Wednesday, July 27, 2011

HUKUM WANITA GUNA NAMA SUAMI BELAKANG NAMA SENDIRI



Kjee terpanggil untuk menulis mengenai komen seorang pengunjung blog Kjee yang tidak menggunakan namanya sebagai identiti. Ini untuk entry Kjee mengenai penyanyi Nora Ariffin yang mahu dirinya dikenali sebagai Nora J, mengikut nama suaminya Johan.

Walaupun komennya pendek dan ringkas namun ia mengundang seribu satu macam kontroversi sekiranya kita mengupasnya secara terpeinci.

Kjee pernah berdepan dengan masalah seperti ini. Bukan dengan diri sendiri tetapi adik Kjee yang kini sudah tiada. Adik Kjee belajar di luar negara bertahun2 lamanya. Kemudian apabila dia kembali ke tahahair, dia telah menggunakan nama suami di belakang namanya dalam semua urusan.

Bagaimanapun, sekiranya urusan itu membabitkan penggunaan kad pengenalan, dia tidak melanggar undang2.

Seingat Kjee, satu hari bapa Kjee (kini arwah) mendapat tahu. Dia mengamuk kerana kesal anaknya membelakangkan namanya. Lalu bapa membuat rujukan di banyak tempat (termasuk pejabat Agama) dan berjaya meyakinkan adik Kjee bahawa perbuatan itu salah. Dan akhirnya, adik Kjee pun akur dan gugurkan nama suaminya di belakang namanya.

Ketika Kjee memilih untuk memaparkan kisah Nora ini dari akhbar online mStar, Kjee sudah bersedia untuk berhadapan dengan kontroversi. Kjee mahu tahu sejauh mana ada masyarakat atau pembaca yang peka mengenai hal ini.

Tadi Kjee surf internet dan jumpa blog ini. Izinkan Kjee copy paste dibawah dari blog Amien7.wordpress..


Hukum wanita letak nama suami di belakang namanya




Setelah menikah, terkadang seorang wanita mengganti namanya belakangnya atau nama keluarganya dengan nama suaminya. Hal ini juga banyak dilakukan di negara-negara barat seperti isterinya Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama aslinya Hillary Diane Rodham. Isteri kepada Barrack Obama: Michelle Obama yang nama aslinya Michelle LaVaughn Robinson dan lain-lain.
Lalu bagaimanakah pendapat para ulama tentang masalah ini?
Fatawa al-Lajnah ad-Da’imah lil Buhutsil Ilmiyyah wal Ifta’ juz 20 halaman 379.
Pertanyaan :
Telah umum di sebagian negara, seorang wanita muslimah setelah menikah menisbatkan namanya dengan nama suaminya atau laqobnya.
Misalnya: Zainab menikah dengan Zaid, Apakah boleh baginya menuliskan namanya : Zainab Zaid? Ataukah hal tersebut merupakan budaya barat yang harus dijauhi dan berhati-hati dengannya?
Jawapan:
Hal itu tidak diperbolehkan, bernasab kepada selain ayahnya tidak boleh, haram dalam islam. Haram dalam Islam seorang muslim bernasab kepada selain ayahnya baik laki-laki atau wanita. Dan baginya ancaman yang keras dan laknat bagi yang melakukannya yaitu yang bernasab kepada selain ayahnya hal itu tidak boleh selamanya.
الحمد لله ربِّ العالمين، والصلاة والسلام على من أرسله الله رحمة للعالمين، وعلى آله وصحبه وإخوانه إلى يوم الدين، أمَّا بعد
“Tidak boleh dari segi nasab seseorang bernasab kepada selain nasabnya yang asli atau mengaku keturunan dari yang bukan ayahnya sendiri.”
Sungguh Islam telah mengharamkan seorang ayah mengingkari nasab anaknya tanpa sebab yang benar secara ijma’. Maka sesungguhnya apa-apa yang berlaku dalam adat, itulah yang dipertimbangkan dalam syari’at.
Allahualam…


Kjee tidak tahu samada Nora Arrifin peka mengenai hukum hakam ini. Dan menjelang hari baik bulan baik ini, Kjee memohon maaf sekiranya beliau tersinggung dengan apa yang dipaparkan. Kjee pernah berkenalan baik dengan beliau semasa menjadi wartawan dulu. Beliau seorang wanita yang cukup berhemah dan berpekerti mulia. Jadi, Kjee harap Nora tidak akan melenting atas isu ini.

