Saturday, July 16, 2011

TERBARU DARI ZAKIAH ANAZ

Dedah Rahsia Jadi Langsing
Zakiah Anas keluarkan produk pelangsingan dan anti selulit, Anaz. - Foto SAUFI NADZRI
PETALING JAYA: Personaliti TV3, Zakiah Anas sedia berkongsi rahsia kecantikannya dengan kemunculan produk pelangsingan dan anti selulit, Anaz.
Produk yang didatangkan dalam bentuk krim beraroma terapi itu dijual pada harga RM49.90 di Semenanjung Malaysia manakala RM54.90 di Sabah dan Sarawak.
“Sebelum ini, ramai yang bertanyakan rahsia kelangsingan tubuh saya. Jadi, sekarang ini saya sudah ada jawapannya iaitu gunalah Anaz.
“Anaz mampu membantu mengurangkan lemak dan selulit, memberikan bau aromaterapi yang menenangkan, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksin dan meningkatkan sistem pencernaan,” katanya kepada mStar Online.
Tambah pengacara program 360 dan 999 ini: “Seperti wanita lain, saya juga pernah mengalami masalah bentuk badan tidak seimbang terutama selepas melahirkan anak kedua kira-kira 15 tahun lalu.
“Saya pernah mencuba pelbagai produk pelangsingan untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal. Namun saya amat berhati-hati dengan lambakan produk pelangsingan di pasaran sehinggalah saya menemui sebuah produk yang menggunakan pati minyak yang menyelesaikan masalah perut buncit dan selulit.”
Dia yang sedang melalui proses penceraian dengan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib mahu menjadikan bidang perniagaan sebagai rezeki tambahan untuk menyara kehidupannya pada masa akan datang.
Anaz merupakan produk tempatan yang dihasilkan oleh Anaz Concept dan dikilang di Melaka.
Untuk mendapatkan Anaz, hubungi 03-62750834 atau hantar e-mel ke anaz.concept@ymail.com. - mStar Onlie

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...