Sunday, July 3, 2011

SOALAN CEPUMAS - KENAPA KJEE REMOVE AWAK!


Semalam Kjee ada baca luahan hati seorang yang tidak Kjee kenali di page Kongsi Resipi di Facebook. Dia kesal kerana baru sahaja mengenali seseorang. Tiba2 dia diremove tanpa sebarang notis. (Bukan Kjee tau).

Hmmm biasanya kalau kita nak remove seseorang dari friend list kita, mana ada notis kan? Hanya di sebelah kita, selain tangan segera menekan unfriend atau block, mulut tak habis2 menceceh atau marah2. Betul tak? Kalau seseorang yang kita add tanpa kita kenali, apa agaknya yang menyebabkan kita nak remove dia?

Okay Kjee tak payahlah tanya korang. Tanya diri Kjee sendiri kenapa Kjee remove atau block orang. Satu kerana orang itu telah membuat Kjee rimas untuk terus menyambung friendship. Kjee kata friendship bukan persahabatan kerana perkenalan itu belum sampai tahap jadi sahabat. Takkanlah nak sewenang2 kata seseorang itu sahabat kerana baru jer kenal di  alam maya ini.

Rimas? Rimas macam mana? Hmm macam mana yer? Kjee pasti ramai yang sudah tahu Kjee ni manusia yang boleh bergurau dan cepat mesra dengan sesiapa sahaja. TETAPI ada kalanya gurauan yang terlalu menyentuh peribadi, menyebabkan Kjee cukup2 rimas.

Kjee tak kisah kalau nak kata Kjee gemuk, obese, badan besar gajah, tong drum atau macam guni beras. Memang Kjee macam tu. Habis nak buat macam mana? Apakah kalau kita tak suka dengan tubuh kita, kita boleh tekan swis dan tukar jadi seperti yang kita inginkan? Tak boleh kan? So, tak payahlah nak ingatkan Kjee yang Kjee ni gemuk, debab, montel dan sebagainya. Korang tak payah cakap, Kjee dah tahu.

Yang buat Kjee mual dan terus remove atau block terus ialah insan2 yang bila Kjee tulis pasal masakan, cepat2 dia akan kata. Jaga2 nanti kena kencing manis, atau darah tinggi atau sakit jantung. Atau dia akan kata..durian banyak kolestrol..Eh aku tahulah keadaan kesihatan aku. Kjee memang cukup2 rimas dengan orang seperti ini.

Kjee memasak pun sebab nak kongsi resipi dengan kawan2. Bukan sebab Kjee nak makan hingga membahayakan kesihatan Kjee. Korang tahu tak yang walaupun Kjee tak ada penyakit merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya (touch wood) tapi Kjee amat menjaga pemakanan.

Kjee tak minum air bergula. Semua air minuman Kjee, 'O' belaka. Kjee catu nasi (kebetulan tak suka makan nasi) dan hanya ratah lauk. (Itu pun tak kurus2 jugak). So bab jaga makanan untuk kesihatan, you all leave it to me.

Jadi, budak di page Kongsi Resipi tu, kalau pelik kenapa orang tetiba remove awak, muhasabah diri dulu. Tanya pada diri sendiri kenapa orang remove awak. Adakah kerana awak komen terlebih2 hingga menyakitkan hati dia?

Kjee seringkali juga remove orang yang baru sejam dua Kjee approve friendship, tiba2 buat Kjee ni macam dah lama kenal. Nak bergurau lebih2. Ehh lu ni siapa? Baru seminit tadi aku approve dah nak lebih2. Kalau lama duduk dalam friend list nanti, boleh naikkan darah aku tau!!!

Kjee adalah seorang kawan yang cukup telus dan tulus. Ramai daripada friend FB Kjee, sanggup meluahkan segala masalah peribadi mereka kepada Kjee kerana ketulusan dan telusan Kjee. Kalau korang pun, Kjee rasa tentu korang rimas kan dengan insan2 yang baru seminit di approve, kerjanya asyik nak private mesej.

Kalau apa yang dia nak tahu tu peribadi sangat tak apa. Ini soalah macam Kjee ni ada berapa orang anak? Sekarang dah tak berlakon ker? Buat kerja apa? Eh itupun nak tanya dalam private. Tanya ajelah kat open wall kan?

Ada species yang baru sekejap kenal Kjee, dah nak buat Kjee ni macam property dia. Nak bergurau over2 kat wall FB, kononnya nak bagitau semua yang dia rapat sangatlah dengan kita. Isyhhh rimaslah.

