Sunday, July 24, 2011

KARI SARDIN DALAM PERIUK TANAH


 Dah lama Kjee teringin nak beli periuk tanah untuk masak kari. Arwah emak dulu suka masak kari dalam periuk tanah. Tapi apabila periuk itu pecah, dia tak beli lain buat ganti. Dia masak guna periuk biasa. Dan karinya selepas itu, dia kata kurang sedap. Entahlah, pada Kjee sama saja.

Hari tu selepas bekfas di Thurkah, Kjee jenguk kat kedai dia jual barang2 runcit sebelah kedai dia. Kjee memang lama dah nak beli periuk tanah kat situ. Akhirnya, tercapai jugalah hasrat. Murah jer. RM17 untuk periuk tanah yang besar. Yang sedang hanya RM10. Tapi Nadia suruh Kjee beli yang besr. Actually taklah besar sangat pun.

Berpuluh tahun lalu Kjee pernah beli periuk tanah tapi masa Kjee letak atas dapur terus retak dan pecah. Rupa2nya ada tips kalau nak beli periuk tanah. Sebelah dalam periuk mestilah yang ada selaput atau layer yang licin. Oh cam tu ker, Kjee kata pada Ammah tua, ibu kepada toke kedai. Nasib baik dia ada bagi tahu.

Dan hari ni Kjee masak kari Sardin, juga sesuatu yang Kjee tak pernah masak sejak dekat 30 tahun! Betul. Dulu masa bujang Kjee tinggal berjiran dengan satu famili India. Orang gajinya yang didatangkan dari satu estet, berusia 12 tahun! Sebenarnya, orang gaji ni hanya untuk menjaga anak taukeh yang masih kecik ketika itu.

Satu hari Kjee ke rumah jiran apabila terbaru masak kari yang sedap sangat. Si orang gaji kecik ni tengah masak rupa2nya. Dia pun tunjuk Kjee cara masak kari sardin. Tapi dia guna kentang. Hari ni Kjee guna bendi. Hasilnya masak dalam periuk tanah? Nadia kata marvelous dan tak sabar nak makan.

Cara masaknya sama dengan cara masak kari ikan lain. Cuma apabila kari sudah melegak dan hampir siap masak, masukkan ikan sardin dalam tin. Tadi Kjee guna 1½ tin sardin (tin besar). Maklumlah Unclepali hantu sardin. mesti dia makan ulang2 sampai malam.

Masa balik dari beli sardin tadi, Unclepali kata siapa cakap sardin hanya untuk orang miskin. Sekarang sardin makanan orang kaya sebab satu tin sahaja dah mencecah harga depat RM7! Hehehe.

Nak resipi kari, korang follow ke kari ikan bawal hitam ala India yang Kjee buat dulu. Bukan apa...seperti biasa, malas nak type semula. Jenguk sini untuk resipi.

Kalau ada masalah, korang tanya jer lah yer. Oh ya lupa pulak. Tadi Kjee bubuh dalam tiga sudu besar sos tomata dalam tin sardin tu. kalau tak suka, bubuhlah buah tomato yang telah dikerat empat.


10 comments:

  1. mesti best hasil tangan k'jee, lebih2 lagi dlm periuk tanah tu..apapun bismillah...

    ReplyDelete
  2. apa khabar kjee?aduhai kjee,sedap banget eh masakan kjee...terlioq teman....makan ngan roti sedap kan...

    ReplyDelete
  3. rasa lain yek kalau masak ngan periuk tanah,boleh cuba juga ni...nak cari jugalah periuk tu...

    ReplyDelete
  4. Ummi: pasti bila beli periuk tu, dalamnya disalut dan licin.

    ReplyDelete
  5. kak jee..saya dah tgk resipi..rempah tumis tu mende ape?thanks

    ReplyDelete
  6. rempah tumis tu rempah campuran. ada halba, jintan dan biji sawi. dijual dalam peket kecik2. supermarket pun ada. guna untuk masak kari ikan.

    ReplyDelete
  7. kjee ikan sardin ni kalau masak asam pedas pun sedap.tapi ikan sardin tu kena asingkan dari sos nye dulu lepas tu goreng garing dan angkat.minyak gereng ikan tu guna untuk menumis bahan seperti masak asam pedas sepertib selalu cuma perlu campurkan sos sardin yang sedia ada.bila dah masak kuah nye masuk kan ikan sardin yang digoreng tadi bersama chili padi sebiji2,bawang besar yang dipotong bulat2 kalau nak sedap lagi tambah belimbing buluh lagi best .

    ReplyDelete
  8. bila tengok kari sardin Kak Jee nie teringat dulu masa saya kecik, mak saya masak kari sardin macam nie buat makan dengan capati. kadang mak saya bubuh kentang dgn kacang panjang. kadang bubuh tomato dgn bendi. bila capati dah abis, makan dengan roti pulak. roti habis, makan dengan nasi pulak. mmg sedap! slurp, terliur bila terkenang balik. :D

    ReplyDelete
  9. Baru balik thursah Melawati beliperiuk tanah after baca catatan kakjee itu ada jual. Beli rm12 saiz biasa...tapi rasanya yg ni tak tau le tahan ke tak nampak macam kualiti kurang sikit....tapi beli je sbb susah benar nak jumpa kedai jual periuk ni lagi lagi kat wangsa maju ni. Kakjee post le resepi resepi guna periuk ni...hehe..thks kakjee

    ReplyDelete
  10. Assalam Kjee said.
    Saya baru shj beli periuk clay pot. Blum menggunakannya lagi sb x reti guna. Ada yg bagi petua, kena remdam smlaman, cuci dgn klapa parut dan xbole guna minyak utk tumis bagi mengelakkn retak or pecah. Betulkah smua petua tu? Trima kasih

    ReplyDelete