Kjee tahu ada di antara rakan Kjee baik di FB ataupun blog menggunakan nama suami dibelakang nama mereka. Ini mungkin untuk mewujudkan satu kelainan. Dan Kjee pasti tiada ada niat lain selain itu.

Dulu Kjee jugak secara main2 pernah conteng2 nama JEEPALI. Tapi tidak untuk tatapan umum tetapi sekadar nak buat nama fail atau dokumen dalam computer.

ENTRY INI HANYA SECEBIS PANDANGAN DARI KJEE YANG TIDAK ARIEF MENGENAI HAL2 SEPERTI INI. UNTUK LEBIH JELAS DAN TERPEINCI MUNGKIN BOLEH RUJUK KEPADA MEREKA YANG LEBIH BERPENGETAHUAN. AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA TULISAN DIATAS TIDAK DISENANGI

22 comments:

zura aini said...

kekalkan nama bapa adalah terbaik.
dah banyak contoh berlaku bila letak nama suami di belakang bila bercerai dan kahwin lain terpaksa buang nama suami tu. kalau 3 kali kawin cerai, jenuh....

'idun sa'idun said...

Saya pun penah terbaca gak psl isu ni dulu.. Tapi bagi mereka yg letak nama hb kat blkg nama sdr kat email dan FB tu caner ek? Konpius.. Mungkin adalah lebih baik ditukar kot..?

atievan said...

k.jee....mmg pun salah&haram menggunakan nama suami bg mggantikn nama bapa....even ank angkat atau anak susuan skalipn tidak dbolehkn dlm islam utk mggantikn nama bapa kandung kpd nama sesiapa saja...walau apa sja alasan spt nora...dia xseharusnye brbuat demikian...semetalah dia sudah brtudung ini bleh mengakibatkn kekeliruan pd bangsa&agama lain dlm menilai islam....sya harap nora tukar semula nama beliaukrn ini krn saham dosa dr akibat penukaran nama sndiri akan tanggung diakhirat kelak

nuwairani ismail said...

kalau nama bapa, memang kita tahu dia lah bapa sepanjang hayat. tapi kalau suami belum tentu lagi...harap2 tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku lah.

LeyRa.Hamid said...

Betul tu Kak Jee...coz I ada baca dari some friends di Timur Tengah yg ramai dok cedok nama suami atau keluarga suami diakhir nama mereka dan sesungguhnya haram.
Rasanya mereka ni kena lebih peka dan menkaji tentang hukum sebelum membuat sebarang penukaran yg lebih kepada mengikut cara barat. Wallahualam

AZLITA AZIZ said...

Bila baca N3 kak Jee kali ni teringat kat kakak ita yg telah di ambil menjadi anak angkat oleh arwah mak cik... dia telah menukar nama ayah ita kepada ayah angkatnya dlm semua buku sekolah.. dan pernah bercadang ke pejabat pebdaftaran utk menukat binti.. bila bapa ita dapat tau dia sangat marah..
Bila dia nak khawin dia minta pula diwalikan hakim walaupun ayah ita ada lagi... marah sungguh ayah ita dgn kakanya dan anaknya itu...

kadang2 ita sering terfikir kenapa dia yg sewarak itu dan selalu berulang alik membawa org mengerjakan umrah dan haji juga tidak tau ttg hukum islam... sedih dan kesal dgn sikap manusia sekarang ni..

kak jee boleh ita minta izin utntuk copy dan share kat FB ita.. sebab ramai juga kawan2 yg menggunakan nama suami kat belakang nama... nak tegur segan.. semoga dgn membaca apa yg tertulis ni dapat menyedarkan mereka dan membuka pintu hati mereka untuk berubah...

Kjee said...

Silakan Ita dan semua kengakwan lain. Kalau boleh datangkan keinsafan kepada yang berkenaan, apa salahnya.

