Monday, July 11, 2011

MAJLIS TAHLIL, HARI JADI DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Kjee dan Nadia bersama Jaja dan Puan Mazia

Drs Joha Ahmad editor Majalah keluaran Utusan

Huzz bersama teman2nya
Kakak angkat Kjee, Puan Mazia, pemilik Mazia Catering hari ini buat majlis Tahlil arwah suami beliau Ahmad Bustami. Dah dua tahun pemergian arwah abang Bustami yang sangat2 rapat dengan Kjee, Unclepali dan Nadia. Inilah keluarga Kjee terapat selama ini. Malah ramai yang ingat Kjee dan Kak Mazia adik beradik. Adik beradik sepusat sepusing...seorang dari KL dan seorang dari Kuantan.

Makanan ala buffet

Kak Mazia turut buat hari jadi cucunya dan juga ulangtahun kedua perkahwinan anak bongsu dan lelaki tunggalnya, Zul dan Alia hari ini. Kak Mazia kalau buat majlis2 macam ini boleh mengalahkan kenduri kahwin. Siap pasang kemah dan menyediakan buffet makanan yang sedap2.

Hari ini kata anaknya Huraiza yang Kjee panggil Jaja, jemputan tak ramai cuma 500 orang sahaja. Sahabat handai dan keluarga terdekat sahaja. Tapi selalunya kalau buat majlis jemputan sampai 2,000 orang!

Unclepali
Kjee gembira sangat jumpa kawan2 sama2 wartawan dulu seperti Huzz, Drs. Joha Ahmad, Rosli Manah, Abie serta pengurus artis popular Sam Kassim. Mereka adalah tetamu tetap kalau Kak Mazia buat kenduri.

Mewah betul makanan yang disediakan hari ini. Cuma gambar2 makanan je yang diambil tak berapa cantik. Hari ini Kak Mazia jamu tetamunya makan Nasi Ambeng. Arwah abang Bustami orang Jawa dari Batu Pahat. Selain itu banyak lagi lauk pauk yang sedap2 belaka. Begitu juga dengan kuih muih dan buah2 tempatan.

Jaja
Kjee sempat jugak rasa mi udang air tangan kak Mazia sendiri. Sedap sangat. Nanti nak kecek resipi. Selain itu ada juga serawa durian. Terima kasih daun keladi, lain kali undanglah lagi.

Di bulan Ramadhan ini, Jaja yang mengusahakan Mazia Catering bersama kakaknya Lydia, akan membuka gerai di pasar juadah Stadium Shah Alam.Kata Jaja dia akan jual Nasi Ayam Madu Special dan Nasi Briyani. Memang famous Nasi Briyani Mazia Catering.

Nadia dapat hadiah lukisan dari Kak Jaja dia. Hadiah birthday dulu. Dua2nya sama hari jadi..tahun je lain hehehe

3 comments:

paridah said...

Rajin berkenduri tanda bersyukur dan berkongsi rezeki bersama yang lain...Alhamdulillah. Tahniah buat kak mazia semoga dilimpahi Allah rezeki meruah...

Kjee said...

Betul Kak Pidah. Kak Mazia ni memang rajin bersedekah, sejak zaman arwah suaminya lagi. Mudah2an akan bertambah murah rezeki beliau sekeluarga. Insya Allah. Amin.

Idah said...

Alhamdulillah...orang memberi kita merasa..apapun biar bersederhana semuanya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...