Friday, July 8, 2011

KLIP BERITA SANA SINI 8 JULAI 2011

BERITA MENCEMASKAN
30 murid, empat guru hadapi episod ngeri 7 jam jadi tebusan penagih dadah

MUAR: Isyarat dan aksi mencurigakan yang ditunjukkan empat guru yang ketika itu ditawan seorang lelaki bersenjata parang dan tukul bersama 30 murid tadika Serikids di sini, pagi semalam, menyelamatkan mereka apabila ibu bapa yang menyedari isyarat itu menghubungi polis.Berikutan itu, polis melancarkan gerakan selama enam jam bagi menyelamatkan mereka dan berjaya menembak lelaki yang dipercayai penagih dadah itu.
Lelaki terbabit yang cedera parah di kepala dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk menerima rawatan dan mati pada jam 9.15 malam tadi.
Kejadian di Taman Sungai Abong Cemerlang kira-kira jam 9.45 pagi itu, berakhir tepat jam 3.41 petang, selepas sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis menyerbu masuk tadika terbabit selepas lelaki itu enggan menyerah diri.

Lelaki itu disyaki orang yang sama dalam serangan dua tadika di bandar ini, menggunakan tukul besi pada Mac tahun lalu dan Januari 2009, menyebabkan tiga murid cedera parah berikutan modus operandinya sama.

Dalam kejadian semalam, suspek dipercayai menceroboh tadika itu dengan memanjat pagar sebelum mengugut dan mengurung semua mangsa dalam sebuah bilik di tingkat atas banglo tadika berkenaan. Suspek kemudian mengunci semua pintu rumah menggunakan mangga yang dibawanya sendiri.

Kejadian itu disedari ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke tadika itu, sebaliknya disuruh membawa anak mereka pulang selain memberi isyarat dan menunjukkan aksi mencurigakan dan memberi alasan semua pintu tadika berkunci. 
Untuk berita selebihnya, dapat akhbar Berita Harian hari ini

BERITA NOTIS JALAN2 KL DITUTUP
Operasi Perkhidmatan Di Tiga Terminal Bas Dipindahkan Ke TBS Dan Hentian Duta
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas di tiga terminal bas utama di sekitar Kuala Lumpur akan beroperasi sementara di terminal lain mulai awal Sabtu ini, menurut polis.
Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya akan dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan pada Sabtu ini.
Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta pada hari tersebut, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini.
Beliau berkata kerjasama semua pihak agar mematuhi arahan lalulintas dan anggota trafik yang membuat kawalan di lokasi-lokasi berkenaan diperlukan. - BERNAMA/mStar Online

BERITA ARTIS KAHWIN
GABUNG JADI MIZZ NOH
MEREKA dari latar belakang yang berbeza, namun takdir telah mempertemukan kedua-duanya. Sejak itu, Noh atau nama sebenarnya Mohammed Noh Salleh, 27, sudah terkena panahan asmara Mizz Nina, 31.
Bekerjasama untuk single mereka yang berjudul Kurnia pada bulan Disember 2009, hubungan yang pada mulanya sekadar rakan sekerja itu lantas berputik menjadi pasangan kekasih sekitar bulan Januari 2010.
Dibajai kasih dan sayang, cinta mereka itu mekar subur sehinggalah tiba detik penyatuan jiwa, hati dan nurani mereka menjalani akad nikah pada Jumaat lepas.
Jelas sekali, hubungan cinta yang disirami kemesraan selama setahun lima bulan itu akhirnya menjadi ikatan perkahwinan sekali gus melengkapkan mereka sebagai suami isteri dengan panggilan baharu iaitu Mizz Noh.
Sebuah cinta pasti ada faktor penyebabnya tidak terkecuali pasangan Mizz Noh ini. Saat diajukan soalan kenapa memilih Noh sebagai teman hidupnya, anak bongsu kepada Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad, Tan Sri Azman Hashim itu memberitahu, sifat humor dan rendah diri Noh melengkapkan dirinya yang tenang dan pemalu.
Bagi Noh pula, dia menganggap isterinya itu sebagai wanita sempurna. “Dia cool dan tidak berdrama. Sebab itu kenapa saya cintakan Nina,” tutur Noh bersahaja tetapi penuh bermakna.
Untuk berita lanjut, baca di Kosmo


1 comment:

  1. menakutkan jer..sian budak2 tu, tp berita kt radio pagi td kt mamat tu dh mati mlm td kt Hospital..kan kjee

    ReplyDelete