Tuesday, July 26, 2011

JIMMY JAWAB TUDUHAN SUHAILA

Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka.
Jimmy Shanley yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.
Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010. - mStar Online

BACA ENTRY SEBELUM INI, LUAHAN HATI SUHAILA

12 comments:

  1. Salam kak G...pasni kita dengar lak komen ibu mertua jimmy...pastu baru bole komen ...heeee

    ReplyDelete
  2. Harap2 Datin Muniroh bagi komen yang boleh sejukkan hati anak dan menantu.

    ReplyDelete
  3. Tak mahulah komen apa-apa tentang masaalah mereka berdua ni. Kita doakan semoga kemelut yang melanda cepat berakhir dan keadaan akan kembali jernih demi Zaharah yang tidak berdosa itu, yang memerlukan kasih sayang dari KEDUA-DUA orang tuanya.

    Kalau dibaca luahan rasa kedua-dua pihak, dua-dua pun ada silapnya. Andai mereka sedar kesilapan masing-masing, cubalah perbaiki. Tidak ada kekusutan yang tidak boleh dileraikan. Betul tak Kjee...

    ReplyDelete
  4. Betul sangat2. Dua2 Kjee kesian. Jimmy tak dapat kasih sayanag orang tua sejak kecik kerana jadi yatim piatu di usia muda. Suhaila pulak anak manja yang tak pernah dijentik ibu bapa. So peranan ibu (Datin Muniroh) penting. janganlah biarkan Zahrah jadi mangsa.

    ReplyDelete
  5. kesian dkt anaknyer zahra........

    ReplyDelete
  6. mmmm..baru kawin da pukul..maaf la bg saya kl lelaki pukul bini ni mmg x bole pakai..suzi fauzi

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,bila tgk anak jimmy teringat kat anak saya.mereka lahir pada hari yang sama 24 june.Fikirkan anak,jgn pentingkan diri sendiri.Setelah berumah tangga kita perlu kurangkan aktiviti masa bujang.Jangan asyik nak keluar dgn kawan2.Bila dah kahwin suami dan anak no 1.saya tak tahu pendapat org lain tapi bagi saya bila dah kahwin lebih seronok keluar dgn suami dan bila ada kerja kat luar asyik ingat nak balik cepat je.

    ReplyDelete
  8. his ... jimmy tu angkat tangan kat bini dia ke ??? alahai .... nape lah wat camtu ... patut pun .... suhaila tu lari .... patutnya kena faham lah ... anak manja lah katakan ... awal2 u dah bantai dia .. memanglah dia tak nak tinggal dgn u ??? pastu dia nak salahkan si suhaila tu tak nak tinggal dgn dia ... memang patut pun kalau bini u lari .. bro .... akai ada ka ......

    ReplyDelete
  9. Hrp2 keduanya dpt buang yg keruh.. ambil yg jernih..

    ReplyDelete
  10. Harap2 masih boleh diperbaiki hubungan mereka... dan memperbetulkan kelemahan diri masing2 demi anak kecik tu. Tapi jika hati dah tertutup terus, Jimmy kenalah redha dan lepaskan. Jgn dipaksa membawa ke seksa.. Kadang2 pasangan tu lebih sesuai menjadi sahabat dari menjadi suami isteri.. ada banyak contoh

    ReplyDelete
  11. kalau isteri asyik keluar jumpa kawan2, mcm mana la suami tak bengang...dia tu tunggul ke? after all cuma jimmy, suhaila dan allah aje yang tau perkara yg sebenar...kita perhati aje la, ye tak..kak jee?

    ReplyDelete
  12. anon,kalau dah bini degil mmg patut pun dipukul mcm tu..bkn utk mendera tp mengajar..dlm islam ada jgk menyebutnya kan..anon ni x belajar agama ke apa..suhaila tu mmg degil pun..sb tu tak dibantai oleh mak bapak dia semasa kecil..maklumlah anak manja lah katakan..bongsu dlm keluarga pulak tu...mmg la manja

    ReplyDelete