So kepada mereka yang pernah Kjee block tapi boleh masuk kat blog ni, Kjee beritahu dulu Kjee tak tapis komen sesiapapun kat blog ni. Tapi oleh kerana mereka yang telah diremove mula nak maki hamun di blog Kjee maka Kjee terpaksa tapis.

Itu jer. panjang lebar sangat macam nak tulis novel pulak. Hehehe.

The moral of my entry...buat baik berpada2. Jangan amik kesempatan semata2 kerana kita hanya kenal di alam maya. Jagalah hati masing2 kalau nak lama berkawan.

24 comments:

Azlina amir said...

munasabah diri lebih baik... suke kjee... x yah ckp selindung2... straight to the ampang point... hehehe

Kjee said...

hehehe azlina...straight tu ampang point naik lrt.

aesh came said...

hehe mmg patut ditegur org2 ni~~ "like"

ShashaCatering said...

Tak kisah Kjee nak buat apa pun. Ikut Kjee lah yang mana patut.
Semoga semuanya terbaik untuk Kjee. ;)

Anonymous said...

kenape mereka2 ni tak ikut perkembangan dengan membaca...dan nor tak suka orang macam ni suka2 tegur macam dakter pulak...

atnur @ Iza said...

assalamualaikum, Kak Jie! selamat pagi! :)

2500? :O ramainya kena block dgn Kak Jie... xde salah pun block sape² kat FB sbb tu mmg hak Kak Jie. saya pun ada block friends jugak... bersebab.

yg dlm block list saya x sampai pun 200 org (br kejap nie kira). saya block pun sbb diorg x reti bahasa, dok spam MLM, virus, tagging outside FB, etc kat wall saya. so saya block je terus. sbb kalo remove je, nanti saya lupa yg saya dah pernah remove diorg sbb spamming. so bila block, dah x perlu nak pening kepala lg dah.

bab private msg tu saya x kisah sgt tp kalo spam inbox mmg saya block jugak. yg dok mengorat pun, saya block jugak sbb x reti bahasa. yg dok invite event mengarut berkali², yg tu pun saya block jugak. yg dok tag² dgn benda yg xde kena-mengena dgn saya pun kdg saya block jugak. tengok mood. kalo mood saya baik, saya untag je. kalo tgh bad mood, saya report kat FB je for spamming. lepas tu block terus. nasib la. sbbnya saya dah taip sehabis detail dah dekat About Me saya tu. kalo diorg x nak baca sblm add saya, bukan salah saya sbb saya dah warning awal². hak saya nak add, remove or block sape² sama je spt pengguna² FB yg lain...

Kjee said...

salam Iza. Lupa lak nak tulis tadi. List yang Kjee remove dan block termasuk yang jual2 barang2, yang mat2 nigger dari luar negara yang nak berkenalan kononnya Kjee ni pompuan paling cantik dia pernah jumpa dan selalu termimpi2! Kurang sambal betul! dan apa lagi hah? lupa lak. hehehe

atnur @ Iza said...

hehe! kelakar kan diorg yg nak mengorat² nie? slalunya soklan 1st yg ditanya, "hi, are you single?" kalo mood saya tgh ok masa tu, saya reply je, "hi, did you read my profile before adding me?" :D kalo tgh bad mood, saya terus block.

kalo Kak Jie nak tau, dulu² saya nie x berani nak remove & block org. sbbnya takut ada yg terasa. tp dah lama² tu sbb dah annoying sgt, terpaksa jugak le saya remove & block jugak. sbb tak nak sakit hati... cuma kalo family & real life friends dok spam² tu, saya call je diorg terus bgtau jgn spam saya lg kalo tak, saya block jugak. :P lepas ckp macam tu, br la diorg takde spam jugak. yelah, saya dah ckp kat diorg, saya tak nak beli apa² pun kat FB. kalo saya nak beli apa², saya akan tanya diorg directly or check album diorg. so jgn le spam & tag² saya. hehe!

mama liza said...

saya suka sangat apa yg kakjee tulis ni.... banyak sangat yang suke bergurau psal hal peribadi... macam dh tak da soalan lain jer nak tanya....

ummiarissa said...

ada jugak Kjee,kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa,bila kita approve jadi kawan kita,diorang bantai bergurau macam zaman tak kawin dulu,kadang-kadang suami baca,kita nak jaga hati suami..diorang ni tibai gurau yang tak sepatutnya..ala-ala lucah gitu...

akusangpenerbit said...

saya akan delete kalau kawan tu dah mula MLM/tag gambar tanpa henti dan selalu buat komen politik berunsur perkauman..

kalau memang kawan yg sy kenal, sy hide aje status dia. selalunya diorang akan buat status yg annoying macam all day membebel pasal breastfeeding..

ayu said...

kjee...saya pn sama suka bab cantas mencantas org yg mulut longkang nie...tag2 yg x berkenaan pun x suka menyemakkn dinding rumah jer..my prinsip blog aku...fb aku..suka hati akulah apa aku nk buat x menyusahkn org pn...

