Tuesday, July 26, 2011

PERKAHWINAN 12-JUTA ARTIS

Kjee malas sangat2 nak war-war kisah mempelai dua sejoli yang nak kahwin atas tajaan ni sampai berbelas juta hengget ini. Satu kerana si artis perempuan ni selamba merentap kasih sayang sebuah rumahtangga yang dibina hingga melahirkan tiga zuriat.

Pastu macam2 mereka spin atau putaq sampai kita yang membaca kisah2 mereka di akhbar dan majalah pun naik pening. Tetapi apabila sahabat Kjee, Saodah Ismail menulis dalam kolumnya di Agendadaily.com, rasa2nya korang baca jer lah yang yang diluahkan oleh Oda. Kalau Kjee, hmmm tak akan tulisan dah...buang masa aku jer!!!








Norman – Memey, nak kawin ke nak buat show?





norman-memeyBARU KISAH artis kahwin dengan tajaan ribu-ribu dan sekarang dah masuk juta-juta, bukan benda yang menghairankan. Memang itulah ceritanya setiap kali ada artis kahwin.Semuanya berlumba-lumba nak dapat penaja.Lagi besar, maknanya lebih popular dan lebih glamour. Dapat liputan besar-besaran di akhbar, majalah dan stesen TV.
Percayalah inilah yang dimahukan oleh penaja, agar produk mereka dapat liputan meluas dalam media.Ini, yang bakal berlaku dalam perkahwinan Norman Hakim, 35 dan Memey Suhaiza, 23 dua bulan dari sekarang.
Jadi, apabila pasangan yang kes tangkap khalwatnya masih “on” ini umumkan tentang tajaan mereka dalam sidang akhbar dengan penaja, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini mainan pihak penjual barangan untuk membolehkan produk mereka dipamerkan secara meluas dalam media, apa lagi dengan pasangan yang penuh kontroversi hubungannya seperti Norman dan Memey.
Yang saya hairan  dan juga kasihan adalah bakal pengantin. Nak ketawa pun ada.Bukankah ini pasangan yang dulunya beriya-iya tidak mengaku bercinta dan selepas itu bagai nak rak juga menafikan akan berkahwin. Dan oh ya, semua cerita itu terbongkar lepas mereka kena tangkap khalwat.
Saya rewind cerita ini bukan nak aibkan pasangan yang tengah mabuk cinta ini, maklumlah nak jadi pengantin. Tapi sekadar mahu menyatakan betapa jika cerita itu benar, diam aje sudahlah. Atau kata saja no komen, cukup. Tak usahlah cakap bohong dan cuba tegakkan benang yang basah.
Okaylah sekarang ngaku nak kahwin. Baguslah. Tak perlulah main drama, kalaupun mereka ini memang itu kerjanya dalam industri ini –main drama. Sebab bila terlalu banyak main drama, dalam dan luar kamera, orang tak berapa suka. Maklumlah sejarah cinta mereka, semua orang sudah tahu, ada hati yang sengsara dan kerana itu saya kasihan juga dengan berapa banyaknya orang yang mengutuk Memey sehingga kini. Bacalah dalam forum-forum hiburan, hampir semua yang memberikan komen negatif terhadap mereka.
Mungkin ini soal jodoh. Tapi masih belum terlewat untuk Norman dan Memey membersihkan nama dan betulkan mana yang silap. Jika perlu, tak payahlah besar-besarkan cerita kahwin RM12 juta. Utamakan yang wajib dan bersederhana sajalah, tak perlulah megah dan riak kerana itu bukan menjamin kebahagiaan dalam rumahtangga yang bakal dibina, pertama buat Memey dan kedua kali bagi Norman.
Lebih besar pahalanya kalau majlis diraikan dengan 12 juta anak-anak yatim yang doanya sudah tentu akan dimakbulkan Allah daripada tajaan RM12 juta yang lepas itu tak ada apa-apa (kerana semua yang ditaja kena pulangkah lepas pakai, tak gitu?).
Kerana, dalam sebuah ikatan perkahwinan, yang dicari adalah keredhaan dan keberkatan,  bukan glamour. Tak gitu ke, wahai Norman – Memey?-25/7/2011

9 comments:

paridah said...

Telornya sebiji riuhnya sekampung n indah khabar dari rupa kot...

MamaFaMi said...

Sangat setuju dengan tulisan Odah, part raikan dengan anak yatim tu. Lebih berkat majlis, lebih banyak pahala yang boleh diperolehi. Andailah duit sebanyak itu disalurkan kepada pihak yang lebih memerlukan, alangkah baiknya. Apa-apa pun, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin

Ayu said...

Kjee..tgk entri jer dh x minat nk baca hbis tp nk komen gak...x suka x suka dgn dia...esp yg pempuan 2

Anonymous said...

duk canang kat org yg ko kawen tajaan 12 juta, tp dh settle ke hutang pituang ko kat Abby?..errmm...pkir2 laa...

Rahmah Ram Ram said...

Semoga berkekalan hingga ke anak cucu...harap-harap janganlah kahwin beria-beria berhabis berjuta berpuluh ribu habis-habis nanti ke Pejabat Agama juga akhirnya...time tu semua orang tak betul masing-masing menunding jari itu tak betul ini tak betul...anak-anak terabai sambil tengok aje emak dan bapa sanding lagi...hai lumrah hidup ye kak jee...

Anonymous said...

hmmm..ni namanya org tak tahu malu..da ditangkap khalwat de hati lagi nk buat majlis kawin grand giler...ni la dunia akhir zaman kan..yang buruk laku dipuja puji..kesaian kt abby..semoga dia tabah dgn ujian dari Allah utk dia dan semoga bertemu jodoh yang jauh lagi baik dr bekas suami yang suka berkhalwat tu...n utk memey ..da jd isteri nanti br tahu rasanya kl suami berkhalwat dgn org lain..all the best to her..suzi fauzi

Anonymous said...

Ini Saodah Ismail yg tulis kat BM Spore ke?
Hormat Puan Saodah. Susah nak jumpa wartawan yg berani & peka/insaf tentang natijah dari tindak tanduk manusia2 yg sepatutnya jadi contoh yg baik.

MAK TEH said...

ini la dunia sekarang ...sekarang memey,lepas in siapa pula ya..kena tanya norman tuuu

Anonymous said...

Kalau glamour betul2 tak pa jugak, ni setakat drama jd watak2 kecik....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...