Saturday, July 9, 2011

KUALA LUMPUR LENGANG - MACAM MALAM RAYA!


Lebuh Ampang kul 10 malam!!

Bukit Bintang macam tak ada apa!!

Kul 10 malam tadi selepas dinner di Ali Tomyam, Unclepali tanya nak ke mana? Kjee jawab biasalah. Jumaat malam Sabtu, KL happening giler. Dah menjadi routine, tiap Jumaat malam Sabtu, kami akan ronda2 KL, tengok lampu2, tengok orang clubbing dan yang sewaktu dengannya.

Unclepali agak skeptikal. Mana boleh kita buat cam selalu, malam ni, katanya. Kan malam ni KL banyak roadblock. Nanti kena halau dengan polis, kata Unclepali lagi. Tapi dia tak pun korner balik. Terus je drive  masuk KL.

Dah naluri hati wartawan. Kalau ada acara2 macam itu, mesti nak pergi jenguk. Unclepali, dalam nak tak nak ronda2, rupa2nya dah standby camera Canon dslr dia. Ekk elehh. Cakap macam baik sangat...konon nak ikut undang2 supaya jangan keluar rumah malam ni. Hehehe.

Dari Kampung Datuk Keramat, kami menyusur keluar ikut Jalan Jelatek dan keluar Jalan Ampang. Kjee tetiba berani2 takut sebab jalan lengang giler. Kalau ada kereta pun, semuanya macam lipas kudung nak balik rumah. Apapun, Unclepali terus drive depan KLCC. Jugak lengang.

Stesyen LRT/Star Mesjid Jamek kul 10 malam!
Biasanya di malam Sabtu, memang ramai orang dan juga mat2 motor berpeleseran depan KLCC. Tapi tidak malam ini. Kjee turut panjangkan leher tengok2 kalau ada polis buat roadblock. Dalam otak dah ada jawapan kalau kena tahan polis. Kononnya nak ke hotel Ritz Carlton amik anak balik kerja. Hehehe pandai nak menipu.

Hampeh! Seorang polis pun Kjee tak nampak. kemudian kami ke Jalan Doraisamy, tempat panas orang clubbing. Kiri kanan jalan kosong! Tak ad kereta atau pengunjung berpusu2 macam biasa. Dari situ, Unclepali terus drive menuju ke pusat bandar. Kami lalu di Lebuh Ampang kemudian Unclepali kornar depan bangunan Telekom pastu masuk ke Jalan Cangkat menuju ke Bukit Ceylon.

Hujung Bukit Ceylon itu adalah Changkat Alor yang memang beezee giler lah dengan pengunjung pelbagai bangsa dan nationality. Tapi, malam ini juga lengang. Eh kenapa? Semuanya takut dan patuh arahan polis, Sudah bagus ni.

Kami juga lalu depan Dataran Merdeka. Kat situ kami nampak penghadang jalan diletakkan hingga entrance ke Kelab Selangor. Tiada apa2 aktiviti disitu. Yang kelihatan hanya truk dan kereta peronda polis. Kemudian Unclepali teringat Stadium Merdeka. Kami terus ke sana. Jugak lengang.

Senario Bandaraya Kuala Lumpur dari jam 10 malam keatas tadi, cukup berbeza. Tak ubah macam malam Raya dimana sesiapa sahaja boleh berbaring atas jalanraya!

Akhirnya kami buat keputusan untuk pulang. Kami tidak jumpa satu pun sekatan jalan raya sepanjang rodaan kami selama dua jam. Ketika sampai depan Bukit Bintang Plaza, barulah ada aktiviti. Pelancung berkeliaran dengan sesaknya, seakan tidak menyedari sebahagian besar Ibu Kota sudah lengang.
Jalan berhampiran Dataran Merdeka ditutup
Dataran Merdeka - ada penghadang jalan
Jalan Tun Perak...boleh barinag atas jalan!
Sebaik sahaja hendak beredar pulang, Nadia tiba2 mengadu sakit dada yang amat2. Unclepali terus drive ke Hospital Ampng yang hanya 10 minit dari situ. Setelah diperiksa ECG dan diberi injection, rupa2nya angin. Itulah kalau asyik nak berlapar sebab nak jaga badan.

6 comments:

Ujie said...

harini plan jln2 ke floria putrajaya je, elakkan ke kl..mesti jam.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

adohai.. ne sume berpuna dari sikat segelintitr orang yang xbertamadun yang menggugat keamanan negara:(

paridah said...

Kalau begini keadaannya selalu memang tenang dan seronok sekali tinggal di KL tanpa apa-apa gangguan masalah kesesakan dan pelbagai lagi yang memeningkan kepala penghuninya...

ani said...

teringin nak g jalan2 kl aihhhhh

ibuintan said...

leh tido atas jalan ye...

Mrs D said...

Teruk juga malam tadi kat Subang Jaya, Kak Jee. Semalam saya tak drive, so my husband patutnya datang ambik kat office. Pukul 11 malam, he wanted to go out from Subang Jaya to go to my office in Damansara Heights, tapi stuck giler memang tak boleh nak keluar dari Subang Jaya. Akhirnya kol 12:30 pagi saya call taxi balik sendiri :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...