Tuesday, July 12, 2011

BULGOGI - GRILL BEEF KOREA


Mula2 tu berbelit2 juga lidah nak sebut nama makanan ni. Bulgogi. First time Kjee makan masa kawan Kjee ajak kami bertiga join dia dan geng2 dia camping kat Hutan Lipur Lintang. Dia dan geng dia memang suka camping. Dan masa camping, dia orang ni pro giler. Masak siap ada menu. Setiap hari bekfas lain, lunch lain dan dinner lagi gempak, siap barbeque.

Dah lama sangat dia orang ajak Kjee tak pergi, maka satu kali tu kami bertiga pergilah. Bukan pergi camping tapi pergi tumpang cekik. Dia kata malam tu ada surprise. So Kjee pergi walaupun Unclepali berat maklumlah Kjee bukannya sihat sangat masa tu. Jalan bukan betul. Dia orang camping kat tepi sungai yang tanah tak rata pulak tu.

Kami dijamulah Bulgogi. Kjee memanglah tak pernah makan Bulgogi ni. Kjee tengok kawan Kjee dah siap marinate daging dalam plastik2 yang ada zip lock. Kemudian dipanaskan grill pan dan grillkan daging2 tu. Kita orang pompuan ni kekadang ego. Tak nak tanya resipi. Lagipun kawan Kjee ni pun tak pernah ringan mulut nak bagi resipi dia. Tak kisahlah.

Balik KL, Unclepali beli daging batang pinang dan buatlah cara dia. Masa tu kami masih meniaga. Berebut kami makan. Sedaplah. Tak lama lepas tu kami makan di sebuah restoren Korea kat Federal Highway bertentang dengan Angkasapuri. Lupalah nama restoren tu. Sikit lebih kurang cam Unclepali buat jugaklah. Siap ada grill pan kecik atas meja. Kami grill sendiri. Oklah maleh dah nak  citer panjang. Jom intai resipinya.

BAHAN2:

½ kg daging batang pinang (tenderloin)
kicap manis cap kipas udang
lada hitam (Kjee guna aji shio pepper)
garam
butter
salad cina (jenis bulat)

CARA:

Daging batang pinang dibersihkan dan di potong kira2 selebar dua jari dan setebal ½ inci. Pastu diperap dengan kicap, garam, lada hitam dan butter. Sukatan bahan2 agak2 jer. ikut sesedap rasa individu. Oleh kerana kjee guna serbuk lada hitam aji shio, kjee tak guna garam sebab dah sedia masin aji shio pepper itu.

Kemudian peraplah. Kalau ada beg plastik zip lock tu gunakanlah. Kalau tak der bubuh dalam bekas dan simpan dalam peti ais selama sejam dua.

Panaskan grill pan. Kalau tak der, kuali biasa pun boleh. Kemudian grill sampai masak. Balik2kan. Ada yang suka garing. Unclepali tak buat garing sangat. Lembab2 manja gitu.

Bila dah masak bubuh dalam pinggan. Amik salad dan letakkan daging bulgogi tu dalam salad, lipat dan ngappp lah. Kalau suka bubuh sos cili tapi kalau dah perap cukup rasa, tak perlu sos cili. 


 Tadi kjee buat kentang hiris goreng makan bersama bulgogi tu. Buat ratah ratah suka suka jer kot. Tapi kami buat makan tengah hari bersama fries dan buncis goreng, kekenyangan sampai petang.


11 comments:

cik cek said...

Sesekali tukar menu...makan menu cam gini sedap jugak ni ..kan Kjee...cek amik resepi dulu ya...:)

Liz said...

seperti enak juga ya kjee...liz suka kentang hiris kjee..tak krispy kah tu kjee.?

Kjee said...

tak crispy. biasa jer Liz.

ija said...

lg best makan ngan kimchi..suka makan daging balut ngan salad..korean style..

Aziela said...

K Jee, nama restoran tu Seoul Garden. Saya pun pernah makan kat situ sekali. Ada macam2 jenis marinated food kan...memang sedap. Saya nak try juga la buat bulgogi nie. Halalkan resipi yer K Jee...

noor said...

kakjee...di tepi salad tu kentang yang di hiris halus ke. Macam mana kakjee goreng nampak cantik macam tu...saya goreng jadi lembik .

Anonymous said...

Nama restoran depan angkasapuri, kat Plaza Pantai tu ialah Seoul bulgogi. saya suka gak makan dinner kat situ sbb husband suka lamb. tapi lunch murah sikit sebab tak ada lamb. -Sheila-

Kjee said...

ya betul betul betul. Seoul Garden. Nadia belanja Kjee dan Unclepali makan situ dulu. Tapi mahal giler. Tiga beranak Kjee rasa dekat RM150. Pada Kjee dah mahal sangat sebab makanan dia ala2 BBQ dan steamboat.

Noor: Kjee tak tahu pulak buat camner. Masak jer tak lembik. Kjee guna US Russet Potato. Sebenarnya, kentang itu berbaki dari Kjee buat Baked Potato Skins. Nak buang isinya sayang. Pastu Kjee hiris2 buat cam tu. Masa tu dah simpan semalanan dalam fridge. Itu kot yang buat ia jadi tak lembik. Tapi taklah garing tapi tak lembik.

DEZAMAN COTTAGE said...

tengok kak jee punye resepi nie dah terliur siot!!!!...KONTROVERSI TESCO LAK DAH!!!!

zures said...

Sedapnyer kak jie...selalu tengok citer korea...diorang makan style balut2 pastu makan. Baru tau namanya Bulgogi. kena cuba ni...tq kak jie coz kongsi resepi kat sini...

noor said...

kakjee...betul tu kakjee mungkin kentang tu di simpan dalam petisejuk sebelum di goreng dan ianya menjadikan tidak lembik bila di goreng. Terima kasih kakjee nanti saya cuba buat style kakjee.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...