Thursday, August 4, 2011

FARID KAMIL DAPAT TAHU INDIVIDU LAKUKAN UGUTAN

Oleh KEMALIA OTHMAN
Farid Kamil
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil mengakui dapat mengesyaki beberapa pihak terlibat melakukan ugutan agar dia menjauhkan diri dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan pelakon jelita, Diana Danielle.
Jelas Farid, dia pasti perkara tersebut dilakukan oleh seseorang yang mengenali mereka berdua.
"Saya ada mengesyaki beberapa orang yang berkemungkinan besar melakukan perkara tersebut, namun saya sudah serahkan segalanya kepada polis. Biarlah polis yang menyelesaikan perkara itu.
"Apa yang penting ialah keselamatan kami sekarang. Nasib juga dia beri amaran awal-awal dengan ugutan daripada terus menyerang kami," katanya ketika di temui padaProgram Rakaman Mega Raya, di sini, Sabtu lalu.
Farid diminta mengulas mengenai ugutan yang diterimanya minggu lalu menerusi panggilan telefon yang menyuruhnya agar menjauhkan diri daripada Diana.
Bagaimanapun, pengarah filem “Kongsi” itu telah pun membuat laporan polis selepas kejadian tersebut.
Jelas Farid, buat masa ini dia mengambil langkah berhati-hati terutamanya ketika berada di kawasan yang mencurigakan.
"Kalau dulu mungkin saya rasa selamat untuk ke mana-mana seorang diri, namun kini perlu lebih berhati-hati terutamanya di tempat-tempat terbuka dan tidak biasa.
"Tapi saya juga tidak mahu ambil serius perkara ini sehingga mampu membatasi pergerakan saya sebaliknya sekadar lebih berhati-hati," jelasnya.
Dalam pada itu, Farid turut menceritakan peristiwa ketika dia diugut oleh lelaki tersebut.
"Selepas lapan kali telefon bimbit saya berdering, saya fikir ia panggilan kecemasan kerana nombor tersebut juga tidak dikenali. Ada suara lelaki yang menyuruh agar saya jangan kurang ajar dan menjauhkan diri daripada Diana.
"Dia juga mengugut untuk mencederakan saya dan tahu di mana saya tinggal. Selepas kejadian tersebut saya telefon Diana dan menyuruh agar dia berhati-hati," jelasnya. - mStaronline

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...