Tuesday, July 26, 2011

NASI GORENG PRINCESS



Princess mana pulak? Princess mana lagi...Nadia lah. Lepas masak, sambil makan berdua tadi, dia sempat pesan suruh tulis Nasi Goreng Princess Nadia! Ahhh tak kuasa aku. Dia kata kalau resipi tu ciptaan sendiri, kita bubuhlah apa2 nama yang sedap, sesedap rasa masakan tu, bebel dia sambil makan.

Ya lah tu! Nama sesedap nasi goreng yang dia masak. Betul ke sedap? Mana tak sedapnya, Dia masukkan ½ kg udang yang kasar2.

Hehehe teringat dulu arwah mak. Sama gak camni. Kalau kita masak, pastu suruh dia test, dia akan kata...Camner tak sedap, kau bubuh udang sekilo. Mak takkan puji depan2. Bila kat belakang baru dia bagitau bapak yang Kjee tadi masak sedap sangat. Tak aci buat cam tu kan?

Anyway, tadi memang sedap Nasi Goreng Nadia buat. Macam2 dia masukkan. Selagi tercapai dek tangan. Dia letak sikit tomyam paste dan suruh Kjee hiris daun limau purut dan juga daun selasih yang dah tinggal nyawa2 ikan. Pedas dan sedap sangat. macam makan kat restoran bukan buat sendiri kat rumah!

Syhhh dia dah tak der...keluar gi appointment dengan dentist. Eh bukan...bukan pergi appointment macam dating tu...tapi temujanji buat scaling. Tapi dentist tu handssssome giler. Kalau jadi menantu pun okay gak. tapi sayang dah jadi hak orang. Pantang nenek moyang aku....oppsss!

Okay kita tengok resipi Nasi Goreng Princess si Nadia punya ni.

BAHAN2NYA:

2 mangkuk (rice bowl Cina) nasi
udang (suka hati banyak mana)
cili api (pun suka hati banyak mana)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu kecik paste tomyam
sedikit ikan bilis
daun limau purut
daun selasih
kicap nampla
sedikit kicap manis (cap kipas udang) untuk warna
3 sudu minyak

CARA:

Udang dibersihkan dan buang kepala dan kulit kecuali ekor. Tumbuk cili api bersama bawang putih dan bilis. Bilis biar kasar2. Potong bawang besar bulat2. Mayang halus daun limau purut (kalau boleh yang masih muda) dan daun selasih. Tepikan.

Panaskan kuali dengan minyak. Masukkan bawang besar dan goreng sampai layu. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng sampai wangi. Pastu masukkan udang, digolek2 sampai masak dan keluarkan udang. kemudian masukkan 1 sudu kecik paste tomyam dan 1 sudu besar air. Kacau sampai rata. Pastu masukkan nasi dan kicap nampla serta kicap manis untuk kaler. Kjee tambah sikit lagi minyak sebab nampak kering sangat. Kjee guna minyak jagung.

Besarkan api dan apabila hampir sedia elok masaknya, masukkan kembali udang dan taburkan hirisan daun limau purut dan daun selasih.

Padam api dan hidang.

Nadia tadi kata, rahsia masak nasi atau mi goreng atau kway teow goreng adalah kuali dan dapur. Kitaorang guna dapur antik masa Kjee meniaga dulu. Apinya punyalah besar. Kalau buat makanan goreng2 macam ni, api kena besar supaya rasanya ada sedikit2 macam garing. Baru sedap.

Kjee berpendapat sebab itu ramai yang Kjee ajar buat Penang Fried Kway Teow kata tak sama cam Kjee buat sebab kuali dan dapur yang digunakan. Tak percaya korang tengok orang yang jual mi goreng atau nasi goreng. Api dia macam hembusan nafas dragon! Itu yang buat sedap tau!!

5 comments:

Anonymous said...

memang nampak sedap...:)azlinda

Zaliedana said...

Assalam kjee,sedap sgt nmpak nasi goreng princess nih..Kalo letak udang byk pon,xkena gaya,xsedap gak kan kjee,air tangan pon memainkan peranan gak kut..Hehe..

ummiarissa said...

Kjee...saya tak cuba masak lagi dah tau sedap..sebab bubuh pes tomyam...saya dah pernah makan nasi goreng yang dibubuh pes tomyam...ohhh buat sendiri lagi mewah...buh udang banyak2 kan,,,mesti buat!

MamaFaMi said...

Mesti kembang setaman kalau Princess Nadia baca komen mamanya kat sini.. ahaks...

My late dad pun macam Kjee tau. Bila kita tanya, sedap tak abah? Nanti dia jawab.. ooookaylah.. ala ala nak ambil hati punya jawapan. Tapi nanti, dengan mak, dia akan cakap, si Ayung punya kuah sedap. Hihihi...I like!

irmi said...

Sambil tulis resepi...kecur air liur...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...