Friday, July 29, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 29 JULAI 2011


Penjara 6 bulan jika tidak puasa


GEORGE TOWN - Hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 bakal dikenakan kepada umat Islam yang didapati makan di khalayak ramai termasuk pengusaha premis yang menghidangkan makanan kepada mereka sepanjang Ramadan ini.
Tindakan tegas itu diambil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi 'Ops Jejak' termasuk memantau restoran dan gerai makan tepi jalan.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Jaafar Ismail berkata, operasi tersebut dilakukan setiap hari mulai pukul 7 pagi di semua daerah di negeri ini.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
KJEE: DULU ADA ORANG ISLAM KENA NAIK KERETA MAYAT SEBAB MAKAN DIKHALAYAK RAMAI DI BULAN POSE. I LIKE!!

Perogol janji nikah mangsa

Taktik lelaki bebas tuduhan ditolak
KUALA TERENGGANU: Seorang subkontraktor berusia 49 tahun yang dituduh merogol pelajar Tingkatan Tiga merayu Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskannya daripada pertuduhan itu dengan alasan dia akan mengahwini mangsa selepas remaja berkenaan menamatkan persekolahannya. 
Bagaimanapun, rayuan tertuduh, Azman Nor, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang sudah berkahwin, tidak diterima Hakim Azman Mustapha, malah dia juga tidak ditawarkan jaminan.
Azman menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes itu dengan pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Masriwarni Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut pertuduhan, Azman yang berbaju kemeja hijau dan berseluar hitam dituduh merogol gadis berusia 15 tahun jam 11.30 pagi pada 2 Jun lalu, ketika keluarga mangsa tiada di rumah. 

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2) (d) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. 

Mengikut fakta kes, tertuduh menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapanya dan memeluk mangsa yang ketika itu sedang membasuh baju dari belakang, sebelum merogol mangsa. 

Berikutan kejadian itu, suspek cuba menebus kesalahannya dengan berjanji kepada keluarga mangsa untuk mengahwininya selepas dia tamat persekolahan, dua tahun lagi. 

KJEE: MINTAK ALLAH SWT JAUHKAN BAKAL MENANTU MACAM INI



KFC dibenar import ayam keperluan sendiri

KUALA LUMPUR 28 Julai - Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada KFC Holdings Malaysia Bhd. (KFC) untuk mengimport bekalan ayam bagi keperluan rangkaian restoran makanan segera itu bagi mengelak bekalan serta harga ayam tempatan tidak terjejas.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, KFC yang sebelum ini berhadapan dengan masalah bekalan ayam sehingga terpaksa mendapatkannya daripada penternak tempatan, dibenar berbuat demikian dengan kuota 800,000 ekor sehingga hujung tahun ini.
Menurut beliau, kebenaran tersebut diberikan semalam sebagai langkah mengelak bekalan serta harga ayam tempatan tidak terjejas ekoran tindakan KFC yang mendapatkan bekalan ayam daripada penternak tempatan.
"Masalahnya baru-baru ini KFC tidak meminta kelulusan dan ayam (import) sudah sampai ke pelabuhan baru mereka minta (kelulusan). Kita sudah selesaikan dan memberi kuota kepada KFC untuk import ayam bagi kegunaan mereka.
"Selain 800,000 ekor ayam, mereka dibenarkan mengimport ayam yang dipotong (sembilan keratan) dari China dan Thailand yang mendapat pengiktirafan halal.
"KFC kekurangan bekalan ayam kerana ladang mereka menghadapi masalah, kerana itu mereka membeli dari ladang-ladang tempatan. Ini menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ayam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kor Tani Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Gerak Cemerlang Masyarakat Nelayan di sini, hari ini.
Noh mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai masalah bekalan ayam di pasaran tempatan ekoran tindakan pengendali industri makanan segera itu 'mengaut' sumber bekalan daripada penternak tempatan.
Mengulas lanjut, katanya, kebenaran mengimport ayam bukan sahaja diberikan kepada KFC, tetapi mana-mana syarikat yang memohon untuk berbuat demikian.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, dalam pertemuan kementerian dengan penternak pada 25 Julai lalu, mereka memberi jaminan bekalan ayam mencukupi bagi keperluan Ramadan dan Aidilfitri nanti.
"Wakil penternak juga bersetuju harga ayam di ladang ditetapkan RM5.20 sekilogram seminggu sebelum Aidilfitri dan seminggu selepasnya. Terpulang kepada kebijaksanaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tentukan harga di pasaran menjelang perayaan," jelasnya. -UTUSAN ONLINE

KJEE: FIKIR KEPERLUAN MEREKA JER KE? KEPERLUAN PENGGUNA BIASA?

1 comment:

  1. Jgn KFC guna ayam mutasi sudah! Tau tak KFC tidak boleh mengunakan Kentuky Fried Chicken kerana isu penggunaan ayam mutasi ini?

    ReplyDelete