Anonymous said...

Kak Jee, hari Sabtu lepas saya layan citer lama Kak Jee berlakon, kat tv9 kalau tak silap, tajuk cerita tu ....(tak ingat) Pot Pet Dot Com...akak berlakon ngan azizah mahzan dan alamakkk lupa plak lg sorang tu namanya. rasanya dia sekarang meniaga baju2 kat ampang park. akak bertiga berlakon jadi janda2 yg sibuk berchatting...kelakar tol tgk korang time tu. -Sheila-

Kjee said...

Hah itu skrip Kjee dulu. Terkilan tak tahu ada keluar lagi tv lagi.

Anonymous said...

aa..a la saya ni hari2 bkak blok kak jee secara senyap2 rasa x lengkap plak x baca blog kak jee walau sehari.thanx kerana melengkapkan hidup saya.x pe kan...

Anonymous said...

Kak jee boleh di kira baik jugak sbb nak kongsi reason kenapa remove..kalau saya dah remove...saya buat derk jer....biar dia pk sendiri!!!.....ada tu ..add saya semata mata nak maki2 saya sbb guna profile pic tak pakai tudung...seolah saya ni mengumpan orang masuk neraka...-mulan

Kjee said...

Mulan Jamilah: Awak bukan keseorangan. Kjee pun pernah kena sebab bubuh pic lama tak pakai tudung. hmmm...

MAK TEH said...

kjee follow mak teh ye....kembang hidung MT..tapi x berisi kan?terima kasih kjee.kjee marah ke,ada satu hari tu MT kata jgn la tidur lewat sgt..harap maaf ya kjee.2 n 3hb baru ni MT keKL.jln2 cari mkn...mkn nasi lemak antarabangsa...tapi x ngam ngan selera mak teh.malam mkn kat restoran Muhibah..kat sg pencala kot..ok la sikit..kjee dah mkn kat situ?apa pendapat kjee ngan makanan disitu?

Kjee said...

Kjee tak pernah makan di kawasan Sungai Pencala so tak leh nak komen. Pasal nasi lemak Antarabangsa tu Kjee tak nak komen bukan sebab Kjee tak pernah makan tetapi...sebenarnya beginilah. kalau tempat itu makanannya tidak sedap, Kjee tidak akan komen. Kjee dulu kan pernah meniaga, so tak maulah jatuhkan usaha orang.

MamaFaMi said...

Alamak Kjee... Kjee jangan unfriend kita eh. Kita friend Kjee tau, cuma now invisible friend je... Kita pernah baca Kjee punya warning, kalau tak mau diblock atau remove from friend list, jangan tag Kjee. Tu yang seremmmm nak tag Kjee... hehe...

Anyway, you have all the rights to block anybody that you find annoying and does not fit your 'friend''s criteria. After all the account is yours.. kan Kjee kan...

Nur Misnan said...

u r absolutely rite sis
ignore jer manusia begitu...

kongsi resepi bukan utk membawa penyakit
tapi kemesraan masakan itu yg
membawa kebahgiaan rumah dan tangga... hu3

sharifah rosidah said...

jee jangan kau remove aku dah orang lain aku tak peduli lantak pi lah dia.

bersama kak Es said...

kak jee... seronok baca tulisan kak jee yang tulus dan telus.
saya pun dah lama friend ngan kak jee kat FB tapi silent reader je. Rasa perlu komen, komen. tak perlu ..senyap.

Kagum juga dgn resepi2 kak jee. dan pelik bila org asyik nak pertikai sedangkan kak jee tgh sharing pengalaman. Pengalaman tu takkan dapat dijual beli. Paling sy tertarik dgn entry kak jee ceritakan pengalaman berniaga yang ada org kasi tak nampak kedai kak jee tuu.. kat situ pun dah nampak kak jee seorang yg kuat semangat, tabah . pastu bila try resepi2 kak jee mmg betul sedap ... hhmmm apalagi yg kita nak bila dah dapat org yg mampu kongsikan pengalaman dgn setulusnya..

Walaupun berbeza fahaman politik , sy tak pulak rasa kita berada di dunia yang berbeza..

sweet la kak jee

Anonymous said...

Assalamualaikum kak jee...sy salah seorng kawan FB kak jee..tapi salu baca di fb dan blog..cuma jarang komen..ye lah nak berkawan ni jgn sampai merimaskan org lain..pandai2 le bawak diri dalam berkawan

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...