Monday, July 25, 2011

SUHAILA AKHIRNYA BERSUARA - DEDAH SENGKETA DENGAN JIMMY SHANLEY


Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya. Foto NORAFIFI EHSAN
PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya. - mStar Online

SELEPAS INI, JIMMY JAWAB TUDUHAN SUHAILA

7 comments:

  1. Owh.. pedihnya kenyataan dari Suhaila ni.. Kita tunggu pulak, apa kata Bro Jimmy Shanley..

    ReplyDelete
  2. kjee, jom tengok ape jawab jimmy shanley plak !

    ReplyDelete
  3. "laa pasal hari nikah tak ramai org dtg pun nak kecoh,kan ker tu bagus sbb sederhana..tp mmg dasar org kaya nak canang satu dunia kot...."

    ReplyDelete
  4. Bila dah kahwin...kita kenalah berubah.Tak boleh la nak dengan kawan2 macam zaman bujang.Kita dah ada tanggungjawab dan pasangan yang memerlukan perhatian.

    ReplyDelete
  5. laaa br kawin da pukul ke, kl saya mak suhaila aku pelankong jimmy ni pukul anak aku..kira ok datin muniroh bole terima..k jee kl menantu pukul nadia seminggu lepas kawin kjee ok tak..hehehe...org tgh peluk cium dia g pukul..mmg x betoi la jimmy ni..huhuhu..suzi fauzi

    ReplyDelete
  6. saya setuju dgn suzi fauzi ni..... mcm tak akal je jimmy ni .... bru kahwin dah bagi hadiah pemukul .. bodoh punya org... menyirap darah aku dgar .... memang patut pun suhaila tu lari.... baik duduk sorang kalau asyik kena torture je..... tak sangka lak si jimmy tu camtu ... nampak mcm berbudi bahasa je .. tp hampeh .....

    ReplyDelete
  7. jimmy nk tegur isteri x kene cara....x bleh la camtu...sape dpt terima..pe pun harap masalah ni dpt diselesaikn dgn aman...aminn...

    ReplyDelete