Thursday, July 21, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 21 JULAI 2011

Bantu Ashraf
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2011/07/21

pix_gal0
Modul bimbing golongan hadapi krisis identiti dikaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka modul bimbingan yang dapat membantu golongan yang menghadapi krisis identiti, termasuk mereka yang sudah menukar jantina untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata masyarakat perlu meneliti dan memahami masalah golongan terbabit, bukan sekadar menghukum mereka.


Sambil membidas tindakan segelintir masyarakat yang terus menghukum Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menukar nama dan status jantinanya, beliau berkata masyarakat perlu menawarkan bantuan bagi mengelak golongan itu terus terumbang ambing.

Mohd Ashraf, 25, membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelaki.

Permohonannya menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana ditolak, Isnin lalu.

Mashitah berkata, walaupun belum ada program atau model khusus untuk mendidik dan membimbing golongan ini, namun kes Mohd Ashraf membuka mata banyak pihak termasuk kementeriannya untuk memperkenalkan program khusus untuk membantu golongan ini. 
Mengikut Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang dihubungi semalam, ada lebih 6,000 lelaki berpakaian dan berperwatakan wanita di ibu negara pada tahun 1980-an dan yakin jumlah itu sudah bertambah.

Mashitah berkata, masyarakat tiada hak untuk terus menghukum golongan ini kerana berdasarkan hadis, ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, meneruskan pembunuhan mangsa ke-100 kerana tidak diberi ruang untuk bertaubat selepas menemui seorang alim ulama.

Bagaimanapun, selepas menemui ulama kedua yang memberi ruang kepada lelaki itu kembali ke jalan diredai, akhirnya dia bertaubat dan diberikan keampunan oleh Allah.

“Jadilah kita seperti ulama kedua yang memberi bimbingan kepada mereka yang pernah membuat dosa. Hentikan segera cemuhan, kecaman dan caci maki kepada golongan berkenaan sehingga meletakkan ahli keluarga dalam keadaan serba salah.

“Bagi saya jalan terbaik adalah membimbing golongan ini untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas menjalani pembedahan menukar jantina,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Harussani yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga menasihatkan masyarakat memahami dan cuba mendidik golongan ini bukannya menyisihkan mereka.

Beliau menasihatkan Mohd Ashraf supaya tidak berputus asa dan bertaubat segera serta menerima hakikat kejadian Allah tidak boleh diubah.

Katanya, penukaran jantina lelaki kepada wanita atau sebaliknya, adalah haram kerana seseorang yang dijadikan Allah sebagai lelaki, tidak akan berubah sifat kelelakiannya, walaupun individu itu berusaha mengubahnya.

Malah, katanya, berdasarkan penyelidikan pada 1985, pakar psikologi dan pakar bedah jantina dalam dan luar negara sependapat bahawa alat kelamin yang dibentuk daripada pembedahan, tidak akan berfungsi.

“Jangan lakukan tindakan yang akhirnya membawa penyesalan, sebaliknya segera bertaubat dan berpakaian mengikut jantina asal serta hentikan pengambilan sebarang hormon yang boleh mengubah fizikal dan emosi mereka,” katanya. 

Kes seumpama itu pernah dirujuk ke Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan apabila seorang lelaki menukar jantina pada 1990 dan berjaya mendapat perakuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama kepada nama wanita kerana mahu mengahwini seorang lelaki.

Bagaimanapun, menurut portal rasmi Fatwa Malaysia iaitu e-Fatwa, Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) yang membincangkan perkara itu mengikut hukum muktabar dalam Islam pada 1993 memutuskan penukaran jantina lelaki kepada wanita adalah haram dan permohonan untuk bernikah tidak dibenarkan.  - BERITA HARIAN ONLINE

KJEE: KENAL  "ADIK2'  YANG DAH MELALUI PROSES PERTUKARAN JANTINA

Ibu mangsa bunuh mengamuk


VALLIAMAH (tengah) yang marah anaknya dibunuh mengamuk di Mahkamah Majistret Klang semalam.


KLANG – Sebutan semula kes pembunuhan melibatkan mangsanya seorang peguam bergelar Datuk di Mahkamah Majistret di sini semalam bertukar kecoh apabila ibu mangsa tiba-tiba menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap tertuduh.
Kejadian pukul 9 pagi di dalam kamar mahkamah itu berlaku apabila wanita dikenali sebagai Valliamah, 70-an, memarahi R. Narayanan dalam bahasa Tamil kerana didakwa menyebabkan kematian anaknya, Datuk R. Anbalagan yang juga merupakan majikan tertuduh.
“Kamu datang dari India dan bunuh anak saya, saya sudah habis beribu-ribu untuk dia jadi peguam, kamu senang-senang bunuh dia,” jeritnya sebelum dibawa keluar oleh anggota polis untuk ditenangkan oleh ahli keluarganya.
Sebaik tamat prosiding, Valliamah sekali lagi mengambil peluang untuk memarahi Narayanan ketika tertuduh dibawa keluar anggota polis dari kamar mahkamah.
Narayanan, 24, didakwa membunuh Anbalagan pada 13 Jun lalu di Kuil Sri Ramalingeswarari, Lot 9221 Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat di sini pukul 9.30 malam dengan menggunakan parang selepas mendakwa majikannya itu tidak membayar gaji selain menyimpan dendam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
KJEE: TERINGAT KES DATUK SOSILAWATI


3 comments:

paridah said...

Jangan sesekali terdetik di hati menyesali kejadian dan kelahiran kita. perbuatan yang sangat dimurkai Allah. istigfar banyak2. sesungguhnya kita ini adalah orang2 yang berdosa...

Anonymous said...

kak jee..
saya sangat2 sebak masa tengok front page harian metro harini.. budak umur 3 tahun tersiat kulit kepala sampai nampak tempurung.. diseret dgn van sekolah.. kes tali beg tersangkut kat pintu van..

~ nana ~

Kjee said...

kjee pun tengok tadi. terus tukar tengok berita lain. kat TV3 tengah hari tadi pin ada. kesian sangat!!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...