Saturday, July 2, 2011

TEMPOYAK PUCUK KAYU





Akhirnya, kini pasti...korang ingat tak lagu Anita Sarawak tu? Hah hari ni setelah bertahun2 tangguh akhirnya, pastilah sudah Kjee berjaya buat Tempoyak Pucuk Kayu. Eleh...ingat apa tadi kan? Saja sesekali buat gempak. Eh bukan sesekali...dah selalu sangat kan? Kahkahkah

Entah kenapa selama ni tak buat. Bukanlah susah sangat macam nak buat kek Alunan Kasih, Kek Karamel ataupun Apam Dot Dot kan? Tapi kalau ada penyakit M memang susah sebab nak buat ni renyah sikit. Kena hiris atau mayang semua pucuk2 halus macam buat bunga rampai.

Tadi Kjee buat sendiri. Tak boleh harap anak dara kita. Nanti dipotongnya lebar2 dua tiga inci. Masuk dalam perut hancur jugak, nanti dia akan kata. So sebelum dia nak kata, biarlah mama dia buat. Kalau tidak, Anita Sarawak nyanyi pulak lagu lain...'periuk belanga terbang melayang layang', kan?

Kjee dapat resipi ni dari adinda Kjee lagi sorang yang suruh Kjee panggil dia Along. Eh bukan Ah Long tu tapi Along ni Kak Long, sebenarnya.

Kjee guna tempoyak yang MIL bagi hari tu. Kalau nak buat Tempoyak Pucuk Kayu ni kena start awal sikit. Banyak tu yang nak dihiris. Tadi Kjee hiris sampai satu dulang bulat seramik yang besar tu. Sementara nak tunggu Unclepali gi kebun petik pucuk ubi dan daun kaduk, Kjee pun mula projek dengan hiris daun kunyit dan pucuk labu. Nadia kerjakan petai. Unclepali balik bukan sahaja bawak pucuk ubi dan kaduk, dia turut bawak balik bunga kantan pemberian jiran.

Okay kalau dibiarkan Kjee ni, panjang pulak merapu so kita tengok keperluan buat lauk ini.


BAHAN2:

pucuk ubi*
pucuk labu*
daun kunyit (6 helai)*
serai (6 batang)
daun kaduk*
bunga kantan* (optional)
petai (suka hati)
cili api (suka hati. lagi pedas lagi sodap)
kunyit hidup (2 inci)
tempoyak (1 mangkuk)
santan pekat (1 mangkuk)
asam keping (2 keping)
ikan bilis (segenggam)

CARA:

Mayang sampai halus semua yang bertanda *. Sebelum mayang cuci bersih2 dulu dan keringkan ya. Tumbuk (Kjee blend) cili api, serai, kunyit hidup dan tempoyak bersama kira2 1 mug air sampai halus.

Kemudian masukkan dalam periuk (Kjee guna kuali besar) bersama santan pekat dan jerang hingga mendidih. Bila dah mendidih Kjee masukkan petai dan juga ikan bilis yang ditumbuk kasar.. Petai lambat empuk jadi masukkan dulu.

Dah setengah empuk petai tu, baru masukkan asam keping dan semua sayur2 yang telah dimayang halus. Perlahankan api dan masak lagi sampai pekat. Kjee hanya bubuh garam di penghujung sebab tempoyak kekadang masam sangat. Kalau guna tempoyak yang sudah sedia masam, suka hatilah nak bubuh asam keping atau tidak.

Lauk ni sedap kalau dibuat pedas. Lagi lama simpan dalam peti ais lagi sodap.



7 comments:

quinnie said...

kakjee....saya pun suka gulai nih....bila masukkan petai tu memang best betul lah...hehehhe...

paridah said...

Jenis masak tempoyak tu memang kesukaan orang Pahang, ringkas caranya tapi kena rajin nk siapkan daun kayu serba maknenek...

Anonymous said...

umang ai..sodap tuuu..
dulu2 tak retimkn tp dah kawin dgn org n9..xsdr diri klu dpt mkn dgn ns panas...

Gina said...

Alamak Kak Jee
Lecur la tengok dari Adelaide nie, lauk kegemaran waktu bulan puasa...huhuhuhu

saerah chek said...

aduhhh sedap nye fauziah oii, ni buat nk g cari daun kayu kt psr payang esok ni.. petai dan tempoyak mmg dh ade..

noorsafone said...

Kakjee...sedaplah...lama tak buat

umie mia said...

lama dah tak makan sambal ni rindu plak rasa dengan masakan ni.. harus di buat ni.. opsss tetiba perut berbunyi :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...