Wednesday, July 13, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 13 JULAI 2011


KISAH  TIGA ARTIS

Joey Mengaku Di Mahkamah Mahu Kahwin Lain
Joey (tengah) di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.
KAJANG: Pelakon dan penyanyi, Joey pada Selasa, bersetuju agar kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang difailkan oleh isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini dipercepatkan kerana dia mahu berkahwin lain.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Joey ketika ditanya oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah jika dia mahukan keputusan yang segera dalam permohonan yang difailkan oleh Noraini Mohamad Nasir,44, pada 15 Oktober 2010.
Bagaimanapun, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud,37, mengakui wanita yang ingin dijadikan pasangan hidup bukan Noraini, sebaliknya wanita lain yang tidak dinyatakan namanya.
Semasa ditanya bila perkahwinan tersebut akan dilangsungkan, Joey menjawab: "Tiada tarikh, tetapi pada tahun ini."
Abdul Halim kemudiannya menetapkan 26 Julai ini untuk memberikan keputusan berhubung kesahihan dakwaan lafaz cerai dan rujuk yang didakwa telah dilafazkan oleh Joey terhadap Noraini di rumah kelamin mereka, tahun lalu. - mStar online
KJEE: RASANYA DAH TAHU SIAPA CALON ISTERI JOEY

Bekas isteri Zainal tuntut RM167,102


2011/07/13

Natasha Gabriel Abdullah
Natasha Gabriel Abdullah
KUALA LUMPUR: Bekas isteri vokalis kumpulan Headwind, Zainal Abidin Mohamed atau lebih dikenali Zainal Abidin memfailkan tuntutan hutang nafkah anak berjumlah RM167,102.04 di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam. 

Natasha Gabriel Abdullah, 52, yang juga bekas model selaku plaintif menerusi peguam syarie, Norhusniah Husin mengemukakan tuntutan itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain.
Bagaimanapun, Zainal Abidin, 51, yang diwakili peguam syarie Abdul Halim Bahari, tidak hadir.

Natasha mengemukakan tuntutan itu yang juga hutang nafkah sejak 2002 hingga kini membabitkan yuran persekolahan, kelas agama dan perubatan anak mereka. 

Zainal Abidin juga menghadapi satu tuntutan lain iaitu permohonan mengubah perintah nafkah bulanan, wang perbelanjaan hari raya dan pembelajaran dua anaknya yang difailkan Natasha tahun lalu. 

Dalam tuntutan itu, Natasha memohon nafkah bulanan RM200 bagi setiap anak dinaikkan kepada RM1,200 seorang. 

Turut dimohon, nafkah hari raya diubah daripada RM150 kepada RM300 setiap seorang. 
Bagi nafkah membabitkan pelajaran, Natasha menuntut belanja anak mereka, Mikhail, 18, dinaikkan sehingga RM3,500 sebulan manakala anak perempuan iaitu Timur, 16, RM2,000 sebulan. 

Mahkamah menetapkan perbicaraan dua kes berkenaan pada 24 Oktober ini. 

Mengikut rekod, Natasha bernikah dengan Zainal Abidin pada 24 Mac 1987 dan dikurniakan dua anak iaitu Mikhail dan Timur, sebelum bercerai pada 12 Disember 2000.  - BERITA HARIAN 

KJEE: PERNAH JUMPA ZAINAL ..DIA DAKWA HIDUPNYA KINI TAK SEMEWAH DULU... 


Ekin Mengandung Tujuh Minggu, Mawi Sangkal Jual Banglo
KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mengakui isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin kini hamil 7 minggu selepas berkahwin hampir tiga tahun lalu.
Mawi berkata, dia dan Ekin mengetahui berita gembira itu selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor kira-kira dua minggu lalu.
"Kami berjumpa doktor dua minggu lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu.
"Namun saya tidak berani untuk bercakap banyak kerana ia masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan sebab dalam tempoh seawal itu macam-macam boleh terjadi," ujarnya ketika ditemui semasa rakaman Konsert Raya 1 Malaysia Muzik FM di sini, Selasa.
Jelas Mawi, buat masa ini doktor menasihatkan agar Ekin mendapat rehat secukupnya dan tidak banyak bergerak.
"Dia dinasihatkan agar banyak berehat bagi menjaga kandungannya. Lagi pula dia pernah mempunyai sejarah keguguran dua kali," tambahnya.
Ketika ditanya tentang perasaannya yang bakal bergelar bapa, Mawi berkata dia bersyukur dan gembira dengan berita tersebut.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira. Ini mungkin rezeki selepas menunaikan umrah pada bulan April lalu,
"Saya berharap peminat dan masyarakat mendoakan agar semuanya selamat," katanya yang tidak berharap kepada jantina bayi tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya tentang khabar angin bahawa dia ingin menjual rumah banglonya yang terletak kawasan kelab golf di Bangi, Mawi berkata ia adalah tidak benar sama sekali.
"Saya tidak pernah terfikir untuk jual rumah saya itu. Gosip tersebut tidak benar sama sekali," katanya menjawan desas desus berkenaan berikutan prestasi kerjayanya yang dilihat semakin merudum. - mStar Online
KJEE:  SUKA BERITA MACAM INI





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...