Wednesday, July 13, 2011

BLOG KJEE WARNA KUNING SEJAK WUJUD JANUARI LALU

Dah ramai suruh Kjee tukar warna blog Kjee memandangkan warna kuning sekarang sudah jadi warna 'blacklist'. Unclepali sedang nak tukar. Tunggulah sehari dua lagi.

Cuma Kjee belum lagi dapat membayangkan apa warna yang sesuai. Biru? Merah?

Sekarang nak keluar rumah pun, kami tiga beranak akan tegur sesama sendiri kalau guna kaler 'terlarang' tu. Kebetulan Sabtu lepas, Nadia pergi shopping kat JJ, Wangsa Maju seorang diri. Balik dia bawak balik beberapa helai t-shirt dan ada sehelai warna kuning! Oppps...kata Kjee. Nadia baru perasan.

Pagi tadi dia pergi Uni pakai t-shirt kuning tu. Kjee dah warning dia jangan lagi pakai t-shirt tu terutama sekali pada setiap Sabtu!

Okaylah. Kjee tengah nak pujuk Unclepali cepat2 tukar warna blog. Korang ada idea nak bagi kaler apa?


8 comments:

Anonymous said...

pada nor kuning tak bererti kita sokong kumpulan tu tapi kalu pebret pun dah tak seronok apepun warna hak kita tapi warna ni lawa le kjee terang nampak huruf tak silau dah...

Humaira' said...

untie!!! nak tuko ke...dh cantek ni!! bukan dominan pun kaler kuning kat header tuh..sy suka header ni..

Kjee said...

hehehe kaler ni sementara jer. nanti unclepali fikir nak bubuh kaler apa. header maintain, kot. :)

PadangDiLalang said...

Pink pun ok Kjee hehehe...

Cmacomey said...

purple pun boleh..ok tak???

Anonymous said...

nak kaler terang jugak...hehehe

pemudatimur said...

cantik apa, kaler baru yang kak jee buat ni....

Anonymous said...

relax. bersih dah lepas. kesian lah digi, maybank kalau kuning kena banned sampai kiamat.

Raja2 may be bleh tukar kaler lain plak sbg warna diraja, purple ke, pink ke, turqoise ke

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...