Thursday, July 7, 2011

CEKELAT AIR TANGAN DEENA DARI LANGKAWI.




Semalam masa Encik Posto Laju datang untuk hantar parcel dari Langkawi, Kjee tak ada rumah. Nadia pulak tak dengar agaknya encik posto tu datang. So pagi tadi, Kjee pergilah ambik kat office pos laju dekat Batu Caves, Gombak.

Kjee memang menanti2kan parcel ni sebab Deena Yasmin sahabat FB Kjee kat Langkawi dah bagitahu dia ada hantar cekelat buatan sendiri. Kjee teruja sangat sebab tak pernah makan cekelat home made.

Lepas amik parcel, Kjee pun ke rumah seorang kawan di Taman Tun. Kemudian Kjee dan Unclepali naik kereta dia ke Branang. Kira-kira 4 jam lah parcel cekelat duduk dalam kereta. Balik tadi Kjee bukak, ada sebiji dua yang dah senget sedikit. Sedihnya.

Unclepali yang memang hantu cekelat terus sambar sebiji dan makan. "Sedapnya!! Rasa cekelat mahal," kata Unclepali. Kjee dan Nadia pun sambar juga seorang sebji. Wah macam ini Kak Deena boleh jadi toke cekelat lah kan lepas ni, kat Nadia.

Nadia tak tahu susah payah kak Deena dia nak dapat bahan mentah buat cekelat sebab duduk nun jauh kat Langkawi tu. Kalau nak jual melalui internet pun masalah jugak. Maklumlah tiap kali pos keluar kena cukai kastam. Amboi Kjee pulak bebel. Ntah2 Deena tak rasa apa pun kan? Hehehe

Anyway, thanks my dear sis for the chocolates. Susah payah mengantor kat akak ni. Akak tak tau nak balas dengan apa. Eh tempoyak banyak. Nak ke? Kalau pos tak meletup ke nanti? Hehehe

2 comments:

Deena Yasmin said...

ur wc kjee.. wlau penampilan cekelat tak secomel mula2 antor yg penting sodap... terkilan skit mkin lama sgt cekelat tu terperap :)

p/s: hehe tempoyak ada stok lg kjee...

Madam Casper said...

Saya pun dah rasa semalam kak jee. memang sedap macam cekelat import. Budak2 kat rumah berebut jer. Lepas ni nak order kat deena jer.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...