Sunday, July 31, 2011

SAVOURY BEEF + EGG PUFFS

Tu dia benjolnya






Kalau buat masakan omputih kena tulis cam tu...savoury beef plus egg puff..baru ada kelas. Cam biasa tak tahu low class ke high class. Sebenarnya, Paf inti daging dan telor rebus yang pedas. Itu jer.

Hari tu Kjee buat tapi tak bubuh telor. Kali ini teringin pulak nak bubuh telor rebus macam yang selalu beli kat Angel Cake House. Sekarang dah tak ada lah bakeri tu. Kjee belajar makan puff dengan telor rebus kat situlah. Bukan Kjee kerja kat bakeri tu tapi selalu beli kat situ.

Inti yang Kjee buat hari ni sama jer cam biasa. Cuma Kjee bubuh sikit frozen peas.

Nak tahu resipi dia, jom intai.

BAHAN2NYA;

400 gms daging cincang
1 biji kentang yang kecik
1 labu bawang besar yang tak besar
2 sudu frozen peas
2 sudu rempah kari daging
puff pastry jenama kawan secukupnya
telor rebus secukupnya

CARA:

Belum apa2 lagi, kena keluarkan puff pastry dan letak pada suhu bilik. Kemudian sediakan inti. Kjee rebus sekejap daging cincang. Apabila mendidih, terus tos buangkan airnya. Kjee rasa korang tahu kenapa. Yang tak tahu...daging cincang banyak lemak. So kalau rebus, lemak dia cair. Bila kita toskan airnya dan buang, lemak tu masuk sinki bukan perut kita. Faham? Tak faham buat2 faham.

Kentang dibuang kulit, dadu kecik2 dan celur sekejap sampai separuh masak, Tepikan. Bawang didadu.

Panaskan sedikit minyak. Kjee guna olive oil. Kemudian bila panas, masukkan bawanag dan tumis sampai layu. Masukkan 2 sudu rempah kari, kacau pantas2 dan bubuh kira-kira dua sudu air. Kemudian masukkan daging dan kentang. Kjee bubuh pak aji. Kalau korang tak nak, polis tak tangkap. Pastu masukkan garam dan kacang peas yang frozen. Golek2 seketika sampai cukup rasa kemudian padam api dan sejukkan.

Panaskan oven. Set kepada suhu 190 darjah.

Ambil sekeping pastry. Letak atas pinggan. Kemudian letak satu sudu inti daging. Letakkan ½ biji telor rebus diatas inti tadi. Kemudian ambil sekeping lagi pastry dan toreh2. Tutup atas pastry tadi. Kelim tepi dengan garfu. Bakar selama 25 minit atau sehingga cukup garing. Sepatutnya di berus dengan egg wash tapi tadi lupa.

Buatlah seberapa banyak yang suka. Boleh jugak buat pesen tiga segi.

Tadi ada banyak inti berlebihan. Esok buatlah murtabak pulak kan?

Kalau nak respi puff apple, klik sini .



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...