesekali guna perkataan Inter Frame. Tak betul tau.

Banyak lagi perkataan yang orang filem gunakan. Ada cara nak sembur sesama sendiri tapi guna bahasa halus macam ni.."Mana kau pergi? Satu dunia tunggu kau!!" Maknanya, artis atau budak2 porduksi yang hilang sekejap dari set. Semua tunggu nak shooting, tapi kelibat dia tak nampak. Bila tiba2 dia muncul, dia kena sembur cara itulah.

Tapi perkataan paling seronok dengar bila dah kepenatan shooting ialah apabila Penolong Pengarah kata "WRAP!!" Wah kalau tengah kepenatan shooting dengar perkataan tu bukan main suka lagi. Wrap dalam bahasa filem maknanya, shooting pada hari tu dah habis. So bolehlah balik. Wrap maknanya bungkus. So artis2 yang datang bawa kain baju banyak2 tanpa bawak beg, sediakanlah kain pelekat atau kain batik. Bungkus pakaian dan balik. Taklah. Kjee gurau jer.

Hehehe itu jer. Banyak lagi perkataan yang biasa orang filem gunakan. Tapi malaslah nak tulis panjang lebar kat sini. Nanti korang boring lak baca.

9 comments:

HaSue said...

Kalau bukan dari blog kjee dari mana lagi nak baca cerita org filem ni kan..seronok jer baca pengalaman kjee nih..jadi jangan rasa cerita kjee dah panjang..selagi ada lagi nak ditaip tu,taip jer..suke je nak baca bila free nih..hehe

Part yg guna rumah sama tu x perasan lak kdg2..cuma cam rumah dato yusof haslam tu selalu jd tmpt shooting gak eh kjee.

azrinna said...

Kjee,
Saya dapat ilmu baru pagi-pagi ni luar dari 'kotak' bidang keje saya.

PadangDiLalang said...

Hehehe... takda masalah Kjee, tulis je. Syok juga dgr ceta tentang org2 filem ni... TQ Kjee.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

huhuhu... kalau orang luar yang dengar pasal "dilacur"kan tu mesti dh melenting kan... hahaha

Anonymous said...

Rasanya banyak lagi kak jee...
Contoh..block date,call time,stand in,....tapi makna saya x tahu-mulan

Mat Gebu said...

salam kak jee...
Kak, pelakon lelaki yang tengah kena touch-up tu, pelakon dari Singapura kan?...

Kjee said...

wah korang semua suka ya bahasa2 orang filem ni. nanti kjee tulis lagi. mmg banyak tapi takut korang boring. itu belum masuk lagi bahasa2 adik2 yang jadi mekap artis drama/filem. lagi haru. hehehe
CMG: betul betul betul. dia berlakon dalam drama CUT Amirah. sekarang ni dia orang sambung shooting kat Aceh. Hari ni kalau tak silap Kjee dia orang pergi.

saerah chek said...

akak selalu dgr dr anak akak bahasa2 filem ni jee..sbb dia keja dgn production house..

arinadeco said...

Kjee; klu nk shooting kat umah sy pun blh sbb umah sy blm perna dilacurkn oleh memane pihak pun. Hehehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...