Thursday, July 7, 2011

BERITA TERKINI - 34 TEBUSAN SELAMAT PENYERANG DITEMBAK




Polis berjaya menyelamatkan 34 tebusan selepas menambak lelaki yang menahan mereka di Muar pada jam 3.40 petang tadi.
Sehingga jam 3 petang tadi, polis masih berusaha memujuk seorang lelaki bersenjata parang yang menjadikan empat guru dan kira-kira 30 murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di sini sebagai tebusan sejak pagi tadi.
Dua wanita dipercayai saudara suspek turut berada di tempat kejadian bagi memujuk beliau melepaskan mangsa dan menyerah diri.

Difahamkan antara tuntutan lelaki berusia 30-an itu ialah supaya diberikan sepucuk pistol automatik.

Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) berada di tempat kejadian sejak jam 1.18 petang.
Seorang lelaki yang dipercayai bersenjatakan tukul dan parang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan kira-kira 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan dalam kejadian yang bermula pukul 9.30 pagi Khamis.
Bernama melaporkan  sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman sedang mengepung pusat asuhan kanak-kanak Serikids, di Taman Sungai Abong, Jalan Sakeh itu.
Seorang pakar psikologi dikenali Dr Lau Keen Lee difahamkan telah berusaha menenangkan lelaki yang dipercayai pesakit mental itu dari luar banglo dua tingkat tersebut.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman turut kelihatan di perkarangan pusat asuhan tersebut. - AEGENDADAILY.COM

3 comments:

  1. Kesian budak2 ni kan... Mesti trauma

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah lega rasa... dari tengahari tadi deena ikuti perkembangan dr masa ke semasa...

    ReplyDelete
  3. dah selesai.Kenapa ramai pesakit mental sekarang ? Dulu dengar kat luar negara aje....syukur anak anak selamat kan?

    ReplyDelete