Tuesday, July 5, 2011

SEORANG DEMI SORANG MENYAMBUT PANGGILANNYA


Pada 22hb June yang lalu, adik bongsu Kjee, Hajah Fazilah pergi menyahut seruan Illahi. Dan genap 13 hari kemudian, ibu saudara Kjee, Hajah Zaleha Abdul Majid, 70 tahun pula menyusul.

Pemergian adik dan ibu saudara yang kami kasihi ini memang dapat kami jangka kerana kedua2nya telah memberi petanda pemergian mereka kerana mengidap penyakit kronik. Cuma tarikh dan masanya ditentukan Allah SWT.

Adik Kjee, Prof Dr Hajah Fazilah  mengidap kanser payudara yang kemudian merebak ke tulang temulangnya dan kemudian otaknya. Selama empat tahun arwah cuba melawan penyakit itu, tetapi akhirnya kecundang.

Arwah Datin Hajah Zaleha Majid pula mengidap penyakit buah pinggang yang memerlukan beliau menjalani dialysis atau mencuci darahnya setiap hari. Kalau tidak silap Kjee, arwah juga sakit lebih dua tahun. Arwah pernah mengajar di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dan meninggalkan suami tercinta Dato Zainal dan dua orang anak dan empat cucu.

Beliau seorang ibu saudara yang gemar bergurau tetapi cukup tegas. Malah, beliau antara guru2 Convent Bukit Nenas yang disegani dan digeruni. Tetapi Kjee rasa, cucu2nya seramai empat orang akan terasa sangat2 kehilanganya nenek mereka. Arwah adalah seorang nenek yang cukup penyayang dan turut membesarkan cucu2nya dengan tangannya sendiri.

Bagaimana agaknya rasa apabila kehilangan dua anggota keluarga tersayang dalam masa dua minggu? Kjee tidak ada jawapannya. Masih bersedih dengan pemergian adik tersayang, kini seorang ibu saudara yang juga disayangi dan dihormati juga sudah pergi.

Tadi sewaktu menziarahi jenazah arwah Aunty Leha, Kjee berpelukan dengan anak2 arwah adik Kjee. Anak sulungnya Aimran akan kembali ke London minggu depan untuk majlis convocation di London School Of Economics. Pasti suatu ketika dulu, arwah adik Kjee menanti2kan majlis convocation anak sulungnya itu dengan penuh debar.  Tapi apakan daya...

Kjee begitu sebak hari ini kerana dapat berjumpa ramai saudara mara yang semua sudah melewati taraf warga emas. Sebelum pulang, Kjee berpelukan dengan setiap anggota keluarga wanita. Panjang umur, kita jumpa lagi ya, Kjee berbisik sambil kami berpelukan. Insya Allah.

Siapa agaknya yang akan dijemput mengadapnya selepas ini? Wallahualam.

Pohon sedekahkan Al Fatihah buat Hajah Zaleha Abdul Majid dan Hajah Fazilah Abdul Samad. Terima kasih.

17 comments:

Mat Gebu said...

Takziah kak jee dan al-fatihah, moga roh arwah dicucuri rahmat..

MamaFaMi said...

Inilah perjanjian kita dengan Allah SWT. Bila tiba masanya, kita akan dijemput pergi. Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Aunty Kjee. Semoga roh Allahyarhamah aunty dan adik Kjee tenang di persemadian dan ditempatkan dikalangan golongan beriman. Amin.
Al Fatihah.

HaSue said...

Takziah buat kjee sekeluarga..harap tetap tabah dengan pemergian org tersayang..mmg terasa je pemergian org2 yg rapat dgn kite kan.. semoga mereka ditempatkan dikalangan insan yang terpilih..al fatihah..

Diana @ Melley Mey said...

Salam takziah dari diana.. Al-Fatihah..

mala said...

Al-fatihah untuk arwah Hajah Zaleha Abdul Majid & Hajah Fazilah Abdul Samad. Take care kakjee xoxo

I • BAG • YOU said...

alfatihah... terkejut bila baca ttg pn.zaleha. saya slh sorg ex student arwah masa belajar di cbn (1).

AURARASA said...

takziah kjee...alfatihah buat arwah berdua...

mn fija said...

alfatihah semoga tabah ya Kjee..

nik said...

Kak G.. mmg sakit menghadapi kehilangan org tersayang.. mudah2an yang pergi mendapat rahmat ilahi..yang tinggal terus diberi kekuatan menjalani kehidupan...alfatihah...

Ijahans said...

Al Fatihah ... semoga arwah ditempat di kalangan mereka yang beriman...
Ija pernah kehilangan 2 insan kesayangan dalam waktu terdekat. Mula mula Arwah mak sedara yang dah lama sakit cancer.. selang dalam 38 hari arwah ibu ija plak menyusul. Dah lama sakit kencing manis.Mereka ni adik beradik yang sangattt rapat. Rumah tak jauh mana tapi kalau mereka bergayut di telefon mengalahkan org bercinta, sikit punya lama. Masa orang mandikan jenazah arwah mak sedara, katanya jenazah lembik, so dia kata ada yang ngikut. Rupanya arwah ibu ija yg menyusul...Since that ija dan sepupu close sangat sebab masing2 kehilangan ibu tersayang. Al Fatihah buat arwah Che Ngoh dan arwah mama..

AI said...

- salam takziah buat k.jee sekeluarga...

salbiah said...

Salam takziah k. Jee, semoga roh mereka d cucuri rahmat. Amin.

Hjh Noralenna Abbas said...

Takziah KJee,..semoga roh arwah di rahmati Allah SWT.Al Fatihah

Nur68 said...

Salam takziah utk Kjee sekeluarga. Saya pun kehilangan makcik tersayang, first cousin ibu yang meninggal dunia semalam. Al-fatihah.

amimarz said...

Salam takziah utk Kjee sekeluarga & Al-Fatihah utk kedua arwah.

secangkir madu merah said...

Al-Fatihah untuk arwah Hajah Zaleha Abdul Majid & Hajah Fazilah Abdul Samad yg telah pergi mengadap yg Maha Pencipta semoga roh mereka dicucuri rahmat dan salam takziah buat kak Jee dan keluarga semoga tabah dan sabar..

sharifah rosidah said...

takziah dan al-fatihah diatas kehilangan kedud dua orang tersayang.

hidup pasti akan mati jua jee begitu juaga semasa aku kehilangan arwah bahayah, walaupun masih ada adik beradik yang lain tapi tak sama sbb aku jumpa dan kawin dengan SB pun kerana dia, SB adalah adik angkat kesanyangan dia. kamimbukan macam adik beradik tetapi macam sahabat baik so bila dia pergi dua tahun aku ambik masa untuk melupakan segala kenangan manis semasa bersama dia.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...