Sunday, July 24, 2011

TART NENAS NYONYA 1


Gambar2 kecuali yang paling bawah ehsan google
 Kjee ni suka giler makan tarts. Kalau pergi jalan Raya, tuan rumah yang dah tahu perangai Kjee, agak2nya awal2 lagi dah nyorokkan kuih tart mereka. Risau Kjee habiskan. Eh tak adalah. Gurau jer.

Bubuh inti lebih sedap tau!
Kerana suka makan tarts, Kjee sanggup cuba apa jua resipi yang kengkawan beri. Kjee buat muka seposen jer bila mintak. Kalau bagi, itu rezeki. Kalau tak bagi, nasiblah. Tak marah pun.

Apapun, Kjee cuba resipi ini sebab sakit hati apabila beli tarts nyonya kat Melaka satu ketika dulu. Bila lalu kat Jongker Street, bukan main semerbak harum baunya. Tapi bila beli dan makan dalam kereta, menyumpah giler2 babe. 

Kjee cari resipi ini dalam internet. Lupa pulak nyonya mana punya resipi. Tapi memang kaw tim lah. Dia tak tipu bagi resipi ini. Kalau suka boleh cuba. Tapi Kjee ni tak pandai buat. Jadi senget benget. Kalau korang buat, harus cantik kan?

Satu adunan jadi lebih kurang 30 biji. Hah itu yang Kjee dapat masa buat hari tu. Disamping tunjukkan gambar hasil tangan Kjee yang senget benget tu, Kjee juga google kat internet dan tumpang tayang gambar dia orang.


BAHAN2NYA:
150 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
1½ sudu besar gula icing
100 gms butter (pure unsalted butter dipotong dadu)
1 kuning telor
air sejuk (berais)

JEM NENAS:
250gm nenas yg telah disagat
150 gm gula pasir
1 sudu besar jus lemon
cara membuatnya:
masak nenas sampai agak2 pekat baru bubuh gula...masak lagi sampai pekat. kalau suka boleh buh tepung jagung sikit.

CARA MEMBUAT PASTRI:
Ayak tepung, tepung jagung,garam dan gula ising ke dalam mangkuk besar. Masukkan butter, ramas perlahan2 guna hujung jari (rub in method). Bila dah berderai, masukkan kuning telor dan uli. Kalau perlu, bubuh sedikit air sejuk hingga menjadi doh. Rehatkan doh kira-kira  25 minit. Turap kira-kira suku inci dan gunakan acuan tart. Cepit guna penyepit keliling doh itu dan letakkan kira2 satu sudu jam nenas. Bakar 10 hingga 15 minit, kepanasan 180 c.

KORANG JANGAN KETAWA TAU! YANG GAMBAR BAWAH NI KJEE BUAT. TAPI ITU KALI PERTAMA. NANTI KJEE BUAT LAGI UNTUK RAYA NI. MESTI LAWA PUNYA!!


Ini buat kali pertama


Jangan terkejut. Ini yang dibuat kali kedua!

7 comments:

bersama kak Es said...

kak Jeeeee... i'm back. lamanya tak singgah kat dapur ni. dapat singgah hari ni terus dapat resepi tart nenas. Kak Es pun sukaaa!! harus ku cuba. selalu kalau dapat resepi kat sini mmg buat InsyaAllah 100% menjadi. walaupun tak lawa sebb lain2 tangan tp rasa ... wallawehhh!!!

TQ for sharing... TQ jugk kat nyonya yg tak kedekut tu

MamaFaMi said...

Baru je selesai salin resepi closed tarts, dah keluar pulak tart nyonya. Lepas ni, ada lagi tak Kjee? Kalau tak ada, kita nak tidur dulu, sebelum mengigau kuih tart... hehehe...

p/s : Sorry Kjee, just nak beritahu, dalam method closed tarts tu, Kjee left out the sugar.

Kjee said...

MamaFaMi: Sorry. Dalam jem nenas kan? Actually main agak2 jer. nanti Kjee betulkan. thnx. Dah tak ada tarts lagi dah. pergilah tidur. Gud Nite! hehehe

Lizan said...

waaa bestnya...da lama saya nak carik resepi ni ..dulu pernah buat tapi resepi dah terhilang. Tinggal gambar jer buat kenangan. kak gee, saya salin ya. tqvm.

Tart Nanas

mummy Ayda said...

kjee sedap nye besar besar lagi, mummy copy ye kjee, TQ

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kakjee..saya dah cuba resepi ni jumaat lepas.mmg terbaek!sedapppp

Nana Ghani said...

Kak Jee, lps browse pelbagai jenis resipi tat, akhirnya decide try resipi akak ni. Menjadi! Sedap! Tq ye kak for tne recipe...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...