Tuesday, July 19, 2011

BRAISED CHICKEN FEET


Resipi ini untuk penggemar kaki ayam. Ada yang suka makan kaki ayam dan ada yang tak lalu. Tapi, Kjee sekeluarga dari kecik lagi suka sangat makan kaki ayam. Dulu datuk Kjee jual sate. Orang dulu2 beli ayam seekor2 tak macam sekarang dah boleh bei isi ayam saja buat sate. Jadi, mak himpunkan kaki ayam dan buat sup atau masak kari. Sedap sangat.

Tapi bila dah tua2 ni, Kjee masak kaki ayam cara lain. Kjee buat stail kaki ayam masak kicap. Renyah sikit nak buat. Banyak prosesnya tapi sedap. Boleh dimakan dengan nasi atau bersama wantan mi atau mi kicap.
Jom kita intai resipinya.

BAHANNYA:

7 pasang kaki ayam
½ cawan kicap manis (KJee guna cap kipas udang)
7 biji cendawan kering (direndam)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 sudu sos tiram *
3 bunga lawang
1 kayu manis
1 chicken cube
2 mangkuk air

CARA:

Bersihkan kaki ayam dan potong hujung jari2nya. Lap dengan kitchen towel atau towel yang kering dan bersih. Kemudian perap dengan ½ cawan kicap manis selama lebih kurang 1 jam.

Cendawan kering direndam dalam air paip selama 1 jam atau hingga lembut.

Setelah 1 jam kaki ayam diperap, panaskan minyak dalam kuali. Minyak perlu banyak dan kaki ayam harus direndam dalam minyak ketika menggoreng. Hati2 ketika menggoreng. Kjee tutup kuali dengan tutup periuk untuk elak percikan. Setelah kaki ayam ¾ garing, keluarkan dan rendam dalam air sejuk kira-kira selama ½ jam.

Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris hingga wangi dalam periuk. Kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan juga ½ cawan kicap manis, 2 sudu sos tiram, chicken cube dan 2  mangkuk air. Sebaik sahaja mendidih, masukkan kaki ayam yang telah digoreng. Perlahankan api dan rendidih sehingga kaki ayam betul2 lembut. Kemudian masukkan cendawan dan masak lagi selama kira-kira 20 minit.

Tambah sedikit lagi air jika tidak cukup. Air atau kuah harus menutupi paras kaki ayam dan cendawan. Apabila sudah puas hati kaki ayam sudah lembut, rasa. Kemudian campurkan 2 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam masakan. besakan api dan kacau pantas2 sehingga kuahnya pekat.

Kalau perlu, tambah sedikit kicap cair sebagai pelengkap rasa seandainya tidak cukup masin. Padam api dan hiskan dengan hirisan cili hidup dan daun bawang. Titiskan sedikit minyak bijan, kalau suka.

Selain kaki ayam, boleh digunakan kaedah sama jika menggunakan kepak ayam.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...