Saturday, August 20, 2011

ASYRAF (IMAM MUDA) BAKAL DAPAT ANAK LELAKI

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Asyraf sedang menanti kehadiran bayi lelaki. - Foto SHAARI CHE MAT
PETALING JAYA: Imam Muda Asyraf, 27, bakal menyambut kelahiran bayi lelaki pada hujung tahun ini memandangkan isterinya sedang hamil enam bulan.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja melibatkan jemputan mengimamkan solat terawih dan memberi tazkirah Ramadan sepanjang bulan ini, dia tetap mengambil berat dan mengutamakan isterinya yang sedang sarat itu.
“Saya kasihankan isteri yang sedang mengandung, jadi sebab itu orang tidak melihat saya bersamanya kerana saya kurang mengajak dia ke majlis-majlis tertentu.
“Saya tidak mahu dia terdedah sama dengan kesibukan saya yang terpaksa berkejar ke sana sini. Lagipun, dia memang tidak suka menjadi perhatian ramai,” kata Asyraf kepadamStar Online.
Namun, jelas Asyraf, kemungkinan dia akan menghantar isterinya pulang ke kampung terlebih awal menjelang Hari Raya Aidilfitri ini memandangkan isterinya sekarang terpaksa berbuka puasa seorang diri di rumah.
“Saya kasihankan isteri yang jarang dapat berbuka puasa bersama-sama saya. Jadi, apabila berada di kampung, sekurang-kurangnya dia lebih seronok apabila makan berteman.
“Sebelum ini dia selalu masak untuk kami makan sahur bersama-sama,” kata Asyraf yang banyak mendapat jemputan berbuka puasa di luar.
Pada minggu lalu, dia menghadiri majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran SimplySiti di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Asyraf juga sempat meluahkan nasihat dan teguran kepada para remaja yang masih mengambil mudah ibadat puasa ini.
“Saya perhatikan, ada remaja yang mengambil peluang untuk melepak dan bercinta di masjid sewaktu orang lain sedang bertarawih.
“Ikutkan, apa yang dilakukan oleh mereka itu tidak patut berlaku tetapi dalam masa yang sama saya tidak menyalahkan mereka kerana sekurang-kurangnya mereka berada di masjid berbanding di tempat lain,” ujarnya yang membuka sebuah syarikat sendiri, Ben Ridzuan yang menguruskan ceramah umum - mStar

0 comments:

Post a Comment