Saturday, July 9, 2011

DAH PENAT DEMONSTRASI, NASIB BAIK KENA TANGKAP!!!



semua gambar ehsan mStar Online

Itulah yang mampu Kjee katakan. Betul tak? Korang tengok je lah. Makcik2 dan pakcik yang tadi diheret ikut perhimpunan haram entah dari kampung mana. Tak tahu apa ke jadah tujuan mereka ke Kuala Lumpur. Pastu kena sembur air, kena gas pemedih mata. Tak cukup dengan itu dibawa naik trak polis.

Sepanjang siang tadi Kjee tengok berita, kejap kat RTM kejap kat TV3, Kjee terkenangkan nasib orang2 tua dan kanak2 yang terlibat itu. Dah makan tengah hari ke belum? Yang dewasa tu, sempat ke solat?

Tapi apabila Kjee tengok mStar dan gambar2 yang dipaparkan, leganya Kjee apabila tengok mereka dilayan cukup baik di PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kjee pasti sedara mara mereka yang dapat tahu mereka mereka ini ditangkap pasti maki hamun dan sumpah seranah. Kata Polis kejam dan tak der perikemaknusiaan. Tapi gambar2 ini menceritakan segala2nya.

Mereka diberikan makan secara buffet, diberi peluang solat. Dan yang lemah dan sakit diberi rawatan. Hah nak apa lagi? Bolehlah dapat ini semua kalau terbabit dalam perhimpunan haram di Mesir, misalnya? Renung2kanlah.

Kalau sedara mara korang terbabit, pujuklah supaya mereka kembali ke pangkal jalan,

Bawak2lah bertaubat. Kjee pohon doa tadi semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka ini supaya bersyukur kerana dilahir dan dibesarkan dalam sebuah negara yang selama ini aman dan damai. Insya Allah. Amin.

KJEE: HARI2 BERSYUKUR MASIH HIDUP DI BUMI BERTUAH INI!


12 comments:

Anonymous said...

minta izin utk share...boleh?

Kjee said...

Sila share. benda baik seperti ni harus diwar warkan. Terima kasih.

Along Maklong said...

siap bagi makan lagi tu..
kalau tak bersyukur tu.. tak tau lah kan kak jee..

Syuki Mohd Sidi said...

akak.. sy pm mohon share ea =)

Anonymous said...

sygnye ade yg menyebarkan pelbagai cerita negatif...seolah2 tak menghargai sebuah keamanan...
bersyukur sgt2 duduk di bumi bertuahku Malaysia...semoga Allah selamatkan bumi Malaysia ini dari segala anasir-anasir luar yang negatif...

Anonymous said...

kak jee,mereka ini di gula2kn...xde ilmu/xde innfo sbnrnya,,,sanggup melayu bergaduh sesama melayu....

Anonymous said...

orang macam ni cepat lupa......prinsip mereka ' orang nak bagi, kita terima'. esok lusa buat lagi.......memang dasar tak tahu nak bersyukur!!

sayangibu said...

salam

sya pun nak mintak share jugak

itu pun mereka masih kata pihak kuasa zalim
kalau sya di tempat mereka rasa MALU menebal untuk menerima makanan san kemudahan yg disediakan tu.

tp entahlah mereka adalah sebahagian daripada MELAYU YANG LUPA

nuRuL haNis said...

salam kak jee..sy rasa kesal tgok org2 kita macamni. tiada kebaikan pun buat perhimpunan haram. malah, kita digelakkan org luar dan menyusahkan org ramai. sy harap mrk dpt pengajaran dr apa yg berlaku.

Kjee said...

terkedu Kjee semalam sewaktu mendengar Buletin Utama. Seorang Ketua Polis berbangsa Singh berkata, sebanyak RM40-ribu dibelanjakan PDRM untuk menyediakan makan minum penyangak demonstrasi haram di Pulapol. Tiap2 satu kepala RM25. Makan secara buffet. Anggota polis yang bertugas makan nasi bungkus jer. Sedihnya!!!!

nash said...

salam kak jee, saya yg tinggal di spura ni tak penah pulak baca berita mcm ni! tak tau pulak saya sampai ada buffet mcm tu? kat sini semuanya berita2 negatif, sampai tak sanggup nak baca, mcm teruk sgt keadaanya masa demo haram tu. Terima kasih kak jee kerana kongsi info ni. - Nash/Spura

Kjee said...

A picture paints a thousand words Nash. Terima kasih kerana membaca dan memikirkannya sendiri.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...