Monday, August 1, 2011

DAGING MASAK SOS LADA HITAM


Menu ni biasa jer. Ramai orang tahu buat. Menu paling mudah dalam dunia. Ada orang bagi nama Blackpepper Beef dan macam2 lagi nama. Kjee bagi nama simple jer...Daging Masak Sos Lada Hitam.

Tadi Kjee intai2 jugak blog masakan cari resipi. Kemudian jumpa di blog Che Mat Gebu. Tapi Che Mat kita guna sos lada hitam jenama Life. Alamak...mana nak cari? So Kjee buatlah sendiri. Kalau sedap, okaylah. Kalau tak diam2 jer lah kan? Hehehe.

Tapi tukang rasa makanan Kjee yang cerewet..siapa lagi kalau bukan Farah-Nadia kata sedap macam sos makan steak. Ya lah tu. Siapa nak puji kan kalau tak anak sendiri. Nadia kata lain kali kalau Mama buat steak boleh guna sos black pepper buatan sendiri ni.

Mama buat macam mana? Hah itu soalan susah mahu kasi jawab. Apa je bahan yang ada kat dapurlah. Kamu ingat mama nak susah payah keluar cari bahan ker? Ishh tak kuasa aku.

Tadi selongkar peti ais jumpa sos tiram. Adalah dalam 2 sudu kot. Kemudian nampak Hoisin sauce tapi maleh nak guna...simpan balik. Pastu cari serbuk lada hitam yang sudah dikisar. Dah habis. So Unclepali tolong kisar guna blender kering.

Okaylah kita tengok resipinya ya.

200 gms daging batang pinang (daging lembut)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 susu besar sos tiram
2 sudu besar lada hitam kisar atau tumbuk
1 sudu kecik tepung jagung
3 helai daun limau purut (optional)

CARA:

Daging dihiris nipis dan lebar2. Perapkan dengan 1 sudu besar lada hitam kisar atau ditumbuk halus. Bubuh sedikit garam. Ketepikan kira-kira ½ jam.

Bawang besar dipotong bulat2 kira-kira ¼ inci. Bawang putih dan halia dihiris nipis.


Panaskan kuali. Bubuhlah kira-kira 2 sudu besar minyak. Kjee guna minyak Zaiton. Minyak apa pun boleh. Apabila minyak panas, goreng daun limau purut sampai garing. Tepikan. Kemudian masukkan halia dan goreng sampai garing. Ketepikan. Pastu masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng sampai layu. Ketepikan.

Besarkan api, masukkan daging ke dalam minyak yang berbaki goreng bawang tadi. Goreng daging sampai kecut. Campurkan sos tiram dengan kira-kira 3 sudu air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam kuali bersama daging. Masukkan juga 1 sudu besar lada hitam kisar. Biarkan ia masak.

Kemudian masukkan semua bahan2 yang digoreng tadi ke dalam masakan daging dan digolek2. Tepung jagung dicampur dengan satu sudu besar air. Kemudian masukkan ke dalam kuali. Besarkan api dan kacau pantas2.

Siap untuk dihidang. Kalau korang rasa tak cukup masin, bubuhlah sikit kicap cair. Itu jer. Sedap makan untuk berbuka Sahur dan bila2 masa jer teringin. Nak bubuh capsium/lada benggala puj boleh. Tak ada hal punya.

Boleh jugak digunakan ayam atau udang. Suka hatilah kan? Kita yang buat dia.


4 comments:

  1. salam kakjee...selamat menyambut ramadhan buat kakjee sekeluarga....lain la cara akak masak daging lada hitam nih..boleh dicuba..:)

    ReplyDelete
  2. wah sedap yer kak jee... petang ni kalu sempat nk masak daging ni la... kak jee minta izin amik resepi yer... (^__^)

    ReplyDelete
  3. Baru siap masak resepi ni kak.. Harap2 menjadi la... Ahahaha

    ReplyDelete