Thursday, July 14, 2011

SAMBAL TERUTUP IKAN PARANG




Lauk ini asalnya dari Johor. Kjee belajar masak lauk ini semasa Kjee anak dara lagi dan tinggal serumah dengan kawan2 wartawan yang berasal dari Johor. Tapi heran jugak apabila Kjee berkahwin dengan abah Nadia, keluarganya yang asal dari Batu Pahat pulak tak pernah dengar pasal lauk ini. Whatever lah.

Cara masa lauk ni macam masak sambal ikan biasa cuma ada tambahan serai dan lengkuas. Sambal biasa mana ada kan? Dan Kjee tambah lagi satu bahan iaitu bunga kantan sebab ada dalam peti ais. Kalau tak ada pun tak apa. Tapi apabila makan ada bau bunga kantan, sedap jugak kan?

Sambal terutup ni ada tiga rasa iaitu  masam, manis dan pedas. Boleh guna apa jua ikan untuk resipi ni. Kjee selalu jugak buat guna ikan tenggiri dan juga ikan kembung. Tapi Kjee tak pernah buat guna ayam. Kawan Kjee yang ambil resipi ini dengan Kjee beritahu dia buat sambal terutup ayam. Rasanya pun okay gak. Ada kelainan daripada sambal biasa.

BAHAN2NYA:
3 ekor ikan digoreng (kjee guna 3 potong ikan parang)
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas *
2 batang serai *
1 batang bunga kantan (optional) *
segenggam cili kering direbus, tos * (Kalau nak pedas tambah ler lagi)
garam, gula 
3 sudu air asam jawa

CARA MEMBUAT:

Ikan dibersihkan, bagi garam kunyit dan goreng. Blend semua bahan bertanda * kecuali cili kering (blend asing). Tumis bahan2 blend hingga wangi. Pastu masukkan cili kering yang juga telah dikisar halus. gorenglah sampai garing dan naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Tadi kjee bubuh dua sudu besar gula. Kacau sampai rata. kemudian rasa. Kalau dah cukup rasa, masukkan ikan yang telah digoreng  dan golekkan dalam sambal. Perlahankan api. Siap. Selamat mencuba.


5 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam Kjee,lama tak jenguk sini sebab sibuk kat kindy,Kjee sihat?.Nanti nak cuba buat la sambal terutup ni.Harap-harap tak jadi sambal tertutup la pulak ya.

Kjee said...

Puan Ros: Insya Allah tak tertutup...terbuka selera lagi, adalah. Hehehe

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Kak jee tak payah panggil puan Ros .Panggil Ros aja.Puan Ros tu pangilan resmi kat kindy.Kita guru besar so kena la budak2 dan ibu bapa panggil puan. Luar sekolah Kalau panggil Ros rasa lebih mesra la kan.

Kjee said...

wokey Ros. hehehe

Anonymous said...

Kak Jee..masakan terutup nih masakan org JB..kalau guna ikan Kitang atau ikan Debam pun sedap...tak kisahlah apa-apa jer..janji pedas...sedappp

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...