Masya said...

kak jee blog ni sy gabung name suami dengan nama saya haram jgk ker???? xdekan huhuhuhu.....

Piasara said...

"tapi kalau setakat nama dlm fb ok kot kak jee..hehehe...kalau penyanyi/pelakon tu lainlah sbb diorang nak kena usung kemana saja nama tu bersama..pasal Nora tu, tak kan nak marah kak jee kot,dia tu baik apa..kak jee lebih mengenali beliau kan.."

nuRuL haNis said...

masya, sy pun gabungan nama kat my blog. susah pula nak tukar. bezanya letak sengkak je. man-nyz...sbb nak letak manis, tp xbleh, URL dah wujud. nmpk mcm haram, tp biar lah niatnya betul. walaupun msh was2...=(

eima-caa said...

gulp...tertelan air liuq sendiri...

betoi ka???

sejak eima berkahwin eima mmg gabung nama eima ngn hb jd "eimacaa" sbb nak senang ingat, xde niat lain pun, cthnye address email...kalo fb tu mmg da lama letak nama tu..kalo tukar mmg akn mengconfiuskan kwn2 len..

Erani Zuhran Mohd Nor said...

Info yang baik kak jee... Terima kasih. Ikutkan mmg benda ni remeh temeh rasanya pada pendapat masyarakat skrg tapi yang salah tetap salah, kan. Sekurang2nya pada yang tak tau, skrg dah tau... jadi fikir2 kan lah sendiri

fiza damia said...

kak jee mintak iin share ye..

fiza damia said...

kak jee mintak share ye..

anymz said...

yang haram tetap haram..bagus info kjee ni..mohon share ya kak.

nudra said...

oooo...haram yer.. sebagai nama glemer pun xleh yer kak jee..huhuhu

teringat pada "aida radzwil" satu masa dahulu =))

nj said...

kak jee...
cantik dan ayu Nora dah bertudung. Kena buanglah J tu...Nora A. pun okay :-)

Kjee said...

Salam NJ. Tadi ada yang pm Kjee. Dia kata huruf J tu kurang sesuai. Dan explain apa yang tak sesuai. Kjee baru teringat, di kalangan wartawan suka kata artis J...maknanya Janda! Nora A tu bagus lah! Hehehe

as-syahida said...

assalamualaikum....pada pengunjung2...minta hindarkan dr berbuat perkara. supaya kita tak kata lagi ini khilaf. ini krn jelas, tidak kira melalui blog,fb..ia tetap akan dipanggil dan disebut. dan sy sertakan hadis penuh mengenai haram didalam hukum islam meletakkan nama selain bapa :-

مَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ أَوْ انْتَمَى إِلَى غَيْرِ مَوَالِيهِ، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ وَالمَلاَئِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ، لاَ يَقْبَلُ اللهُ مِنْهُ يَوْمَ القِيَامَةِ صَرْفًا وَلاَ عَدْلاً

“Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain bapaknya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah”

Dikeluarkan oleh Muslim dalam al-Hajj (3327) dan Tirmidzi dalam al-Wala’ wal Habbah bab Ma ja’a fiman tawalla ghoiro mawalihi (2127), Ahmad (616) dari hadits Ali bin Abi Tholib rodhiyallohu anhu.

sahabat2, beringatlah....apa jua matlamat tidak blh menghalalkan cara. betulkan yg biasa, biasakan yg betul..semoga kita beroleh syafaat dan manfaat dgn perkongsian ilmu kalamullah dan hadith Rasulullah SAW. wallahualam~

kdt kto kjee..thx too :)

Anonymous said...

saya letak name suami jugak kt belakang name saye dlm akaun fb. walaupun bukan name penuh tp takutlh... dh tukar, letak name abah. thanks kjee. info yg sgt berguna. mohon share ye

abahsofea said...

Assalamualaikum K.Jee

Selamat hari raya..

pandangan saya kalau nora betul2 nak jugak letak nama suami dia kat belakang, tak boleh letak Nora J atau Nora Johan, tapi kena letak Nora Bini Johan atau nama glemernya Nora BJ.. :p

abahsofea said...

sebaiknya berbanggalah dengan nama ayah..just my 2cents

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...