Wednesday, July 27, 2011

NASI GORENG DAGING HARUM SEGAR

Cuaca mendung. Gambar pun jadi malap! Hehehe
 Amboi! Hehehe. Gempaq pada nama jer. Yalah nak bubuh nama apa lagi kan? Tapi apabila makan berbau aroma harum dan segar. Sebab? Kjee hiris daun kesom dan daun limau purut dan campakkan ke dalam nasi goreng tu. Tak ker baunya harum dan segar! Kahkahkah.

Anyway, hari ni tak de mood nak masak sebab tak sihat. So Unclepali turun padang (or turun dapur) dan tolong jadi tukang goreng nasi. Kjee duduk depan kuali dan bagi arahan jer masuk itu, masuk ini. Hasilnya, Unclepali kata power.

Mulanya kecik gak hati Kjee apabila Unclepali ambik sikit jer bubuh dalam pinggan dia. Rupa2nya dia kata dah kenyang bekfas heavy pagi tadi. Tapi, belum sempat Kjee habis makan, Unclepali tambah lagi. Sengih jer sambil kata power.

Kalau semalam Kjee buat Nasi Goreng bubuh udang, hari ni Kjee bubuh daging dan kuib lembu knorrs. Tak bubuh kicap tapi kaler dah hitam. Pastu bubuh jugak tomyam paste, nak bagi lebih tendang (kick). Hehehe.

Adalah kelainan sikit sekarang ni kalau Kjee buat Nasi Goreng. Kena ubahsuai sana sikit supaya tekak kita tak boring. Tadi Kjee guna daging batang pinang. Itu jer yang ada dalam fridge.

Okaylah asyik bebel jer. Jom kita intai resipinya.

BAHAN2NYA:

2 mangkuk nasi
daging (ikut suka)
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
cili api (ikut suka kepedasan)
1 kiub lembu knorrs
1 sudu besar paste tomyam
kicap nampla/kicap cair
daun limau purut
daun kesom

CARA:

Daging dihiris panjang2 dan nipis2. Bawang besar dipotong bulat setebal ¼ inci. Cili api dan bawang putih ditumbuk halus.

Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bahan tumbuk dan goreng hingga wangi. Pastu masukkan daging. Goreng hingga daging masak. Masukkan paste tomyam dan kiub lembu. Masak sampai rata seketika. Kemudian masukkan nasi dan besar api. Kacau pantas2 hingga semua ramuan sebati dengan nasi dan bergaul rata.

Perlahankan api, taburkan daun limau purut dan daun kesom yang telah dimayang halus. Rasa. Kalau tak cukup masin, masukkan kicap cair atau nampla ikut kesesuaian. Padam api dan hidang.

Kjee suka letak dedaun tadi banyak2 supaya bangkit aromanya jadi harum dan segar!

5 comments:

AZLITA AZIZ said...

adoiii... terliurnya...
mesti sedap dan harum bau daun limau perut dan daun kesum..
ita kalau lauk pauk atau apa2 aje le.. letak daun limau perut dan daun kesum mmg ita suka.. tak tau kenapa suka sangat dgn bau dia.. membangkitkan selera.. nanti ita nak cuba resepi kak jee ni.. boleh kan kak jee??

kak jee tak sihat ke?? banyakkan berehat.. jangan lupa ambil ubat dan minum banyak air masak... semoga kak jee cepat sihat.. :))

Kjee said...

laaa Ita...limau purut. daha dua orang kata limau perut. kahkahkah. memang sedap bau dedaun tu kan? kalau bubuh daun selasih pun sedap jugak.

kjee demam biasa jer. nanti sihat ler.

Zaliedana said...

Assalam kak jee bestnya da hubby n anak dara yg rajin turun dapo..Sedap nmpak nasi goreng nih..Leh try nanti,da kelainan kan letak daun kesum n daun limau,xla daun kesum yg dibeli kecut jer pas wat asam pedas,hehe..
Moga akak cepat sihat,jaga diri leklok ya..

mala said...

eemm harumnyaaaaaaa

cik cek said...

Salam Kak Jee...

Mcm janji2 lak kita...cek pun makan nasi goreng semalam...ringkas ...mudah dan sedap...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...